nothing and everything, all at once

Januari 22, 2009

ihikss

Difailkan di bawah: kegiatan halal dan haram, wedding — by muna @ 5:25 pm

lompat2 gembira, hihi. maafkan saya semua, saya over excited. sepanjang minggu nih saya diserang perasaan nervous excited yang dirasai dengan nyata semasa zaman kat u dan meminati almost-bf saya incik madet (hihi, mamposlaa kalau dia google nama manja dan menjumpai saya. anyway kalau dia jumpa, kalo status bukan married, silalaa contact saya balik, ahahhaha, over plak saya).

kesimpulannya letih aaa hyper jer selama 4 hari nih. rasa cam nak lompat2 tanpa henti gitu. tapi takpe, mungkin akan berakhir selepas this long weekends.

hopefully i won’t shed too much tears this time :”>

and probably saya akan pergi menyibuk jugak ke majlis dedalie kat setiawan itu. nak makan banyak2 sambil usya2 sanak sedara dedalie yang tampan2, bleh? hihi.

misi utama ke utara: usya pakwe2 tampan, hoho. padan aaa muka bf kerek tamo teman awek dia yang suka menggedik ini, ahahahhaha.

kalo jadik gi tengok dedalie, will try to snap few pics of the pengantin and put it here.

malam nih orang astro datang. bolehlah saya bersukaria menyaksikan tayangan astro sebelum memulakan aktiviti perayauan esok.

the plan:

jumaat 22/1:pagi – breakfast with nob + komam yang dirindui, then bertolak ke tepen.

plan a (kalo nob bertolak kemudian/lepas ros balik kelas) – jalan sendirik. lapar tengahari detour ke jj ipoh untuk makan sizzling noodles yang dirindui, owhhh sedapsss. then meneruskan perjalanan ke tepen. contact rudy dan menanyakan status penginapan, kalo dia ada masa beramas mesra kejap. then gi umah farina dan menghulurkan khidmat setia, hihi. kalo menginap kat resort, lepas everything ala2 settle and/or nob dah sampai tepen, balik tido kat resort.

plan b (kalo nob balik sekali) – kalo sampai utara awal nak ajak nob jumpa cheah kat penang, check mata, hihi. then continue aktiviti2 plan a

sabtu 23/1: pagi sehingga selesai majlis – tahlaa, follow the flow jelah, hiks. malam – ajak nob makan ikan bakar yg sedap ituuu. most probably nak tido umah nob malam itu.

ahad 24/1: pagi (atau bebila aa bangun tuh) – bersiap and bertolak ke setiawan, ronggeng2 makan kenduri segala. kalo rajin jalan2 ke teluk batik ke usya laut sambil pura2 jiwang, aahhahaha. hantar nob ke tepen and balik kl semula. kalau terasa larat, sebelum 7 pagi balik gemas nak dapatkan diskaun, hihi.

haaa, itulah initial plan. ahhh, doakan saya selamat dan gembira selalu, amin. tahniah juga kepada cik fauzana @ apau @ akak aku (sesaja panggil akak masa sekolah, hihi) yang akan melangsungkan perkahwinan sama time ngan farina. tak dapat nak tengok :(

until then, enjoy your longgggggggg weekends. happy chinese new year! daaaa

Januari 21, 2009

pain

Difailkan di bawah: fiction..or not? — by muna @ 3:45 pm

i’m in pain. my heart hurts. strange enough, when i put my warm hand over it, the pain lessened for a while.

all this while, i kind of knew that i love you more than you love me. but i think it was okay. i have enough love for both of us, or so i thought.

looking back, i used to be unsecured. questioning your every move and motive. this would lead to a very angry me throwing insult at you (albeit you not knowing it). i used to press on until the issue was resolved. i didn’t really care if i hurt you, all i could think was myself.

back then, you used to be attentive. you scooted closer whenever we sat together. you kissed me goodnight whenever i asked for it. you tried to please me in your own way. yes, i could see it now.

we used to have ‘big’ fight every month or so. but then we made up and i believe we became closer after that.

do we get tired of each other, i wonder?

back then you rarely replied my sms but i could sense you love me more.

back then you might decline for a meet up but every date was so precious.

why do you change?

or should i say why do we change?

i changed as well. i became less demanding. my reason being that i want to be that understanding person who love you and stand by your side without condition.

i feel bad everytime i seemed to hurt your feeling. or asking for things that you could not fulfill. i apologized when things get bad to avoid being in war with you. i don’t mind accepting the blame (not that you ever put the blame on my shoulders). or so i thought.

this might be another absurd outburst.

or maybe i just got tired.

Januari 16, 2009

pokobondo???

Difailkan di bawah: me, merepek, mimpi, review — by muna @ 2:07 pm

wahahahahhahaha, gelak dulu puas2 sambil memegang kepala tanda separa stress.

ok dah, hihi. memula saya nak cerita, saya telah berjaya lagik mimpi bukan2. i find it amusing coz dedalie yang nak kawen asik mimpi perkahwinan terhalang whilst aku bleh mimpi senang2 kena nikah. apakah???

di dalam mimpi yang terjadi around 5am in the morning itu, sayang ada kat umah saya kat gemas. pehtu ada mak ngan ayah saya. alih2 sayang telah dibrainwash oleh mak saya sehingga dia setuju untuk kawen ngan saya. tetiba aje ayah saya nikahkan saya, pehtu mak saya kata saya dah nikah, wahahahhahaha. masalahnya mana plak sayang tuh datang umah saya ready2 segala nak nikah kan? so, takde laa bawak cincin ke apa ke kan. makanya, mak saya offer guna dulu cincin dia. dia siap tayang2 kat sayang nak cincin mana satu kasik saya. sayang pilih cincin tak cun. iskkkk, apo daaa (btw takde pun mak saya ada cincin ghoman gitu, huhu).

pehtu mak saya tak brainwash sayang dah, cuma berbual2 mesra ngan menantu dia tuh, hihi. saya plak duk usya2 bilik along saya yang sayang guna. saya fikir2, malam nih nak kena tidur mana ni? nak tidur bilik along ke nak tidur bilik saya? dahlaa dalam mimpi tuh bilik mak ayah saya adalah bilik saya. mentang2 malam jumaat, mimpi pon dah menjurus2, hoho. tapi..belum sempat sampai malam saya telah terjaga sebab alarm bunyik. cissssssss :”>

saje jelah saya nak cerita sebab saya rasa inilah 1st time mimpi kena nikah sehingga selamat, hihi. nanti2 bleh baca2 sambil gelakkan diri sendirik.

cerita kedua dalam entry nih (belum masuk lagik main topic yang menjadik tajuk entry tau), saya nak mereview lagik. bahawasanya eskrem king’s adalah sedap sehingga menjilat jari, nyum2. eskrem king’s nih lagik murah dari eskrem wall’s tapi rasa lebih sedap. ahhhh, teringat lagik setengah tub eskrem dalam peti ais. so, camne nak diet2 dengan jayanya ni? ahahhaha. gasaklaa, redha je laaa :p

setelah saya kobek2, saya mendapati king’s adalah company singapore. alah, click sini je laa kalau nak tau, hihi.

all this hype nih coz wan liana kasik makan eskrem pistachio almond king’s kelmarin. mak aihhh, sedap gilo. sebelum2 nih saya memang suka beli eskrem cone king’s. murah je. slalu ada promotion tuh 99sen sahaja. sedap tauuu. part cone dia tuh jauh lagik sedap dari wall’s. peberet saya mestilah eskrem strawberry kan. wall’s pun bukan nak keluarkan cone strawberry. yang ada pun strawberry sauce je dia letak, apa kes?

semalam gi giant carik2 laa kan. takde eskrem pistachio almond. so blasah beli caramel almond. arghhhh, orgasm. sedap jugak rasanya. adalah sangat gembira semalam.

semalam jugak saya nak nobatkan sebagai “hari lelaki2 baik hati”. masa nak keluar dari parking kereta kat jalan raja abdullah tuh, ada seorang abang kereta dan seorang abang motor make way kepada saya. then bila nak keluar parking kat giant, ada abang baik hati tarikkan troli yang ada orang park rapat sangat ngan kereta saya. saya dah masuk lam kereta masa tuh. troli2 tuh kat sebelah penumpang sana. saya fikir2 nak keluar ke nak bukak passenger’s door pehtu tolak troli tuh ke. tetiba abang tuh yang park kereta sebelah saya datang and tolong tolakkan. ahhhh, maluuuu, hihi.

ok, back to the real reason kenapa tajuk entry camtuh. saya pening2 kepala campo gelak sampai nak pensan membaca 1 blog yang direview oleh piah nih. sungguh aa broken english dia tuh. bukan broken lagik (cam saya nih saya consider broken laa kan), dah pecah berderai2. mana tah dia blajo wat ayat camtuh. perkataan bombastic konon dia nak guna, tapinya perkataan tuh tak kena ngan ayat dia. past present tense bercampo takyah nak cakap laaa. muahahahha, lawak gilo babi (terasa lawak bila faham ayat tuh, tapi ada certain ayat tatau laa apa dia nak sampaikan).

oklah, cukup2 kita mengumpat di hari jumaat. selamat weekends all, daaaa.

p/s: mentang2 mimpi kawen segala, siap bleh tertinggal seluar jeans kat umah kj padahal nak terus balik kampung nih. esok nak jalan2 pakai apa tahlaa, huhu.

Januari 13, 2009

the 31st birthday :)

Difailkan di bawah: birthday, hal rumah tangga — by muna @ 4:46 pm

love,
we could never see the future
but i’ve dreams of spending the future with you

sayang,
hidup ini mungkin tidak semudah yang kita impikan
tapi berusahalah dan bersabarlah

happy birthday syg. semoga bahagia2 selalu untuk hari2 mendatang. luv u much :)

Januari 12, 2009

pre birthday entry and saya berdebar2, cehh

Difailkan di bawah: birthday, wedding — by muna @ 3:59 pm

ahhhhh, bosan dan berdebar2, hihi. kenapa plak bleh berdebar2 ni? bukan saya yang nak kena kawen pun lagik 2 minggu nih, arghhhhhhhh. 24-12 = 12.arghhh, 12 hari lagik rupanya. semalam tengok2 ada jemputan kawen atas meja makan. apau rupanya yang anto. dia pon kawen 24/1. mintak maaf zahir batin ek apau, aku terpaksa tak pergi disebabkan ada misi penting, menjadik pengapit kat tepen (arghhh, makin berdebar2, boleh? ahahhaha)

esok birthday sayang. ayat2 cinta belum keluar lagik nak wish dia tahun nih. apakah? adakah perlu menonton pilem ayat2 cinta sekali lagi? atau mengorek2 dan baca novel ayat2 cinta sekali lagi? tahun nih tak dapat mengeluarkan budget banyak nak beli hadiah untuk sayang. anyway hope dia tetap sayangkan saya suka hadiah yang saya beli.

the 1st year together, saya beli dia jam. dia tak pakai jam pun sebab tak suka. saya ingat tak pakai jam sebab takde jam, ahahahha, silly me. anyway apparently dia sayangkan saya jam itu dan pernah menggelabah jam hilang dari atas meja dalam bilik dia. rupa2nya abang dia sebat melawa ari tuh. lalu dia telah memfire abang dia, hihi. dia juga mengatakan yang sekejap2 dia akan tengok jam :p

the 2nd year, saya belikan dia handphone baru. handphone dia, dia telah cicirkan merata2. apa daaaa. nasib baik handphone saya kasik dia tak hilangkan. kalo tak ada gak saya sekeh, hihi. tunggu aaa 3-4 tahun lagik, kalo panjang jodoh saya belikan handphone lagik tuk birthday dia. alah, handphone saya guna sekarang nih pun beli tahun 2005, dah 4 tahun dah guna tau. mana bleh dia plak lebih2 dari saya kan, hihi.

the 3rd year, pening2 tatau nak beli hadiah apa, tapi akhirnya belasah je belikan tuttttttttttt. esok saya update. ehehehhe. barangan yang dibeli dengan penuh kasih sayang, hihi. penat tau merayau2 carik barang itu walaupun reganya murah dari tahun 1 dan 2.

owh ye, saya juga berdebar2 sebab belum dapat kata putus rundingan damai nak pergi tepen nih ha. esok kena berkempen lagik gamaknya. ini yang saya berdebar2 nih. harap2 esok sayang good mood. kejap je dah setahun, dah lebih dah 30 umur sayang, ahahhahaha. tua dah tuh sayang. mehlaa cepat2 kita membuat reproduction before saya expired :p

until then, jangan lupa menderma kepada palestin. instead of boikot sana sini, gunakan duit yang ada untuk membantu palestin secara direct, bak kata anas. sekian. daaaaaaaa.

Januari 9, 2009

mercy’s palestine relief fund @ tabung palestin mercy

Difailkan di bawah: fikir2, kemanusiaan, world — by muna @ 10:39 am
Tags: , ,

saya mungkin tiada kekuatan untuk menyertai mujahidin2 berjuang bersama2 saudara2 kita di palestin.

saya mungkin tiada kekuatan macam dr. jemilah untuk jadik volunteer mercy membantu saudara2 kita di palestin.

tapi saya ada blog yang dibaca oleh 2-3 orang sehari.

maka saya dengan ini mengajak saudara saudari meluangkan apa yang termampu demi mereka di palestin sana. bayangkan mereka yang terbuang di tanah air sendiri. dibedil dibom sesedap hati oleh zionis. untuk membuat sumbangan:

Cheque payable to MERCY MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053

untuk maklumat lanjut click sini.

Januari 7, 2009

sunyi sepi aku bosan

Difailkan di bawah: me, merepek, mimpi — by muna @ 1:44 pm

hihi. i’m all alone in the office. lunch hour. orang semua cabut gi makan. selalu ada ita yang bawak bekal gak tapi ari ni dia melenggang ajo. so saya tinggal sorang2.

yesterday was a success. masak lamb chop yang wan liana kata sedap. memang pedas laa tapinya sebab sos lada itam orang singapore tuh pedas. sampai panas2 montot nak membuang pagi tadik, ahahahha. luckily masa beli lamb tuh amik banyak2 dengan tamak haloba since adik wan liana ada and dia angkut sekali. cukupla makanan kot sebab wan liana sampai sendawa2 :p

anyway, tadik dok baca2 dedalie kata dia mimpi pelik2. pehtu teringat nak mengeblog gak aa mimpi pelik2 saya, ahahhahaha. prominent famous people featured in my dreams would be

1. kimi

2. sheila on 7

haa, mereka memang selalu masuk campur interframe segala. kimi jarang aa mimpi bersosial ke apa ke ngan dia. ada takde pun ada sekali mimpi mak saya memegang anak kimi. tah bila kimi ada anak tahlaa, hihi. sheila on 7 tuh memang selalu mimpi ala2 bersosial ngan mereka. siap bleh mimpi clubbing pon ngan mereka. time tuh mereka bujang2 belaka. la ni eross je lagik bujang sorang2, lain dah jadik bapak orang. mimpi mereka datang kenduri pun pernah. latest sekali mimpi eross je sambil mengusya awek eross ke something like that laa.

orang persekitaran yang agak selalu masuk ke mimpi adalah sayang saya. maybe sebab 75% (yekeh?) of my waking hours dipenuhi dengan ingatan kepada dia, hihi. macam2 aa pernah mimpi. mimpi jalan2. mimpi gi shopping. mimpi ala2 mempropose pun pernah, ahahhahahha. note that saya yang propose dia tuh, bukannya dia.  selalu kalo mimpi dia, perkara pertama dibuat adalah meng-sms sayang.

cerita2 pasal mimpi propose, setelah saya belek2 entry lepas2, ngan es es bebeh pun ada mimpi saya mempropose dia, ahahaha giloss aa. pehtu pernah gak mimpi saya ala2 nak menjadik akak ipar dia pehtu dia plak nak bermanja2 ngan saya. apakah?

orang dunia cyber pun saya pernah termimpi2. 2 hari lepas bleh mimpi famil. dalam mimpi tuh saya duk pinjam and simpan cd latest s07 milik famil (see, walau mimpi famil so7 tetap interframe, ahahha). pehtu saya pulangkanlaa sebab saya pun dah ada cd tuh. tah bila plak famil layan s07 allahu’alam laa kan. pelik2 betul.

oklah, orang2 dah balik pun. awal plak mereka balik. nanti saya update2 lagik kalo ada mimpi2 best, eheh. take care. daaaaa.

Januari 6, 2009

who’s whose

Difailkan di bawah: baby — by muna @ 12:33 pm

untuk rujukan masa depan saya, hihi.

baby ummu:
1. wafa

baby umie:
1. amin
2. coming soon (nih bakal lahir, bukan nama dia coming soon, wahhaha)

baby shizah @ abber:
1. fayyad

baby musz:
1. darin

baby edna:
1. ryan

baby sue:
1. azim (ni mustahil kot nak lupa, tapi tulis gaklaa, kang umi dia baca kecik ati laa pulakk)

baby nana:
1. zayyad (lom jumpa lagik)

baby hasna:
1. nina

baby nurul:
1. just being born @ 3am this morning, so lom ada nama, nanti update kendian

baby shaz & baya
1. dafina
2. eh, apo nama eh ah? sapa tau sila update, hihi

baby fiza @ angah
1. afifah
2. lom ada nama, tapi lahir 3hb, baru je saya sms mak dia, ampes beranak senyap2

baby erin:
1. adam

baby anie:
1. adam jugak, hoho

baby ayat & lin (nama bini kena letak, kang ada aku lupa, wahahhaha):
1. amir (ke amirul? waduhh aku kompiyuss)
2. azian

baby mimi:
1. dafina jugak, hihi

ini list2 orang yang saya selalu gaklaa sms/ym/call/bertemu/rakan sekerja, so kalo tatau nama baby mereka adalah memalukan laaa plak kan, hihi. kalo ada nanti saya update lagiks.

Januari 5, 2009

5th of january…

Difailkan di bawah: birthday — by muna @ 3:36 pm

hari ini birthday wan liana. happy birthday beb. moga selalu dalam lindungan Allah. dikurniakan-Nya rezeki yang mencukupi, sihat tubuh badan dan bahagia selalu, amin.

i may not have said this to her, but she’s a great friend to have. minta2 hubungan persahabatan kita kekal hendaknya dunia akhirat, amin.

wan liana used to be my colleague. tapi masa tuh masing2 tak berapa rapat and menjual mahal, ehehhehe. saya dengan geng2 2  budak trainees, sue and nana. dia plak geng ngan kakak ngan alisha. then kakak keluar dari company mencari hala tuju yang lebih gemilang, followed by alisha. then wan liana ngan iwan plak. after 2 years serving the company, they believed they should get something (i.e naik gaji etc). but then company adalah tengah kemelesetan ekonomi setelah ditipu oleh main contractor, huhu. so, mereka berdua telah lari mencari arah yang lain.

strangely enough, our friendship grew after she left. we spend night-outs together, enjoying movies or some random shopping spree. sometimes we go makan2 together. she is a good listener and bleh mendengar saya whine berbakul2, hihi. thanks mate!

for her birthday, saya telah membelikan dia sebijik kapal terbang, ahahhahaha. yes, you read it right. kalo tak percaya sila tanya dia :p i plan to cook for her tomorrow too. alah, simple dishes je, lamb chop with potato wedges and steamed (read: rebus) vegetables. lamb chop beli kat jj je cukup (do you know that lamb chop yang diperap oleh jj lebih sedap daripada giant’s? dagingnya lebih lembut and sosnya jauhhh lagik sedap, nyum nyum). and now tengah fikir2 and googling resepi black pepper sauce yang sedap. sapa reti sila kasik tunjuk ajar please.

anyway, malam nih lepas dating sakan ngan sayang harus ke ou beli segala macam barang2 itu. mula2 carik sos black pepper jenama jj kalo ada. then kalo takde try satu resepi yg jumpa nih. patut tuh resepi untuk daging masak black pepper, tapi belasah aaa, ahahhahahah.

wokaylaa, sebelum saya merapu dan lari topik, happy birthday again to wan liana. selamat maju jaya, hihi. daaaaa.

Januari 2, 2009

the 3rd post in 2009

Difailkan di bawah: pelajaran hari ini — by muna @ 12:54 pm

wow!

tetiba plak saya rajin kan kan? baru 2 hari dalam 2009 tapi dah ada 3 posts, ehehhehe. saya kat office, anyhow kerja sudah siap. decided untuk menghabiskan cuti 2008 dengan mengambil 1/2 day today, ehehhehe. office senyap sunyi. jalan kl sumer tak jammed. best betul. start next week kena bangun awal lagik and keluar rumah kul 8 *sigh*

anyhow, saya nak menjawab soalan orang2 yang tersesat seperti direportkan oleh “Top Searches”

1. tips bela angsa: errr, saya pun tatau tips yang sebenar2nya. tapi angsa adalah vegetarian. jangan plak anggap dia macam itik ayam yang main menyuduuuuuuuuu ajer, ehehhe. sila kasik dia makan dedak dan jagung setiap hari untuk menjamin kesihatan. masa saya ada angsa dulu, ayah saya tebas rumput makanan lembu untuk angsa2 saya tuh. memang favourite dia sangat. rumput2 and pokok2 bunga abes disudu sampai nampak macam kena racun. hope this will help :p

2. maksud suki kimi: dalam bahasa jepun suki = suka dan kimi = awak. suka awak laa kot. (encik penasihat sila betulkan kalo salah, hiks).

3. kedudukan cincin tunang: MUNGKIN adalah di jari manis tangan kanan. saya pun tak berapa sure sebab belum bertunang, ahahhahaha.

untuk yang carik eksiden tuh, apa kehalnya? takde gambar2 ngeri di sini. untuk yang carik multiply resepi, kat multiply memang senang carik resepi, hihi.

ok dah kul 1, meh balik sambil singgah di mcd drivethrough untuk membeli prosperity beger, nyum2. happy weekends all :)

Laman Berikutnya »

Dikuasakan oleh WordPress