i got tons and tons of work due in less than a week.
apa aku buat surfing2 blog orang? komen2 blog orang? update blog sendirik?
aku pon tak faham. huarghhhhhhhhhhh, matilaaa.
sekian.
i got tons and tons of work due in less than a week.
apa aku buat surfing2 blog orang? komen2 blog orang? update blog sendirik?
aku pon tak faham. huarghhhhhhhhhhh, matilaaa.
sekian.
ya rabbi ya rasul ngantuknya. inilah akibat tidur selama 2 jam sahaja. ahhh, demi kimi saya rela. dan kimi telah menghadiahkan hattrick kepada saya. hattrick dalam f1 adalah pole position + win + fastest lap. ahhhh kimi memang hebat dan kewl dan comel dan macam2 lagik. chenta hati beta :P
anyway, f1 kat spain ini tahun ada drama2 swasta yang selambak macam telenovela pon ada. so, meh kita cerita 2 peringkat ye adik2. qualifying sama race kita asing2 ;)
qualifying:
disebabkan kimi dengan jayanya berjaya top pada kedua2 sessi jumaat, saya rasa kimi ada harapan ni. apatah lagi mimpi cemas saya pada malam khamis yang saya ketinggalan flight nak balik tengok kimi, ahahahha. pelik kan, apsal laaa bila saya mimpi kecemasan macam tuh mesti tanda2 kimi nak menang :p
saya lawak masa 2nd round. sumer orang buat masa laju dan laju dan laju. kimi kuar awal2. masa dia dah kena top dengan orang2 lain. kimi tak puas ati. dia keluar pehtu terus atas skalik. ihikss. i like. that’s my man!
anyway, spanish crowd neh memang sangat2 memuja pelumba negara diorang, incik alonso. so, incik alonso sedaya upaya nak kasik peminat2 dia gumbira. bersungguh2 incik alonso push2. mula2 dia dah provosional pole dah. pehtu kimi saya dengan comel dan macho lagi bergaya selamba ajer memusnahkan harapan alonso dan peminat2nya, aahahhaha.
note 1: ferrari bubuh lobang idung kat moncong kereta dia. angin yang masuk ikut lobang idung ini akan mengalir dan memberi daya tekanan kat wing dia. so downforce akan bertambah lalu meningkatkan kestabilan kereta. bijakk bijakk.
note 2: apa ke buduhnya pengulas f1 kat astro tuh? selama neh saya ingat pengulas melayu je malas buat homework, rerupanya dema pon sama. memula salah main tangkap muat kata kimi guna 2nd engine kat spain. diorang kata cenggitu sebab kimi masa tuh tak berapa laju. skalik kimi caras dan buat pole :p then, diorang slambe tatau bahawa untuk part 1 & 2 qualifying, walau bendera dah kibar kata tamat session, as long as driver dah start dia punya lap, tetap akan diterima. slambe kata dah kibar bendera tak kira, wahahahhaha. how pathethic. lepas tuh tengoklaa satu2 time dipintas oleh pelumba2 yang kunun2 dah tak qualify buat timing. buduh.
note 3: kimi dah tak heran ngan michael. ko nak menyibuk2 datang race pon datanglaa, kata kimi. ahahahha. it seems that kimi telah menambah konpiden dalam diri setelah berjaya menjadik juara last year. that’s my man!
race day:
kalau kimi pole, hanya kerosakan pada kereta dia aje yang boleh menghalang dia daripada menang. so, saya hanya berdoa agar kereta dia ok.
start of the race, kimi biasa2 je meluru dengan konpiden. massa berjaya pintas alonso. si lewis plak tersusup sasap menyelit2. saya rasa dia naik kot 1-2 position. am not so sure sebab sibuk tumpu perhatian kat kimi. then the accident happened to the backrunners. sapu bersih 3 kereta skalik kuar. eh, ke 2 aje? gasak :p so, keluar dah safety car.
then banyaklaa plak kereta2 rosak laa terbabas laa apalaa kan. bergesel2 laa apala. yang syahdunya, kereta alonso pun sama rosak. mana idaknya, abes mamat tuh peras kereta dia untuk perform 200%. pensan aa kereta dia kan. tapi alonso sungguh good natured. dia gi kat pagar kat peminat2 dia tuh and lambai2 lepak2 amik gambo, eheh. kalo kimi saya sure dah hangen and blah aje dengan segera :P
around 2nd round of pitsop, lap yang sepatutnya nick heidfeld masuk pit, heikki kovailenen telah eksiden dengan dasyatnya. something telah fail kat bahagian left front tyre dia. terus aa tercabut and meluru macam dart ke arah tyre barrier. tercucuk dia kat situ. saya adalah amat saspen. marshals pun tak boleh nak tarik kereta dia tuh. tapi alhamdulillah, end up cuma concussion and lebam. nah tengok gambo neh
heiki: “arghhhh lemas lemasss…helpppp :((“
marshal 1: “aku tarik ko tahan aaa, yah yah yah”
marshal 2: “cepat cepattt aku tahannnn”
marshal 3: “testing2..ko ok tak heikki? hidup lagi ke?”
yang kesiannya nick heidfeld laa. dia suppose isi minyak lap tuh. then bila dah eksiden and safety car keluar, pitlane akan ditutup untuk 2 lap safety car ke, lebih kurang camtuhlaa. ini konon2 nak elakkan team amik kesempatan refuelling masa safety car ni. tapi kalo dah jadik kes heidfeld neh camne? nak tanak heidfeld masuk gak isi minyak and dia kena 10seconds drive through penalty. dia kena pit pehtu lepak 10 saat before bleh jalan balik. musnahlaa harapan heidfeld, bmw dan peminat2 mereka, huhu. lepas tuh nak kejar balik punyalaa payah kan, hmmm.
kimi laa asyik menonjol2kan diri dia. dahlaa masa awal2 race asyik buat fastest lap. menjelang massa nak pit 2nd time, dia buat fastest lap. kimi tak puas ati, terus respond dengan another fastest lap. ok gak kimi push tuh, sebab end up dia kena hold about 2secs masa pitting sebab si lewis dengan kubica lalu kat tepi dia untuk pitting masa dia nak keluar dah tuh, hmmm.
perfect weekends for kimi. another hattrick; pole + win + fastest lap.
join me for the next race in turki, lagik 2 minggu camtuh. take care *hugs* saya tinggalkan korang buat sementara ni dengan image kimi yang botak, hikss.

kimi: “muna..i chomel kan kan kan?”

tu tuuu cuba korang tengok tu. sejak saya mengambil keputusan nak bukak blog saya untuk search engine, teruss mencanak2 orang masuk ke blog saya. pehtu semua orang yang masuk search abang andra. tuh korang tengok yang saya bulat2kan tuh.
huiyohhhh, abang andra saya semakin hot sekarang ini. iskk ni yang jeles niiii. apa ni? rasa nak sepak je orang2 lain, ahahahha. apalaa emo tak tentu hala.
untuk korang2 yang tak kenal abang andra, meh saya carik n tepek muka abang andra jap. mana dia mana diaaa. haa ni dia.
tengok aa abang andra tuh yang sungguh maskulin. muka jawa sejati, gagah, penuh keperibadian. badan tough. tuh masa kat planet hollywood tuh. siap ngan basah2 peluh *drools* opsss.
anyway, abang andra ni dah kawen and ada 3 anak yaa. no 1 yasmine, no 2 timor xavier, yang kecik skalik nama ismail. wahhh tak sangka saya hapal nama anak2 dia, ahahhaa. latest news abang andra, dia berlakon filem plak *gasp* belum keluar lagilaa tapinya. tengok macam not type of film yang saya suka tengok. tapi kalau ada peluang of course nak tengok gak lakonan abang andraku.
oh ye, sebab ramai sangat mencanak2 cari abang andra, semalam saya dapat tangkap secara tak sengaja menatang ini. 2345. nice huh?
pagi esok barcelona vs mu untuk 1st leg semi final champion league. ngapa laaa sekarang tv3 tak tayang champion league dah ek? deymmm yuhhh tv3. camne saya nak usya2 ronaldinho? hmmm, esok hari yang bz laa untuk sayang saya. pagi2 kena bangun tengok mu kesayangan dia tuh. tengah2 malam kena jemput orang kesayangan plak, uhuk uhuk.
on another note, yeayy, minggu ni ada f1 *joget2 lambak*


saya memang ada niat nak feature lagu ni dalam blog, tapi belumlaa lagi. alih2 ari ni surf2 baca blog, terkejut baca entry ini. saya plak yang sedih :( gila ahhh sungguh emosi saya ini. so, saya tujukan lagu ini buat dia. jangan sedih2 ek. ikut nasihat abang andra ni.
anyway, saya terkejut sebab ari tuh slambe citer bella guna lagu ini. rasa2 macam album baru abang andra belum sampai malaysia *cough2* apakah? apalah? iskkkkk. menchis laaa depa mempergunakan abang andra saya sesedap rasa, huhuhu.
oklah, ini lirik dia:
andra & the backbone – selamat tinggal masa lalu
jangan pernah sesali
jangan pernah tangisi
semuanya yang pernah terjadi
bila langkah terhenti
itu bukan berarti
hidupmu sampai disini
menangislah owhhhh tersenyumlah
mawar pasti berduri
dan juga hidup ini
penuh kejutan yang tak pasti
anggap ini sebagai
sebuah pelajaran hati
yang bisa kuatkan diri
menangislah owhhhh tersenyumlah
jangan kau berhenti
melangkahlah owhhh berlarilah
selamat tinggal masa lalu
selamat datang lembar baru
selamat tinggal cinta lalu
selamat datang cinta baru
selamat tinggal selamat tinggal
melangkahlah owhhh berlarilah
selamat tinggal masa lalu
selamat datang lembar baru
selamat tinggal cinta lalu
selamat datang cinta baru
selamat tinggal masa lalu
selamat datang lembar baru
selamat tinggal selamat tinggal
jangan pernah sesali
jangan pernah tangisi
semuanya yang pernah terjadi
click sini untuk download.
ingat lagi tak kisah ini? macam laa penting sangat orang nak ingat kan? tuh pasal saya link, wahhahahaha. anyway, dia masih tak berputus asa nak meng-add saya. this is his latest attempt:
saya telah berjaya mereject dia lagik. buduh aa ini orang. tak pernah ke dia nak google nama sendirik ek? bio google anto dia ke blog saya ini pehtu sedar diri skets. errr, or not. bukan leh caya. silap2 dia maki hamun saya balik dalam blog, wahahah. ada gak saya emosi balik.
anyway, beberapa hari ni kurang sihat. rabu lepas mula2 rasa macam sakit2 mata, tapi buat bodoh je. khamis terus merah gila2. sampai kj pancut2kan larutan saline kat mata. siap pancut sekali solution contact lens. pehtu jumaat balik and gi clinic. dr yeo tak bertugas kat gemas plak. partner dia yang kat gemas. dr yeo ni menjadi dr saya sejak dalam kandungan mak lagik (mak saya laa citer). dia and partner (dr chan) ada 2 klinik. 1 kat gemas, 1 kat segamat. diorang gilir2. sabtu selalunya dr. yeo kat gemas, dolu2 laa punya giliran. sekarang tatau. saya yang ngada2 ni, slalunya kalo sakit, jumpa dr yeo baru bleh sembuh :p rasi sangatlah.
blasah je aa dr chan pun kan. dia siap kasik ubat demam tuh yang saya konpius. ubat tuh 3 in 1. untuk pain + demam + inflamation. alih2 sabtu tuh sakit tekak. semalam terus lembek macam nak demam. nasib ada ubat. pelik ahhh, camner dr chan bleh meramal saya nak sakit? magical world of disney betul!
owhh, sabtu lepas, balik2 pasar, baring2 sms sayang, tanya nak dating ke tak. dia belum bangun lagik. sampai saya lak tertidur2 mimpi jalan2 ngan sayang. jalan ramai2. sapa tah lagik. siap ada x-gf sayang. pehtu slambe x-gf dia nak suapkan dia makan kek. saya rampas kek dr tangan pompuan tuh dan suap sayang sendirik. wahahahha, dalam mimpi pun bleh jeles. sayang gelak2 je tengok saya jeles. cissssss :p (btw, saya tak pernah kenal pun x-gf sayang. dalam mimpi je tah pompuan mana tah membawakan watak itu)
then, sayang kata ada hal. biasa aa, weekends ada hal tuh tandanya dah janji nak tengok bola ngan kawan laa tuh. mu ada game laa tuh. saya redha je laa kan. alih2, masa saya dalam perjalanan balik kl sayang call. saya tak angkat sebab saya jalan2 kat rnr tak bawak tepon. dia sms tanya saya katne. saya kata aa kat nilai. pehtu dia ajak dating plak. oooo tau plak rindu ek :p
berkorban apa saja laa kan. dating tengok liverpool lawan 1/2 time. pehtu kena halau balik sebab kata dia nanti saya tak terbangun nak balik kb. heh. abes dia gak ajak dating pehtu datang lambat. apa2 je ahhh.
pagi2 ahad ok lagik. menjelang dah tengahari saya lembek2. siap leh layan lelap yang lena gila masa lunch hour. pehtu lelap lagik lepas semayang asar kat surau. ajak diorang balik awal. balik makan bihun tomyam, telan ubat and tido kul 10.
pagi ni, selamat dah kott. sihat balik kot. tapi sakit tekak lum ilang. kena memujuk diri suruh sihat. nak demam tunda aaa ari sabtu depan. bleh mintak mc ari ahad, ahahahhaha.
ok ah, nak menyiapkan sdd yang selambak ini. take care. daaa.
akhirnyaaaa, setelah mendengar lebih kurang 10kali album abang andra, saya berjaya mendapatkan feel lagu slow dia. so, saya featurekan dulu lagu ini untuk orang2 yang asyik bercinta sakan. saya click sana sini semua orang tengah dilamun cinta je, ehehehhehe. love in the air sangat laa kan. pehtu kawan2 sibuklaaa nak kawen. asyik2 anto email kat workgroup sekolah ajak gi kenduri. saya bila plak laaa kan. sayangggggg…mohle kite. huk huk huk, batuk plak.
short update: belum ada search engine pick-up blog saya ini walau telah direlease dari search engine blocking semalam. btw, blog saya kat blogspot pernah menjuarai carta bila search “ilovekimi”. for the time being, flickr saya plak menjuarai carta? aiksss, sapa plak usya2 flickr saya beramai2 ek? hmmm, i wonder, cewahhh.
oklah, since dah kul 6 ni, kita terus tengok lirik tak ada yang bisa ini, wokeh?
andra & the backbone – tak ada yang bisa
saatku pejamkan kedua mataku
dan kubayangkan disampingmu
kurasakan slalu
hangatnya pelukmu itu
dan kugenggam lembut kedua tanganmu
seakan takut kehilanganmu
kuingin slalu
hatimu untukku
tak ada yang bisa
menggantikan dirimu
tak ada yang bisa
membuat diriku
jauh darimu
dan kugenggam lembut kedua tanganmu
seakan takut kehilanganmu
kuingin selalu
hatimu untukku
tak ada yang bisa..aaaa
menggantikan dirimu..uuuuu
tak ada yang bisa
membuat diriku
jauh darimu
tak ada yang bisa
menggantikan dirimu
tak ada yang bisa
menggantikan cintamu
download kat sini. happy weekends all. daaaaaaa.
halllooo semua. hari ni saya nak membuat review album terrrbaru abang andra yang bertajuk season 2. album ini telah direlease pada 27 march lepas. saya adalah asyik bertangguh2 nak membuat review, hukhuk. dolu2 incik penasihat suka mintak2 review album ni, tapi sebab sekarang dia sibuk dan malas baca blog saya, dia takde mintak nak review. tapi takpe, saya reviewkan jugak, ehehehhehe. maybe saya boleh kasik permission blog saya untuk ditangkap oleh search engine dan seterusnya menaikkan saya punya rate, boleh? ahahahha. lama tak gila glemer ni, sejak 2 menjak menyampah ada orang tak dikehendaki membaca blog :p
opsss, kembali kepada review, saya sukaaa album ini jugak. anyway, so far takde lagu yang memberi getaran mendadak macam lagu sempurna dalam 1st album dulu. anyhow, secara amnya semua lagu2 dalam album ni adalah best. berbaloi laaa nak beli cd/kaset. sila dapatkan yang original di kedai2. padahal saya pun tunggu orang pergi indon nak kirim beli cd kat sana, ahahahhahah :p
tanpa membebel lagik panjang, meh kita terus mereview. album ni ada 10 track berbanding 1st album dulu ada 12. meh tengok review satu2:
track 1: muak
a fast number. bila saya dengar lagu ini rasa nak buat head banging dan melompat2, ehehhehe. lagu ni cerita pasal dia muak awek dia asyik2 nak buat dia jeles and buat2 perangai sebab dia ada buat salah kat awek dia. salah apa ah? tak plak dia cerita, ehehhehe.
track 2: kepayang
my favourite! lagu ni pun fast number head2 banging bagai. sungguh asyikkkk. lagu confident yang awek dia mabuk kepayang kat dia :p “kau mabuk kepayang kepadakuuuuuu” ahhahaha. at the end of this review saya ada menuliskan liriknya dan link untuk download kalo nak download. ehem. sila sokong abang andra dengan membeli cd original.
track 3: main hati
lagu ni telah dipilih as single album ni. abang andra pick lagu kepayang benonya, tapi management dia lebih kurang aa pilih lagu ni. lagu ni slow song. cerita pasal dia suka main2 cinta, main2 hati ngan ramai orang, tapi bila jumpa awek ni, terus dia rasa lain macam dan tanak dah main2 “pencarianku berakhir kerna ku telah temukan dirimu” auwww sweetttt
track 4: mimpi yang terbunuh
1st time saya dengar full album ni, setelah 3 track comel di atas, dengar starting lagu ni terus rasa nak nanges. sedihhhhhhhh. abang andra pandai bermain2 dengan perasaan saya. “sudah..berakhir sudah..harapanku untuk memiliki hatimu..” tak sedih? nangesss tau. cerita pasal awek ni telah menolak cinta dia setelah awek tu pura2 macam nak, mintak macam2 semua dia kasik. ahhh, kesiannnn :((
track 5: hitam
slow and sweet number. buat saya tersenyum balik setelah emo mendengar lagu mimpi yang terbunuh tuh. lagu ni saya belum habis decode, so tatau aa cerita pasal apa sebeno2nya, ahaha.
track 6: sahabat
auwww ngerockkkk lagu ini. ehehehhe, ngerockk yang fast number ek. cerita pasal nilai persahabatan, cewahhh. sahabat dia ni dah ala2 terpesong dari jalan persahabatan. so, dia pun peringatlaa kat sahabat dia ni suruh kembali semula bersama2 saling menjaga, menempuh hidup di dunia ni. lebih kurang aa camtuh. tapi memang ngerockk gila lagu ni. rasa nak lompat2 je, eheh.
track 7: seperti hidup kembali
slow number balik. lagu sweet jugak. tuju2 kat awek dia yang berjaya menemukan dia waktu dia tengah down gila2. kalau bf tuju2 lagu ni mesti cairrrrrrrrr awek dia *hint kat bf/laki orang* nanti saya upload lagu ni dan tulis lirik dia ek. entry ni nak feature lagu kepayang dulu :p
track 8: tak ada yang bisa
slow number lagik. seperti biasa laa, lagu2 slow abang andra ni mesti sweet kan. sungguh comel dan membuat saya tersenyum2 dan terjiwang2, auchhh. “sangat kupejamkan kedua mataku dan membayangkan di sampingmu, kurasakan slalu hangatnya pelukmu itu” so sweetttt.
track 9: 3 keajaiban
ini adalah solo abang andra. macam gak album 1st abang andra dulu, ada solo. banging2 laa track ni. kalau nak banding 3 keajaiban dengan surrender from the 1st album, saya suka lagik surrender. tatau laa kalau dah dengar banyak2 kali saya suka plak, ehehehhe. apa yang 3 keajaiban? hmmm, saya rasa maybe terinspirasi dengan 3 anak dia kot? semalam saya tengok youtube kamu-kamulah surgaku, lagu abang dhani & the rock, ada abang dhani kata lagu ni dia buat untuk anak dia, ehehehhe. so, abang andra tamo kalah, dia pun nak jugakkk :p
track 10: selamat tinggal masa lalu
slow number. i like this song, sebab lagu ini sarat dengan ayat2 motivasi dan nasihat. abang andra sangat best. saya sukaaaaa. owh, lagu ni pun layak diberi review persendirian (read: ditulis liriknya dan diupload untuk kemudahan orang ramai :p)
as promised, ini dia lagu goyang2 lompat2 kegemaran saya:
andra & the backbone – kepayang
sanggupkah kau lupakanku
sanggupkah kau hapuskanku
sanggupkah kau nafikanku
sanggupkah kau lepaskanku
sanggupkah kau singkirkanku
sanggupkah kau tepiskanku
sanggupkah kau hilangkanku
sanggupkah kau tipu dirimu
sanggupkah kau caci aku
sanggupkah kau ludahiku
sanggupkah kau robek aku
sanggupkah kau biarkan carik diriku
kau tak bisa tak akan bisa
kau tak bisa kau takkan bisa
kepayang kepayang kepayang
kau mabuk kepayang kepadaku
kepadaku kepadaku kepadaku
kau mabuk kepayang
click sini untuk download.
saya nak update semalam, tapi ngantuk bebeno, malas dah,ehehehehhe. so kita update hari ni, report apa berlaku last weekends.
saya bangun lewat ari jumaat, ahahhaha. expected laa gak tuh. memang pemalas nak bangun awal kan..sebab penat. eh lupa nak cerita, tikus tuh dah masuk perangkap time saya balik. abes dia geget2 penyapu berhampiran. umpan roti pun abes dia makan..so maybe dia dah masuk perangkap sehari 2 kot before saya balik. pehtu saya ngeri sebab dia melompat2 dalam perangkap tuh..ahhhhh. pehtu dia melompat2 ketuk2 pintu bilik saya menggunakan perangkap. lagik aa ngeri. buat2 bodo je tido :p
anyway, sambung balik, saya bangun around 10 lebih. siap2 makan telur dadar je pehtu keluar rumah kul 1120 camtuh. merasa aaa jammed serba sedikit kat federal. pehtu mat midvalley takde parking lak tuh. pusing2 terus terlambat. wayang start 1140, 1210 baru saya masuk kot. pehtu siap ingat salah panggung sebab tengah scene tembak2 bunuh2 helikopter2 pehtu cakap omputeh lak tuh. siap saya keluar check balik no, ahahahha. oh ye, on the way ke midvalley, kawan saya shizah sms kata dia in labour, dah kat hkl. saya pun kata ok je laa kan. apa saya bleh buat. tunggu baby keluar aa baru jengok dia, eheh.
L change the world memang best. i like. action packed movie. sesapa ada niat nak tengk spin-off death note ni silakanlah. tapi maybe kurang kefahaman kot kalo tak tengok death note. hmmm. tapi bleh try. best :p
after that, merayau2 kejap. wan liana call, mintak ubah tempat poya2 ke midvalley. saya kata ok, takyah aa saya keluarkan kereta dari midvalley. so naik komuter gi pwtc. bapak eh jauh nak jalan dari komuter ke bangunan pwtc. kompiden2 je budak ofis saya kata dekat, iskkk. takpe, jalan slow lama2 sampai gak, eheheh.
lupa diri and bought myself 6 books. 2 books by faisal tehrani, 2 english books at rm15 per book and 2 books from jemari seni publishing. hasilnya menjadi miskin bulan ni :( dah balik baru teringat, nak beli buku karya nan indah by faisal tehrani. nak belajar cara betul menulis. maybe 1 day i could realise my dream dengan menerbitkan buku sendirik, eheh.
petangnya balik ke midvalley ngan wan liana. mula2 kitorang menuju tempat makanan dan pemakanan. wan liana tanya nak makan apa. saya takde craving apa2, so dia ajak makan kat sushi king. dia nak makan tempayaki. saya lak takde mood nak makan tempayaki, so fikir nak makan je lah sushi, walaupun saya kureng skets. skalik ada tempura ebi sushi (ebi = udang). seketul udang tempura tenggek atas sushi. mana tak kecur. amiklaa plate purple tuh (plate purple = rm6, huhu). bestttttttttttt aummm. pehtu nampak kacang shinchan suka makan. nama dia edamame. makan gaks. slambe wan liana kata rasa petai. apakah? kat cover dia sushi king kata “green soy bean”. blasahhh :p
pehtu pusing2 carik keyboard pc. last2 selamba beli external hdisk, ahahahha. adik kedai tuh bagus. i like. wan liana pun satu hal gak, slambe dia turut sama berkonspirasi dengan adik kedai membuat promosi. so selamba sambar :p 1 set external harddisk with casing, dengan 3 years limited warranty adalah rm295. balik tu terhegeh2 belek harga kat website lowyat. turn out rega complete set tuh around tuh laa gak. so, takde apa laa kerugiannya sangat. just that kat midvalley takbleh nak mintak kurang dah kan. tapi saya dapat bateri pc secara percuma, best2.
after that, carik hadiah untuk baby plak. nak beli bakul baby. call papa baby, papa dia kata dah ada. tatau aa sebenonya ada ke tak. orang lelaki ni bukan tau sangat, ahahahhaha. tapi sebab dia kata dah ada, malas lak nak siasat lebih2. beli baju je kat baby. baju bee yang comel. siap ada sesungut bee lagik. wan liana aa paksa saya beli baju tuh. kata dia lagik menarik :P ahhh blasah. banyak gila dia promosi. oh yer, that time, around 9 tuh, papa baby kata baby lum keluar. dengar2 cam mama dia baru dilated 2cm. cehhhh, lambat aa lagik tuh kan.
then balik laaa umah. sms sayang dia tak jawab. curi wifi jiran online, takde gak dia online. mesti ketiduran. saya baca shinchan yang sedey sampai nanges2. buduh. apsal yoshito usui buat cter sedey??? sampai volume 47 ni tetiba saya nanges. benchikkkkkkkkkkkkkk. terganggu emosi saya, huh. then kul 1 lebih terlelap, kul 2 papa baby call. saya ter-reject. dia call balik saya tak larat angkat, heh. sah aa nak kata baby dah keluar kan?
so, ahad bangun lambat, walaupun awal2 dah janji nak gi melawat sue and family. then keluar kul 10 lebih kot tak silap, gi umah sue. main2 ngan azim. azim sangat cute! muka dia bulatttttttt. muka dah merupa ayah dia, ehehehhe. azim tuh suka gelak aaaa. i like! dia bangun tido terus man passing ke saya, eheh.
kul 1130 kena gerak, nak g klcc lak. call sayang tanya bleh tak dia tolong antokan. mana ke idaknya, duit belanja dah abes buat beli buku, wahahhahahaha. ate, camne nak bayo parking, ye dak? seb baik sayang sudi menghantar, walaupon time call dia tido agik. wahahahha, seksa betul jadik bf saya ni ek? walaupun ada ramai lagik bf orang lain lagik seksa, ahahhahahah.
turn out workshop photo editing for beginner tuh 2 jam je. tau laa basic photoshop. dah boleh aa kalo nak google2 teknik2 lain gamaknya. key kepada photo editing ialah “kita kena tau apa kita nak edit kat gambar tuh”. gitu laa kata sapa tah nama dia yang ajo tuh, ehehhehe.
tensen je sayang yang baru sampai umah nak kena amik saya balik, ahahahhahahahhaha. yelah, ingatkan abes kul 5. ni kul 3 dah call suruh amik. nasib saya tak kena fire ngan dia. dia siap suruh jalan2 dulu tunggu dia datang. dah aaa masa nak balik jalan jammed kat jalan tun razak tuh. saya ajak sayang tengok baby, memula dia tanak. pehtu sebab jalan pun jammed, and baby tuh ada on the way je kat tepi jalan tun razak, dia membelok jugak, heh. selalu kata tanak tapi last2 buat gak.
so kitorang jumpa aa baby fayyad ni, tadaaaaaaa.
Muhammad Fayyad Rizq
puas aaa saya belek2. raba sana sini. sayang plak meraba saya, wahahhahahaha. yelahhh, orang raba2 kaki fayyad, dia nak gak raba kaki fayyad. kaki fayyad kan ada 2, gi aaa raba kaki lagik satu. kat tangan saya gak dia nak raba :p nak angkat fayyad tapi ala2 takut2. terpegang kat lengan kanan dia, rupanya bekas baru kena inject. mengamukkkk fayyad ngan auntie dia ni. nasib dia tak nanges.
papa fayyad tuh pandai aa pujuk. tetiba fayyad nanges sebab dengo jiran dia nanges. papa dia kata “fayyad..fayyad..papa ada sini. fayyad jangan nanges ekkk…fayyad sambung tido ekk..” terus berenti nanges. wahhh saya kagum. saya kata kat dia “aku kasik ko full mark, 10 markah bab pujuk memujuk.” gelak besar dia, ahahhaha. dah puas raba2, sebab saya considerkan gak bf saya tuh, saya ajak aa dia balik. ikutkan ati tanak dah balik2. nak berkepit ngan fayyad je. kalo bleh nak bawak balik, ahahahhaha.
oh ye, fayyad ni kan sangat mendengar kata. saya pesan kat dia ari tu “baby..baby tunggu auntie balik kl baru baby keluar tau. ari khamis jumaat sabtu je baby bleh keluar. ari ahad auntie dah balik kelantan. camne nak tengok baby?” sweet kannnn fayyad? i likeeeee. so, sebab saya kemaruk sangat ngan si fayyad ni, tadik saya sms papa fayyad nak amik fayyad jadik anak angkat ah. slambe dia kata “bleh2. kalo aku gi offshore ko bleh ganti jadik papa dia.” papa? apakahhhh? ahahhahahahahha, blasahhh.
itulah weekends saya yang sungguh bermanfaat. saya sangat gembira. syukur Tuhan atas segala nikmat-Mu. alhamdulillah :)
kita kena plan lek lok sebelum kita hanya melakukan aktiviti tido aje di hujung minggu ini :P
jumaat:
1000 – rise and shine! cook some breakfast. ready to go :D
1100 – to midvalley, anyone? buy movie ticket. pusing2
1140 – L Change the World
1348 – (gsc said running time = 2hrs 8 mins :p) move it move it. take comuter to klsentral
1430 – zuhur
1445 – komuter to putra (read: target – pesta buku pwtc)
1600 – komuter to midvalley
1630 – back to kj, rest :p
1800 – ou to meet wan liana
sabtu:
0900 – rise and shine!
0930 – pick up sayang and breakfast
1100 – pc fair
1300 – workshop @ sonystyle
1700 – sayang pick up. send sayang home.
1945 – sue & family
errr, sabtu actually belum confirm lagik ngan sayang. ada ari tuh cakap ajak nak gi pc fair tapi tak beritahu bila :P nasib aaa semalam mu menang lawan roma. so, moga2 dia good mood malam ni nak membentangkan kertas kerja sebegini, ahahhahahha :P the back up plan would be like this:
back up plan sabtu:
0900 – rise and shine!
0930 – breakfast with sue & family
1130 – klcc by lrt
1300 – workshop @ sonystyle
1700 – back to kj
1830 – pick up sayang to pc fair
there, done! :D selamat weekends everyone!
of me. errrrrrr, opsss, sorry :p nevertheless, kimi saya berjaya mendapat no 2 di litar bahrain ahad lepas lalu terusss menduduki tangga pertama liga, errrr, mendahului saingan pemandu (bak kata pengulas sukan rtm, huhu). kimi saya memang hebat! *tepuk2*
anyway, saya syak ada sesuatu konspirasi laaa, yang menghalang kimi daripada menang last weekends. yelah, menjelang his 1st pit stop, kimi was doing fastest lap time over and over again dan mengejar massa. then suddenly there was a liiiiitle bit of problem during his 1st pitstop, sampai makan masa 9.6 secs. masa tu saya fikir “owhh fine. now they (ferrari guys) changed strategy so that kimi could go longer in his 2nd stint.” akan tetapi saya kechiwa bila alih2 kimi gak buat pitstop dulu the 2nd time. arghhhhhhhhh, punahhh harapan saya nak kimi menang :(
saya jugak telah terkagum dengan pretasi memberansangkan pasukan bmw sauber. untuk makluman, dolu2 kereta sauber-petronas memang aaa pakai enjin ferrari. pehtu dia dah tuko enjin bmw lepas bmw bercerai dengan williams tuh kan. tuh nama dia bmw sauber daaa. makluman ini untuk budak ofis saya walau dia tak baca blog saya ni, wahhaha. btw, we’ve got pole on pole (gila ahh catchy phrase ini). pehtu ada aaa orang2 besar petronas dapat action2 amik gambo ngan kubica kan, eheh . walaupun saya dah suspect awal2, mesti dia adalah lightly fueled, tapi pencapaian aa gak tuhh *tepuk2*
kimi saya plak asyik2 tak puas ati ngan setup kereta dia, so hanya dapat no 4 masa qualifying tuh. lagipun kalo nak ikut2kan, kimi was on his 2nd hand engine (guna kat malaysia), while for most of the other top team guna engine baru. kalo nak dijadikan alasan sangat laa kan, ahahahhaha.
then on race day itself, si lewis plak apa tah dia berangan2, pehtu gelabah2 sebab lampu merah dah padam, terus lupa nak tekan button apa tah kan. terus hampir2 padam enjin dia tuh, atau bak kata omputeh “stalled” :p teruss ilang banyak tempat dah time tuh. dari no 3 dah jatuh no 10 ke camtuh kan. pehtu beberapa lap lepas tuh, dia selamba telah memanjat kereta alonso. siap plak tuh tuduh2 alonso test-break kat dia. pehtu ngamuk orang renault, kuarkan data yang memang alonso takde tekan brake langsung, tengah full throttle lagik. turn out, si lewis punya kereta nih ada front wing failure, menyebabkan tetiba kereta dia terlajuu (tak silap ada menatang kat front wing tuh tertanggal) lalu termendarattt kat montot alonso. tapi alonso okay je, takde kesan kat kereta dia. kalo ada kesan ada plak dema dua bertumbuk pastuh :p
si kubica plak awal2 dah membuat spin2 kat tayar masa start, lalu memberi peluang kat massa untuk memotong dia. kimi saya plak dengan kewl je laa kan start. memula dah naik no 3 belakang massa ngan kubica. pehtu heikki potong dia. pehtu dia potong heikki balik *yeay* then kat lap 2 tak silap, kimi membuat potongan cantik ke atas kubica. meh tengok ayat incik wonderduck ini: “*MOVE OF THE RACE: The best place to pass on the Bahrain circuit is turn one. Generally, the best way to do it is to get to the inside of your target and outbrake him. You saw that exact thing occur a number of times today, as a matter of fact. On lap 4, however, Robert Kubica was trying to hold off Kimi Raikkonen for second place and it looked to all of us here at F1 UPDATE! that he’d managed it. He had the inside line closed off solid, and the speed difference between the Ferrari and the BMW isn’t so great that Kimi could get past before the turn. Kimi then surprised us, the announcers, Robert Kubica, and Mrs Edna Snodgrass of Llanberis, Wales (who wasn’t even watching) by going to the outside of Kubica’s BMW… and making it stick. He then managed to keep Kubica from repassing by raw power. A skillful pass, and one well-deserving of the MOTR.” baca full report f1 incik wonderduck kat sini.
about that passed, kimi kewl je cakap macam ni kat press conference:
Q: Tell us about the overtaking manoeuvre on Robert.
KR: I don’t think it was anything special, really. He went to defend the line on the inside and I did my normal braking on the clean side. It’s really quite difficult here when you try to defend when you’re not on the clean braking area, to know when to brake, so I had the advantage there, so I went round the outside.
comel dan kewll kan kimi saya? owhhh chinta hatikuuuu, upssss *blush*
apa lagik aaa menda best? hmmm takde dah kot. next race would be in 3 weeks time kat spain plak. arghh lama nak tunggu :(
Dikuasakan oleh WordPress