nothing and everything, all at once

Jun 25, 2008

f1 @ france vs euro 2008 quarter final

Difailkan di bawah: f1, football and other sports, my kimi — by muna @ 4:36 pm

halluuu all. al mintak maaf zahir batin sebab ala2 menghilangkan diri after 2 major events (major laa sangat f1 ngan euro ni, ahahahah) last weekends. balik2 sini saya adalah sangat ke-busy-an. for the pass 2 days, kul 11 baru balik keje *sigh* ari ni pun tatau apa bakal terjadi, cewah.

where to start ha? hmmmm, oklah, since last sunday memula dihadapkan dengan f1, kita start with f1 lah, eheh.

kimi pole. biasanya kimi pole akan ditranslate into kimi win unless something happened to the car. kimi, kalo dah pole, slambe je mencicit lari tinggalkan orang lain terkontang-kanting nak mengejar kan. bak kata pengulas2 “on their own class” gitu.

anyway, memula sms wan liana nak tengok f1 umah dia. the other 2 options would be tengok f1 kat umah sue (with lots of distraction sebab kat sana ada anak teruna yang memerlukan perhatian saya, ehem :p) and with sayang (provide dia ada mood nak menemani awek dia sorang ni tengok f1 selama 2 jam). but then, menjelang2 waktu yang sepatutnya berangkat pulang, kemalasan melanda. untuk motivasi, tanya aa sayang kalo2 nak teman tengok sebab kalo acara dating2 ni memang laju je aku, ahhahaha.

but then, encik sayang tuh mesti tak bangun lagik awal2 petang tuh. slambe tak jawab sms hingga saya decide malas aa balik kl terus. lepas sms camtu dia jawab “awak balik kl bila?” cehhhhhh, hapa punya worang laaa. anyway, kat umah lagik best. bleh tengok sambil livestreaming terus kan, hikss.

ok, straight to the race. as expected, kimi meluru terus. he took 0.3secs per lap as compared kepada kereta massa. tuh je yang tercomparekan. he was making lap after lap of fastest laptime. by 30+ laps, dia telah mendahului massa sampai berbelas2 saat (dalam f1 ni sesaat tuh pon kira lama gila tau, ahahahha).

then i saw his lap time sudah tidak pantas lagik. apakah? mengapakah? dimanakah? siapakah? eh, over plak, ehem. memula ingatkan dia sudah mau mengelap orang2 lain, hence the slower laptime. akan tetapi takkan aa slow sampai 2secs berbanding laptime2 yang dia buat sebelum itu. massa was catching him fast. saya panik.

kemudian ketahuanlah sebabnya. exhaust pipe dia dah dangle2 sesedap rasa. see here.

saya dah punah harapan dah time tuh. selalunya kalo dah camtuh, tak panjang dah umur kereta kimi kan. suprisingly, kereta dia tak broke down pun. despite the overheating kepejadah and lost of power, kimi berjaya gak menamatkan perlumbaan and on some occasion even matching massa’s lap time dalam kereta yang segar bugar. massa bawak gila berhati2, mengalahkan alex yoong dalam minardi dolu2 wa cakap lu, ahahahha.

and some interesting scrap for 3rd place between trulli, heikki and kubica. memula kubica tuh memang ala2 bertarung hebat2 gak bersama2. but then, towards the end, trulli busy fend off si heikki ajo. then menang wooo. toyota on the podium, jangan tak caya, eehhehe. suka gila trulli ngan orang2 toyota. big applause to him *clap2*

on the other hand, lewis plak dah sah2 kena start ngan 10 places down grid penalty. then start2 dia telah dipunish sebab ikut short cut kat chicane. so kena served drive through penalty plak. bapak dia bengang lagik, abes aa dia kena sebat balik tuh, ahahhahaha.
ok, tutup cerita f1 ni.

bola plak. euro quarter final. italy vs spain. kata media merata2, dah berpuluh tahun spain tak berjaya mengalahkan italy on international level. so, saya 50-50 je aa. mainly because banyak player2 yang saya kira agak mantap takbleh play for this quarter. 1st of course abang cannavaro saya. then pirlo ngan materazzi plak missed quarter sebab 2 yellow cards *sigh*

never did i watched an interesting defend game as that quarter final. memang best dema lawan. hairan gak, sebab slalu kalo main defend mesti boring. pehtu tengok skil2 abang buffon, huiyohhhh. tapi frust sebab 0-0. they went into extra time and i had to go to catch bus to lcct :(

then they went into penalty, something yang italian ni sangat lemau. itu aa yang buat italian fan ni geget cari masa world cup 2006, and thank god we won, eheh. anyway, as all know, we lost to the spanish. takpelah, it was a well played game :)

anyhow, pakcik donadoni dengar2 cerita akan dipecat dan diganti balik ngan pakcik lippi. yahoooo, the return of pakcik lippi. another world cup, pakcik lippi? *joget2 dangdut*

ok, saya perlu kembali membuat kerja saya. see you when i see you. take care. daaaa

Jun 18, 2008

to the quarter final!

Difailkan di bawah: football and other sports — by muna @ 6:21 pm

if i ever got a chance to pick a husband (kalo tertiba ada beratus2 calon berbilang bangsa, ahahahha, i wish), i’d pick an italian. i’d just melt when i gazed upon the beauty of an italian man. lagi2 kalo imagine abang cannavaro. mak aihhh, tangkap leleh kan. dah aa abang cannavaro itu such a nice guy. bleh senyum2 dan gelak2 sambil berlari2 bermain bola. how i adore him. and i truly miss him during this euro2008 :(

anyway, italy berjaya jugak qualify themselves ke quarter final. their play? oklah, satisfying although still not superb enough. berjaya membuat mata saya yang mengantuk itu terbuka luas. i like the first half more than 2nd half. masa 2nd half, dema dah main defend2 dah.

france lose a player sebab fouled dalam penalty area. terus dapat free2 gol sejibik yang disempurnakan oleh pirlo. then si luca toni ni asyik2 missed nak shot ke gol tapi sepak tang lain. kena kasik hadiah contact lens kot? rabun kot? ahahhahaha.

but still, saya ada gak menyumpah2 sebab dema terlepas peluang. main ngan 10 orang pun takleh sumbat banyak2 gol kan. apa daaaaaaaa. 2nd gol datang dari free kick si de rossi yang kemudiannya thierry henry terflick2 kaki dia lalu terus masuk gol. saya dah tepuk2 tangan gembira. after that bukak tv3 and see holland dah 1-0. then, tak senang duduk and membuat macam2 kerja such as basuh baju (masuk lam washing machine laa dey) dan iron baju.

and then, selamatlaa kami qualify, yeayyyy. next match melawan spain ahad ni. nak kena tengok gaklaa gamaknya tuh, karang dema demotivated plak nak main :p

forza italia!!!

Jun 17, 2008

ulang tahun abang andra :D

Difailkan di bawah: birthday, football and other sports — by muna @ 10:31 am

hari ini besday abang andra yang ke-36. walaupon dah dekat 40, abang andra tetap mantapp, ehehhehe. selamat ulang tahun untuk abang andra. semoga terus sukses dan sentiasa hidup dalam lingkungan dan rahmat Allah, amin.

hari ni jugak adalah perlawanan penentuan kumpulan c untuk team saya (perasan lak macam saya yang own team italy, haha). diorang kalah teruk lawan ngan holland ari tuh sebab saya tak bangun dan sokong diorang. abang buffon pun gamaknya gementar memegang jawatan captain tuh sebab abang cannavaro yang injured. abes tertewas. sian diorang. so, untuk game italy vs romania ari tuh saya pun tunggu aa dengan berdebar2. nasib aa ari jumaat malam sabtu. selamba aa pun kan, sabtu cuti. apa yang saya tengok, team tuh macam tak cukup mantap. tak macam masa world cup. macam berterabur dan takde penyatuan. maybe faktor abang cannavaro as a captain adalah faktor penting after all. no wonder aa dia bleh diaward best player fifa 2006 kan? ehehhehe.

nevertheless, abang buffon berjaya save penalty si mutu. nanges2 mamat tuh, ahahahhahaha. and ada pengadilan yang tidak berapa adil. pengadil kata offside masa luca toni (tak silap saya aa) jaringkan gol. pehtu yang lawak masa half time, orang2 tv3 kata “mari kita uji kecanggihan alat visual kita” then bila diorang guna, nampak aaa dengan nyata tak offside, aahahaha. diorang semua terkedu dan kata “ya, memang tak offside” dan terus tukar topik. then 1 lagi si penjaga gol romania tangkap bola tapi bola tuh nampaknya dah lebih dari palang gol. hmmm. tapi takpe laa yang itu, sebab maybe palang gol tuh tertonjol keluar dari garisan gol skets. gamaknya laaa. so, even diorang seri 1-1, dalam jiwa raga saya diorang menang 3-1 :) tapi still, line up kurang kemas pada pandangan saya, so unlike world cup. banyak gak player2 world cup kena gugurkan. kata pakcik donadoni, mereka2 tak perform masa league season. then abang cannavaro plak injured. takpelah. i just hope mereka bermain sedaya upaya dengan france pagi esok. an entertaining and superb game from them worth more than euro cup ;)

tapi, diorang still boleh move to the next level dengan cara ini:

Apart from a win, Italy, who have also looked rusty and surprisingly vulnerable at the back, might just squeeze through with a scoring draw, or even with a goalless draw, providing Romania lose 3-0 or by a four-goal margin.

france plak kena menang dengan italy dan holland menang dengan romania untuk move to next round. so, peluang italy lebih cerah tau, ehehehhehe. still hoping *pray hard*

oklah, sambung buat kerja. take care all, daaaaaaa.

Jun 12, 2008

7 hari

Difailkan di bawah: kerja, me, whining — by muna @ 6:16 pm

seminggu lagi baru boleh balik *sigh*

padanlaa muka kan. mula2 tuh siap dengan kompiden skali meyakinkan diri sendiri bahawa bleh laa tak balik minggu ni. yelah, nanti2 dah nak balik kl terus kan. bila plak nak jalan2 kat kelantan ni? dah berapa bulan duduk sini, haram tak pernah jejak kaki ke pasar siti khadijah contohnya. ahahha, macam penting sangat pun ek? :p

anyway, selasa malam dah start terkebil2 dalam gelap. apa? tak balik minggu ni? huwaaaaaaaa :(( then malam tadi pun terkebil2 gak. tak terasa pun excited dah hujung minggu. rasa depress je fikir 7 hari lagik, arghhhh.

selain daripada nak jalan2 kononnya kan, saya gak nak kasik break kat sayang. asyik2 kena hantar jemput tiap minggu. kasik break aa minggu ni. break sangat laa kan. ni kan dah rasa nak meloncat2. 2 minggu tak jumpa sayang? huwaaaaaaaaaaa. mengapakah saya melakukan ini semua :(

on the plus side, i got to save little bit from flight fees. sebab entah kenapa ramai2 lak nak balik minggu ni, masa saya beli tiket bulan ni pun, tengok2 dah mahal dah. adala save dalam 250+ rasanya. hmmm. tak kemana pun 250 tuh bila tak happy camni.

pehtu dengar2 macam kena extend project ni. ni tengah dilema ni. saya dah tak sanggup duk sini. seriously serious ni. but then, malas melampau2 plak tuh nak siapkan kerja2 ni. my plan would be to settle 90% of everything and ask my boss untuk kasik saya balik kl. if not, i should be thinking of resigning. rezeki kan di tangan Allah. insyaallah, i’d be allright. bleh kot mendapat kerjaya baru yang lebih aman makmur dan selamat. doakan saya je.

happy weekends all. doakan saya could survive this week before bleh jejak kaki ke kl balik…

Jun 11, 2008

sweet love of mine :”>

Difailkan di bawah: hal rumah tangga, happy2 — by muna @ 11:43 am

lama tak manja2 kan? :p so, semalam mood nak manja2 lepas baca buku hlovate aA + bB. best gak buku tuh. gi sini untuk order, atau dapatkan di kedai buku berhampiran (ewahh, siap promosi :p). sayang plak, bukan sepanjang masa tuh ada mood nak layan orang manja2 ni. kekadang kalo tengah angin-anginan dia datang, mampos aa sms dia dia buat tatau je :p

memula saya tanya, dia dah balik kerja ke. dia kata tengah lepak minum2 jap. then saya cerita macam2 kat dia, dia cakap “ok” je. ingat dia malas nak layan. saya diam. alih2 dia sms lagik…

“minggu ni gi mana?”

“bila? weekends ni ke?”

“a ah”

“gi siam. jom! :p”

“lerr betul ke?”

“hahaha takde pasal saya nak gi siam. ingat nak ajak awak kawen lari kat siam ke?”

“ceh merepek aje”

“aik, marah plak?”

“mana ada marah”

“dalam sms tak keluarkan nada sepatutnya laa. org nak kata awak pura2 marah :p”

p/s: memula saya nak katakan “jom gi kawen lari kat siam” ahahahahhahahaha. mesti kena luku bila balik kl nanti kalo cakap camtuh :p

Jun 9, 2008

lewis bongokkkkkkkkkk

Difailkan di bawah: f1, kegiatan halal dan haram, my kimi — by muna @ 5:40 pm

memang mencabar last weekends, sebab saya dalam dilema. mana laaa nak tengok f1. umah gemas? umah kj? umah wan liana? kedai mamak? umah wadie? umah kimi? eh eh eh, mana plak aku bleh gi umah kimi, huhuhu. tengok kat intisari rancangan rtm, slambe je dia kata “siaran tertunda formula 1, montreal, canada – 1230am” tak ke bangang namanya, siaran tertunda kul 1230 padahal start race kul 1 pagi, ahahahhaha. takpe, kompiden ada kot. tapi untuk mengelakkan hal2 yang tak diingini terjadi, wan liana berbesar hati meminjamkan kad astro beliau dengan ucapan “aku takde kat umah. cuti sampai isnin. ko amik kad astro and duplicate kunci then tengok je astro aku tu”

so, plan2 laa. hari sabtu gi menyibuk makan kenduri kat umah wan liana. kenduri abang dia kawen. slambe je ajak farina plak, ehehhehe. biasa aa saya, suka buat kerja 2,3,4 dalam 1. farina pun kata ok, dia takde plan ari sabtu melainkan nak gi dataran pahlawan beli mender2 mellilea. saya pun ok sangat sebab nak gi mahkota parade beli jeans bums kat parkson. entah kenapa kat parkson ou slambe takde jual bums. cissss. parkson mahkota parade agik best dari pakson ou tau. pehtu nak carik handbag, sebab handbag cap apa tah yang saya beli kat jj ou, dah sopak sana sini, pehtu siap ada itam sana sini, tah kena apa tah. nyampah. beli handbag kat parkson at least tahan aa setahun sebelum sopak2 bagai kan. takpe, carik handbag kat parkson mahkota parade gak.

kesimpulannya best aa sabtu. dapat jumpa farina, makan nasi minyak yang lazat, jalan2 shopping kat mahkota parade/dataran pahlawan sampai sakit2 urat kaki dan makan eskrem baskin robins yang lazat.

ahad, saya dah sedar diri. kalau nak balik, kena balik awal betul, as in sebelum tengahari atau balik lambat2 untuk mengelakkan jammed. maklumla, cuti sekolah habis ari ahad tuh kan. sebab bangun pun dah lambat, saya pilih balik petang2. sms sayang tanya nak dating ke tak. saya neutral je, sebab kalo dia tanak, saya nak balik tido dulu kat kj sementara tunggu f1. pehtu dia cakap “datang ajelaa sini” ceh, kasik aa ayat2 yang romantik skets ke kan :p

balik bla bla bla, jammed skets kat seremban bla bla, sampai kl, date tengok mr. bean holidays kat screen besar mamak bla bla bla. then balik kj siap2 gi umah wan plak. slambe lak tuh sesat carik umah dia. siap kena call wan. pehtu bila dah jumpa, kunci duplicate takleh bukak! alahai. so, saya kata pulangkan kad astro je laa. wan panggil housemate dia suruh keluar amik kad astro. saya pulang kad astro and balik. pehtu slambe sesat lagik, pusing2 kat parking lot, ahahahha. (wan, umah ko mengelirukan pihak lawan aaa!)

berpeluh2 balik umah, dah kul 12. ada ringkasan sukma. then 1230 tengok2 ada life, yahooo. pehtu lapar, masak megi makan ngan sambal udang sambil tengok f1.

start race normal2 je laaa. kimi stay 3rd. tapi awal2 tuh kereta ferrari lacked speed. masa kereta dia dah start dapat speed, kimi dah buat fastest lap, time tuh gakla adrian sutil nak rosak2. dia park kereta dia tepi tembok. nak keluarkan kereta dia, kena deploy safety car. kebetulan masa tuh dah dekat2 time untuk 1st pitstop frunt runners. so, bila pitlane opened je, terus 4 front runners ni masuk pit. lewis, kubica, kimi, adik nico. saya gelak2 je gembira.

then mclaren lembab2 isi minyak lewis. kubica dah terlepas dulu and potong lewis kat pitstop. kimi pun meluru lepas kubica. lewis yang gelabah terus pecut ke depan TANPA PANDANG KE DEPAN. bodohhhhhhhhhhhhhhhh. tetiba dia nampak kubica depan dia, dia mengelak terus sondol kimi. apakah???????

sejurus selepas kemalangan, lewis sondol kimi, then adik nico pon tak sempat brek2 gamaknya tersondol lewis lite2

the thing is, bila pitlane opened, exit dia still akan red light until safety car and kereta2 dibelakangnya lepas habis daripada pitlane exit tuh. so, kubica ngan kimi ni dok lepak2 kat situ bukan aa nak beriadah ke apa ke. sebab lampu tuh merah. merah tuh berenti laa lewis. ko tak sekolah ke??? marahnyaaaaaaa haku. pehtu adik nico lak join, sondol plak si lewis. tapi dia sondol skets je, bleh meneruskan race walaupon kena tukar moncong (and menyebabkan dia tak dapat finish in point).

kimi buat aksi macam nak bagi 2-3 das kat lewis yang sengal, bebal lagi buta, hoh!

yang saya kagum, kimi takde plak nak terajang kereta lewis ke, terajang lewis sendirik ke, pelempang lewis ke. dia tepuk2 belakang lewis sambil point ke arah lampu tepi exit pitlane tuh. kalo saya, dah lama saya tendang sampai koma si lewis tuh. owhhh chentaku, kasihan kamu.

bapak lewis: siap ko, balik ni aku lesinggggggg ko. memalukan bapak ajo
lewis: alaa pak, jangan laa camtu, huwaaa

pehtu ngadu2 kat sayang, sayang kata “bosan aa kimi takde, tido je laa” eheh. sayang pon sokong kimi ekkk ;) saya baring, try aaa jugak nak tengok abes. tapi ngantuk gila, pejam2 mata dengar commentary martin brundell ngan james allen (i do miss them, tapi betul aa dema tuh asik memuja2 lewis je. bleh dema kata team patut warning lewis pasal red light tuh. isk iskk. bukan nak salahkan lewis yang macam takde mata nak tengok, hoh). tetiba dengo kata alonso langgar dinding. not really laa, kereta dia spun, lalu hantam tembok, tapi taklaa teruk bebeno pon sampai safety car deployed. still mampu gerak ke kawasan yang selamat.

then as expected, kubica menang. heidfeld nombor 2 (ni tak expect), coulthard no 3. to tell the truth, aku off tv 2 lap sebelum abes race tanpa memperdulikan keputusan, ahahahha. huiyohhh, gegila aa mereka2 yang underdog ni. kubica sekarang lead dengan 4 points over heidfeld and lewis, whilst kimi is 7 points adrift. ini semua pasal lewis si penyondol itu. padan muka kena 10place penalty, hohoho. takpelah kann, sesungguhnya hero memang kena kalah2 dulu and tetiba menang di penghujung cerita, macam yang kimi buat last season. kimi, i still believe in you!

kubica: yeahhh menang gak aku akhirnyaaa *nari dangdut 3 round*

meh kita interview the reigning world champion kita, enchek kimi:

“There’s not much I can say,” was Raikkonen’s reaction. “My race was ruined by Hamilton’s mistake. Obviously, anyone can make mistakes, as I did two weeks ago in Monaco, but it’s one thing to make a mistake at two hundred (miles) per hour but another to hit a car stopped at a red light (pedassssssssssss). I am not angry because that doesn’t achieve anything and does not change my result! I am unhappy, because I had a great chance of winning.”

we’ll meet again in 2 weeks in france. sekian laporan dari bilik berita, assalammualaikum :p

Jun 4, 2008

pre euro2008 – italy without captain??

Difailkan di bawah: football and other sports — by muna @ 2:58 pm

italian team

gambo dicurik dari soccernet. abang saya berjersi no 5, menyangkung 1st dari kiri

abangku injured? hadoilaaaa. semalam tengah2 syiok makan tomyam sambil tengok berita, alih2 dia kata abang cannavaro injured. saya sangat sedih. this will be cannavaro’s last euro since errr to be frankly speaking, abangku udah tuo, hohoho. this is some excerpt from soccernet:

Alessandro Gamberini has been called up as a replacement and will arrive at their base near Vienna today. Capped 116 times, Cannavaro has been a key figure in Italy’s defence and was voted FIFA’s World Player of the Year in 2006.

and this:

Goalkeeper Gianluigi Buffon may be the most likely candidate to take over as captain with midfielders Gennaro Gattuso and Massimo Ambrosini other options.

tengokkk, pakcik donadoni kata belum decide lagik tau. sedap2 je tv3 semalam kata abang buffon ganti abang cannavaro. errr, buffon pun abang saya tau. saya suka tengok dia masa world cup. dengan selamba je dia berjaya menepis bola2 laju daripada pasukan lawan. hebat aa abang buffon. harap2 akan terus hebat lagik, eheh. tapi pelik gak kan, bila sorang abang saya injured, slambe abang saya lagi sorang plak amik alih jadik captain. saya memang pandai membuat pilihan yang bijak kan kan kann. note that masa saya slambe nobat abang cannavaro jadik abang saya, masa tuh dia takde aa apa sangat pon. setakat seorang defender yang ensem dan bergaya dan terer pada pandangan mata saya aje. alih2 masa world cup jadik captain. ni, alih2 abang buffon amik alih, hmmm.

anyway, abang cannavaro kata, dia tetap akan bersama pasukan untuk memberi sokongan moral albeit takbleh aa nak main kan. so, dok jadik simpanan aa abang saya tuh. ada can saya nak skodeng2 gak dia masa game italy ek? incik penasihat kata, pakcik donadoni pon terer gak. so, diharap pakcik donadoni bleh memimpin italy ke tangga kejayaan, eheh. untuk abang saya itu, jangan aa sedey sangat for missing this euro2008 ek. adikmu tetap menyokong kamu walau kamu duduk di bangku pemain simpanan ajo, huhuhu.

viva italia!

on another happy2 note, malam tadik saya mimpi kimi, wohooooo. sama mimpi anak encik williams tuh, walaupun mana saya kenal anak encik williams. apa ke peliknya mimpi saya semalam?

Dikuasakan oleh WordPress