ini nini. saya kutip nini di gemas pada 31 may 2009. umur nini tidak diketahui (since saya bukannya biasa bela kucing or a vet to expertly estimate umur dia :p). tapi saya syak dia bawah 4 bulan, maka last week saya belikan makanan bayi 1/4 bulan untuk dia, hihi.
walaupun nini masih kanak2, tapi dia suka berlagak dewasa dan suka makan ikan mentah dengan rakusnya. jumaat lepas beliau telah menyebat ikan salmon mahal saya sebab saya lupa simpan dalam peti ais (sob sob). beliau sangat suka makan salmon! mentang2 laaa mahal. cissssssss.
nini pandai buang air di luar rumah. tapi kena ada orang hantarkan sebab dia baby lagik. di sekitar rumah saya banyak kucing2 jantan yang rakus dan suka membaham kanak2. errr, ok, anak kucing :p lagipun, kalau dia keluar seekor2, lepas tu tak reti masuk rumah macam mana? so, kita mesti menemani dia, hehe. mak report kata nini teraccident jugak 2 kali dalam rumah sebab hari tu dia ceret beret sebab rakus sangat nak makan jagung. lepas tu dia malu2 merajuk sebab rasa bersalah. oh ye, lepas nini buang air, mak train mesti cebok, haha. sangat comel hulurkan bontot dia kat paip untuk cebok2. dia pasrah je duk diam2 :p
nini sangat suka mengejar kaki orang berjalan. bila nampak kita berjalan2, dia akan crouch dan menggoyang2 bontot kemudian dia akan menerkam. ayah kata, dia dah tersepak nini beberapa kali, jadi bola, haha. tapi nini tak serik2, dia tetap nak mengejar kaki orang.
nini pandai datang kalau kita panggil2. nama dia nini pun sebab dia datang and menyahut bila panggil “sini..sini”. panggil laa dia nini. mak kata confirm dia betina, so takde laaa dia menjadik pondan bernama nini, haha.
kalau saya ada di rumah, malam2 nini nak tidur sama2. jumaat lepas saya tutup pintu, dia cakar2 suruh bukak. tapi kalau dia tidur dalam bilik kena renggangkan pintu sebab malam2 dia nak turun ke dapur makan. asyik lapar je kerjanya. minum plak, sebab malas gi dapur, sedap2 masuk bilik air saya jilat air atas lantai. so, saya masukkan air dalam gayung supaya dia bleh minum. apa daaa nini.
nini tak suka mandi. kalau dia nampak ada attempt nak mandikan dia, mulalaa dia gelabah. last week tak mandikan sebab baru sembur ubat kutu. this week kita mandikan dia! muahahhaha (gelak2 jahat).
semua orang sayangkan nini. mak, ayah even tan jual ikan pun sayang nini. tan selamba supply ikan free kat nini! apakahhh? hihi.
oklah, sekian karangan ala2 kanak2 sekolah rendah saya. sila ke facebook saya untuk lihat pic nini :P tataa.




bestkan bela kucing..macam dapat anak..haha semoga nini berdoa utk tuan dia selalu hehe
Komen oleh dedalie — Jun 9, 2009 @ 10:18 am |
haah aaa dedalie. aku jalan2 kat mall ada ke teringat2 beli barang kat dia. browse makanan laa apa jadah laa. pehtu buleh plak sepanjang minggu keje tak sabar weekends nak balik jumpa dia. very the manja tau sebab semua sayang dia
Komen oleh muna — Jun 9, 2009 @ 2:23 pm |
comellll.. perut dia bau lemak tak?
Komen oleh chics — Jun 16, 2009 @ 12:58 pm |
alamak chics, lupa nak test cium perut. nanti aku cium. aku cium belakang ngan kepala dia aje. tapi dia geli aa kat perut. kalo aku geletek2 nanti kaki belakang dia menggelabah tendang jari2 aku tuh, haha
Komen oleh muna — Jun 16, 2009 @ 1:01 pm |