ya ampunnn, guwe malesss banget. balik2 malas. bila tah nak rajinnya :P oklah, kesian kat korang2 yang rajin click2 setiap hari dan kebosanan. meh aaa saya membebel2 ari ini, okeh?
last weekends ofis saya buat family day kat cherating. bebudak ni sewa kereta from kb, saya plak al maklum aje aaaa mana bleh berpisah ngan sayang, so nak gak balik kl (though when he asked, i told him that i want to work on friday as leave replacement :p). disebabkan takde sapa sudi nak amik saya kat kj pada hari sabtu tuh, saya paksarela sue bawak saya, ahahahha. dia kata kereta dah penuh ngan barang2 azim, tapi pedulik hapa saya :p
jumaat malam itu saya tak jadik menonton the mummy. sayang kata dia penat. so, kami lepak2 makan2 kat gerai2 depan pej pos kj itu sambil tengok opening ceremony olympic. layan je ah. bleh lak tuh lepak sampai kul 12, sampai abes, padahal tadik penat kan? ahahhahahah. lama tak lepak lelama bersama2 :”>
so, pagi2 sabtu tuh punya liat nak bangun. mula2 sue kata dia datang around 8-830. dia kata kalo lambat tinggal, eheh. so, pura2 aaa bangun lalu mengsms dia. cover line aa sangat padahal bukak mata skets je nak sms, ahahhahaha. tapi last2 dekat kul 9 aa baru dia datang pun, eheh.
seronok je aa main ngan azim kat belakang. azim is such a happy baby. so, secara tak langsung saya melantik diri sendirik menjadi bibik, eheh.
then sampai cherating tuh, lepak2 then family akak saya pun sampai. saya pun dengan riak bawak azim sue nak jumpa azim saya. to tell the truth azim saya adalah sangattt suka baby. bila azim saya nampak saya, muka dia dah liplap2 dengan senyuman manis “manyaaa!” dia jerit. then bila saya tunjuk azim sue and kata “azim, makngah ada azim…” pehtu abang dia si lan sedap2 mulut nak menyakat adik dia, terus dikatanya “azim, makngah ada azim lain. dia sayang azim tu je, tak sayang azim ni” terus aaa my baby itu berubah riak muka. terus masam and majuk, tamo dah kat saya. aduhhhh.
main2 sukaneka adalah bosan. saya dipaksa main batu bata. saya slambe je jalan pelan2, ahahhahahah. terus kalah. yelah, jalan laju2 mesti injured punya. saya tamo :P pehtu tarik tali tanpa warm up bagai lalu mengakibatkan otot2 sakit selama 3 ari, huhu.
makan malam best. bbq makan ketam sama udang tuh aa paling best. makan sampai rasa nak pensan, uuuu kecur memikirkan ketam2 itu. then acara tukar hadiah and main teka2 lagu. group buat tajuk lagu, then nanti kena lakonkan tajuk2 lagu kasik teka :p tukar hadiah, saya dapat adiah apa tah perhiasan dari atul. saya kasik hadiah brooch yang comel, dapat kat zairi. ok aaa tuh, merasa aaa wife dia yang dapat, eheh. and we won teka2 lagu. ada 3 kumpulan seri ni. then saya dapat teka lagu “makhluk tuhan paling seksi” yang dilakonkan oleh syila. wow, hebat saya :p
lepas pada tuh carik tempat nak karaoke konon. kitorang aa yang bujang2 ini, eheh. jumpa satu kedai makan ini ada karaoke. masalahnya open sangat. seluruh kedai dengar suara, bukan macam kedai karaoke biasa. so cancel. got this 1 pakcik yang beriyer2 ajak ke kedai karaoke lagik konon2 dekat2 situ. but tak pergi aaa. kata farzie pakcik tuh mencurigakan. ada plak kang kena rompak kitorang sumer.
pagi esoknya saya slambe malas bangun sarapan. lona paksa, bangun gak aa. after makan2 balik bilik and sambung tido. supposedly ada acara treasure hunt, but my muscles were screaming and my eyes won’t open. so, tido lagik afdal. lagipun saya nak drive cherating-kb petang itu, so kena aa cukup rehat kan.
then before balik dok pujuk2 azim saya lagik. urut2 kaki dia segala. until he smiled again. pehtu cakap kat laki akak saya itu “ayah, anyaaaa”. itu tandanya dia sudah ok. pehtu puas aa nak cium azim sue segala kena jeling2, make sure dia tak nampak, ahahhahhaha.
best aa drive viva. viva kitorang 660 je. punya aa saya blasah, sampai viva 1.0 pon tinggal, ahahhaha. took us 3 hours to reach kt. ada construction before sampai kt tuh. singgah beli keropok and tunggu viva farzie. then terus ke kb. took us another nearly 3 hours. anto fiza balik umah dia, dinner kat depan husm, then balik lalu pensan.
itu sahaja report saya untuk weekends lepas. doakan penyakit malas saya ni ilang. take care and enjoy your weekends! (padahal ni baru tengah minggu ek? ahahhahaha)


