nothing and everything, all at once

Jun 2, 2009

new life

Difailkan di bawah: happy2, me — by muna @ 5:41 pm

ok meh kita tulis blog, hihi. balik2 entry tengah emo tuh je kan :P

banyak hal yang telah terjadi. firstly saya adalah dengan rasminya telah menjadi homeless. rumah no 46 kelana jaya (rumah kg pon no 46, hehe) telah selamat ditinggalkan. tapi mangkuk astro lom cabut agik. kunci pon dah campak je dalam umah since takde orang kat umah masa saya keluar tuh. sayu jugak tengok bilik tuh kosong. terimbas 1st time datang ngan sue tengok2 bilik tuh :( i’ve been living there since 2005. dari berdua ngan sue, sampailaa sorang2 je. macam2 hal suka duka hidup dialami sambil berada dalam bilik tuh.

rumah yang mau dibeli, owner asyik2 menunda nak sign s&p. ko apahal? nak jual jual je lah. nak mark up, mark up je laa awal2. haihh tak faham aku. sepak kang. agent call and suggest supaya saya beli umah yang lain. sama gak tingkat 17. belum tengok lagi rumah tuh. kalo ok, kosong, beli and pindah je masuk terus. sementara nak clear bank, kita bayar aa sewa kat tuan rumah kan kan :) doakan supaya semua proses ni jalan lancar ek.

saya pindah tuh jumaat lepas. and sabtu tuh saya dapat family member baru! hihihi.

akak saya taklaa beranak baru, mak saya apatah lagik. tidak jugaklaa saya kawen ke kan, haha. tapi saya jumpa seekor kitten kelaparan mengiau2 kat parking depan gemas bowl centre (eh, camtu ke nama dia?). pehtu saya cakap ngan ayah, nak bawak balik. selalu ayah tak kasik, tapi ayah kasik lak sabtu tuh.

everybody loves her (eh, mungkin jugak him sebab cam nampak ada telur, haha). dia adalah sangat manja and playfull. bila kita panggil dia akan datang and menyahut. btw, dia menyahut bila saya panggil “sini sini” lalu mak saya kata bubuh je nama sini. apa kelas nama sini. saya bubuh nama nini. sekali tengok cam jantan laa plak. blasahhh, haha.

dia pandai buang air kat pasir2 luar rumah. saya bawak dia tour2 luar rumah. habis semua dia cium2. dia tak buang air dalam rumah pun. malam2 kalau tido tuh sekali pon tak melepas. pagi2 bangun 1st thing buat bawak dia keluar. dengan segera dia melepas, hihi. saya selalu bawak dia buang air, then ajak dia masuk. dia reti ikut kita bila kita panggil. dia datang sambil berlari terkedek2, chomellllllllllll.

ahhh, saya tak sabar nak balik jumpa nini. kena gi petshop carik ubat kutu dia. nak carik sikat2 gaklaa, supaya bleh sikat2 dia. carik vitamin gak kalo ada, sebab kesian dia, baby2 lagik kena survive tak minum susu ibu. nak shoot vaccine tapi gemas takde vet. ada ke dobot nak kasik vaccine lembu kat nini? hahahahhaha.

oh ye, for the time being saya punya harta benda kat ukay bestari, umah fayyad. semalam tido sana. lena betul. tapi seksa balik umah dia sebab jem gila nak menuju sana. ahhhhh, seksaaaaaaaa. semalam ikut jalan ampang. hari ni nak try ikut mrr2 plak. wan liana ada offer tido kj, tapi lom lagik aa menyibuk sana. wait and see aaa nak try semua option jalan yg ok. kalo semua hopeless baru menyibuk2 :p

semalam kol sayang, dia ajak dating malam ni. balik kl kejap katanya. hihi tak sabar! kalo kensel saya geget awak sayang!

oklah, siap2 nak solat asar and berlari2 balik. happy2, yippeee!

No Comments Yet »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan komen

Dikuasakan oleh WordPress