nothing and everything, all at once

Mac 31, 2008

suatu petang di kuala lumpur :p

Difailkan di bawah: kerja, me — by muna @ 4:42 pm

hari ini akak rajin pergi kerja. sepatutnya kelantan cuti ahad isnin, sempena keputeraan sultan. bak kata ayah akak “haa, kelantan ni lah contoh hormat sultan, cuti sampai 2 hari”. anyway, kerana akak ada komitmen lain dengan kimi akak (f1 bahrain 4-6 april), maka akak gigihkan diri kerja hari ini. taklah jugak tak bermanfaat, sebab akak kena siapkan kerja2 akak, eheheh.

sekarang kerja akak sudah siap. errr, dah siap pukul 3 tadik. pehtu akak tatau nak buat apa lagik. akak gi semayang zuhur, pehtu akak buntu nak buat apa, ahahahha. takpe, pukul 6 tepat akak akan meluru balik.

akak buntu jugak ni, sebab akak berjanji dengan 2 orang nak jumpa. sorang, kawan akak puan abber yang kebosanan lepak kat rumah menunggu baby keluar. sorang lagik mestilah bf akak yang terchenta itu, eheh.

halnya macam ni. selalunya, bila bf akak jemput akak di klsentral setiap khamis, dia akan bawak akak minum2 dulu barang sejam untuk melepas rindu. tapi minggu lepas akak sampai klsentral kul 230 pagi! apakah? airasia mula2 anto sms kat akak, kata dia nak delay, dari jam 940mlm ke jam 1105mlm. ok fine, kata akak di dalam hati. maka malam tuh kami senang lenang makan steambot kat food village. errr, nanti akak review pasal food village ni ek :p

anyway, jam 10 akak dah suruh mereka bergegas2 hantar akak ke airport. masa memula akak check in, orang kat counter tuh kata “1050 last masuk”. tapi akak terus gak masuk, sebab takde tujuan nak lepak2 kat luar. dalam kul 11 tuh, nampak pekerja airasia nak buat announcement. punyalah bergegas nak beratur. orang tuh suruh duduk balik. turn out fligh telak didelaykan lagik, huwaaa. delay kul 1120 katanya.

lepas dah naik flight tuh, bleh plak pilot tuh lepak lama2 kat landasan tuh. gamaknya tak dapat izin nak terbang kot. pehtu akak pejam mata jelah, punya aa ngantuk. landing kat lcct kul 1230 macam tuh. bleh plak dia park punya jauh dengan tempat arrival itu. kena tawaf bangunan lcct. arghhh kijammm. akak telah memejam mata sambil berlari2 anak, nak kejar bas last.

tinggal bas kuning apakenamatah itu ajo. bas skybus sudah blah. berpeluh2 dan tercungap2 akak naik bas. baru ada 2-3 orang. akak ingat bas nak jalan, rupanya dia tunggu last flight @ penuh dulu. arghhhh, tensi. dalam kul 140 pagi baru gerak2 khas dari lcct. haaa, camtuhlaa ceritanya ngapa akak sampai klsentral 230 pagi. kesian bf akak yang tercangak2 tunggu akak sampai. dah aa jumaat nak kena kerja kan? so, akak kata dengan dia, takyahlaa kita minum2.

sooooooo, sekarang tak cukup kuota mingguan laa kan. semalam akak dah aa balik lambat dari gemas. pehtu slambe highway jammed. terus tak dapat nak tengok anugerah bintang popular. memula ingat nak tengok dengan kawan akak itu. pehtu akak ingat nak ajak bf makan chicken wing dekat2 nz wangsa maju tuh. ahhh, gagal semua perancangan. akak sms kawan akak, kata akak datang umah dia ari isnin aa lepas kerja. akak sms bf akak, tanya nak dating tak, bf akak kata “dah malam dah ni. esok aa”

makanya, akak ada 2 appointments. pehtu tadik sue kata nak tumpang akak balik kj. sue sekarang dah pindah kj balik *lompat2 bintang* mesti ada agenda nak gossip liar dan melepas rindu. owh yer, semalam sue masak laksa, siap koling2 akak ajak makan laksa. tapi time tuh akak ada kat gemas, camno? :( makanya, akak terpaksa menolak untuk balik bersama. dah aa tadi akak ingat nak gossip2 masa lunch. skalik sr staff akak yang kurang digemari makan bersama. dah aa terlebih korum, takde tempat duduk, last2 akak yang kena duduk dengan dia, arghhh. tidak dapat gossip2 :(

cehh, slamber orang airasia koling2 akak suruh beli insurans. akak biokan aje dia membebel bersendirian, ahahhahaha. last2 akak kata takpelah, akak dah ada insurans :p tengok, akak dah abes idea nak cakap. oklahh, akak mengundur diri dulu. nanti2 akak apdet lagik. take care. daaaa.

Mac 25, 2008

the 10th edition

Difailkan di bawah: f1, my kimi — by muna @ 9:11 pm

kimi-sepang2008-podium.jpg

kimi senyum simpul dengan heikki memerhatikan kimi dengan riak bangga (gambo credit kepada saya sendiri, haha)

saya sebenarnya kempunan nak tengok kimi menang kat sepang. 2003, kimi berjaya menang his 1st EVER f1 race di sepang akan tetapi pada masa itu saya hanyalah kanak2 sekolah yang belum mampu nak membeli tiket f1. masa tuh tiket f1 duduk bukit pun dah 150, deymm. sekarang tiket bukit dah murah. 50 pon bleh dapat dah.

track record kimi sepanjang saya ke sepang:

2005 – no 9, tayar dia meletup ke hapa ke something like that aa. masa ni saya baru kerja dan belum kaya dan belum yakin nak beli tiket grandstand, so duduk bukit k2 kalo tak silap.

2006 – saya selamba dengan yakin beli tiket jade. grandstand, depan paddock. tahun tuh ingat lagi duduk straight paddock michael, tapi serong skets ke kiri nampak kimi, hahahha. kira oklaa kan. tahun neh klein sondol montot keta kimi kat 1st corner, deymmm. imagine aaa, tengah2 syok tangkap gambo, bila kembali ke seat je kimi accident, huwaaaaa, gila frust. rasa nak balik time tuh gak. nasib tiket mahal, so tunggu je dengan hati tercalar luka. owhhh piluuuu.

2007 – selamba upgrade, beli tiket lebih mahal. siap tersalah beli, hahahha. kali ni duduk dekat2 start/finish line merangkap depan podium, kat crystal. kimi dapat no 3. tak sia2 laa kan

2008 – haaa, ni jap lagik kita cerita :p

jumaat saya sampai di sepang dalam 1130. habis friday practice 1. so, jalan2 tengok persekitaran sementara tunggu friday practice 2. lepas friday practice 2, singgah kat petronas depan circuit untuk solat. surau sepang circuit takdo telekung, huhu. lepas tuh ingat nak direct kl lunch/dinner ngan sayang. skalik terlangsung masuk ldp, balik umah dulu tukar selipar baru gi lunch/dinner.

sabtu, gi circuit lambat laa gak sebab makan macam2 menda nak tahan sampai abes qualifying (read: sepang makan mahalll). sampai masa tengah saturday practice. then lepak2 tengok race macam2, join orang ramai tepuk2 sakan. oh ye, malam sebelumnya ada termimpi terlambat nak gi tengok f1, hahaha. qualifying, kimi dapat no 2. frust sebab kalo kimi no 1 dekatttt je laa dia ngan seat saya :( takpelah, redha je. si massa memang suka pole, pehtu buat menda bukan2. cam last year slambe je dipotong orang ramai kat 1st corner, haha.

heikki plak no 3, lewis no 4. saya tepuk2 tangan untuk heikki (ye, saya seperti bos mclaren adalah bias terhadap pelumba finland. note that bapak adik nico, keke rosberg adalah orang finland, haha. adik nico germany sebab lahir sana). alonso no 5 kot. tah aa, saya dah tak pedulik orang lain dah, hahahhahaha.

lepas qualifying skali lagi saya solat kat surau petronas. tapi saya dah jumpa surau kat mall area (area main grandstand tuh daa). tapi takde gak telekung kan. so kena gak singgah petronas. balik masak pegedil, pehtu dating lagik, hahahhaha.

ahad konon2 nak datang awal, tapi due kepada masalah tak lena tidur (maybe berdebar2 and over excited nampak kimi kot), maka lambat laa lagik. singgah shell dekat2 tol hala federal hala shah alam beli makanan ngan 100plus. sampai sepang kena parking kat hujung alam, sebab dia rentang tali tak kasik masuk ke belah sana yang lebih dekat, cisss. takpe2. bawak 100plus jalan2.

mula2 masuk kat office sic. tengok2 ada promosi, 50% off next year ticket! yahoooooooooo! so, segera tengok seat2 available, tapi seat idaman hati (block N1.17 atas sekali, tepi sekali) sudah diborong :( 4 sekaligus dah takde. so, kata kat mamat yang jaga tuh saya nak check out dulu seat2 tuh. so jalan2 kat tempat bmw sauber, orang beratur panjang, tunggu nick heidfeld ngan kubica untuk sign autograph. so, menyelit2 nak amik gambo. lama gak tunggu dekat 1/2 jam, hahahha. tapi dapat amik gambo dema, lalalla.

dekat kul 12 tuh masuk ke mall area. tag dia lawa aa kaler pink. dapat sebotol air mineral 500ml free. yahoooooooo. selamat rm5 nak beli air, haha. then sampai kat khemah red bulletin, ada diorang letak 3 days punya issue. amik semua. red bulletin adalah “almost independent bulletin” as they say it, yang disponsor oleh red bull. menatang ini seronok dibaca kerana sinis dan ada lawak2 yang peminat f1 je faham, huhu. last year miss out menatang ini, maybe dah habis kot :(

anyway, lepas tuh bila sampai ke seat, ada 2 EKOR mamat yang disyaki memegang tiket free petronas duduk kat tempat saya. well, sorang je aaa duduk kat tempat saya, kawan dia duduk sebelah dia. bila saya cakap tuh tempat saya, kawan dia dengan kerek kata “duduk je laa mana2 dulu. boleh duduk mana2″. wht dan wtf??? dah sah2 tiket mahal saya itu sah 3 days. ko laa duduk tempat lain! bodo punya orang. tapi saya tidak gaduh. saya pergi seat belakang2 to check out view dari target seat yang nak dibeli; J31. so, view adalah chantek dan agak memuaskan. tunggu mereka blah, saya letak red bulletins sama buku harry potter yang memberatkan beg kat seat saya. owhh skali ngan air mineral. then keluar balik untuk beli tiket, lunch and solat zuhur.

syukur seat dikehendaki masih available. then proceed and bought kimi’s ferrari shirt. nak beli untuk sayang skalik, pehtu malas ah. bukan dia suka sangat f1 sampai berbaloi kasik baju mahal, huhu. end up bought him baju 10 tahun sic yang agak lawa dan murah. dapat beg free lagik. baguss.

then nak solat baru kul 1. jalan2 nak lunch burger yang mengeluarkan bau2 enak itu. beratur lama2, tiba turn saya orang dapur menjerit “sold out! burger tinggal 8″. syukur tetiba ada gak rezeki saya lagik, sempat aa beli burger. barisan panjang kat belakang ramai agik yang tak dapat. then bungkus2 sumbat je sesedap rasa burger tuh and gi surau nak solat. masa keluar tuh tengah drivers parade. drivers naik vintage car pusing2 circuit pelan2. rugi aa tak dapat amik gambo :( then makan laaa sambil orang lain sibuk2 tengok macam2.

then nampak grid girls yang pusing gila jauhhhhh nak masuk ke grid. dah aa pakai high heels. rupanya tidak mudah menjadi seorang grid girl, haha. pehtu awal2 saya dah posing kat sebelah corporate suite, depan pakcik isap curut. lama gila dia nak abeskan curut, adalaa lebih kurang setengah jam. mabuk curut and sakit tekak saya di situ. tapi saya tabahkan hati dan menangkap banyakkkk gambo2 kimi, huhu.

race, memula nampak kimi meluru, nak potong massa dah kat turn 1. tapi dia brake dan tak push, so remain behind massa, dengan jarak around 2 seconds laa. masa massa buat pit stop, kimi push hard, then berjaya potong massa. saya telah yesssssss dengan gembira. masa tuh concern saya cumalah kalau2 keta kimi ada problem.

few laps lepas tuh saya nampak massa terbabas kat gravel belakang tuh. saya gelak kuat2 dalam hati bila tengok peminat2 ferrari sekitar saya gerammm, hahahahha. then nampak si lewis ada masalah masa pit stop. engineer dia terlepaskan pemutar nut tayar kereta (or whatever laa menda2 tuh dipanggil). pehtu tak mencabar laa sangat bagi kimi. walaupun menurut kimi, lepas pit stop dia dah turn down the engine and tak push2 dengan dahsyat (engine ni nak kena guna kat bahrain nanti, 1 engine untuk 2 races), kimi still menang 22 seconds ahead!

owh ye, saya tepuk2 setiap kali kimi cross the line depan saya, hahahahhahaha. punya semangattttttttttt. 3-4 laps sebelum habis, ramai dah siap2 bangun. peminat2 kimi dah ke depan mengibar2 bendera. saya bangun tapi tak ke depan aa. sempat aa snap gambo kimi cross start/finish line.

kimi menangggggggg. tak sia2 seat saya directly ke race winner, tengah2 podium. yaribbaaaaaaaaaa. saya sibuk amik gambo burst mode dengan mata berkaca2, bergenang2 nak nanges, hahahahha. so ada frame yang merepek meraban ke sana sini. sungguh benchiss bila orang tua itewww menyampaikan hadiah kepada kimi. takde orang lain ke??? tapi saya abaikan aje orang tua tu dan menganggap dia setaraf dengan bunga2 depan podium tuh, hahhaha.

masa sembur2 champagne, kubica ke heikki tersembur ke mata kimi. abes aa kimi saya kepedihannnn. kesian kimi. kimi sempat plak menjawab bila ditanya:

Q: There was champagne under the eye-lid there.
KR: Yeah, we should put it in the mouth not in the eye. Things go wrong sometimes. Anyway it has been a perfect weekend.

ahahahhaha, kimi saya memang chomel!

silalah saksikan gambo2 di sini.

kesimpulan: saya sangat enjoy ke sepang tahun ni. other than the major factor of kimi winning the race, saya lebih santai dan tau membahagikan masa, so telah berjaya enjoyy dengan program2 yang disediakan sic. selain itu saya gembira kerana dapat air mineral free! ahahahhaha, layannn ;)

on another note, inchik litium, office mate kawan saya umie, telah berjaya menaikkan statistik saya dengan drastiknya kerana memention nama saya dalam entry sepang beliau. hahahahha. terima kasih tuan presiden :p

Mac 24, 2008

hohoho horlickss!

Difailkan di bawah: f1, my kimi — by muna @ 11:55 am

kimisepang20081.jpg
nahhh, berdesuppp peginye. makan asap laa sumer orang, hahahaha *gelak2 jahat* (gambo dicurik daripada Formula 1 Official Site, sila jangan tertipu)

p/s: for a full report please wait okeh. akak panikk, akak banyak keje, arghhhhhhhhhhh

the 2008 season begins now!

Difailkan di bawah: f1, my kimi — by muna @ 11:48 am

owhhh, saya ada banyak benda saya nak bebelkan. tapi bak kata omputeh, kita mesti ada priority, cewahhh. maka hari ini kita membebel dulu pasal f1, sebab esok lusa tulat nanti lupa laa plak fakta2 race semalam, ye dak?

saya siap dengan penuh keazaman nak mimpi yang saya miss tengok race. apakan daya, takde plak mimpi2 sebegitu. so, saya pasrah je ah (bahawasanya selalunya kalo saya mimpi saya miss race, petanda2 bahawa kimi nak menang, haha). owh ye, masa otw balik gemas ari jumaat tuh ada kereta mercedes memotong saya dengan bergaya, hence terdetik dalam hati, ada gak mclaren menang, hahahha.

ya ampunnnnn, saya telah terdistract sampai seminggu tak taip2, haha.

so, saya just nak simpulkan pembukaan 2008, melbourne. sebab nanti dah nak kena taip pasal sepang.

saya rasa race adalah interesting. most drivers struggle sebab takde traction control. mereka terbabas merata2. pehtu kereta rosak plak merata2. 7 kereta je tamat perlumbaan. 2 orang tak tamat pun dapat point, sebab barichello telah disqualified sebab dia masuk pit masa lampu merah. merasa aaa kimi 1 point.

report pasal kimi, keta dia rosak masa qualifying part 2. pehtu sebab kereta dia berenti di luar garisan masuk pit, maka dia disqualified dari masuk qualifying 3. masa tuh kimi patut start no 16 aa, tapi ada sapa tah dah kena penalty, so kimi dapat no 15. macam biasa, start2 je kimi meluru2 seperti peluru dan terosssssss mara ke petak ke 8, cewah. saya adalah gembira sambil melompat bintang 3 round, eheh.

at 1 point he was up to 3rd place. masa tuh ada safety car, tah sapa eksiden saya dah lupa :P pehtu restart race dia dengan geram nak pass heikki, tapi tayar keta kimi dah agak2 botak. yelah si kimi start lumba dengan soft tyre. orang kata dia nak wat 1 pitstop strategy laa kan. so, sebab tayar dah botak, takde grip, nak overtake si heikki terus dia terbabas. tapi takde apa2, sempat dia control kat gravel tuh lalu takla melanggar tembok.

2nd time he lost it adalah semasa mau memotong timo glock. ini kes brake dia pon tak berapa makan. so kimi telah spin sesedap rasa. yang lebih best, tak lama lepas tuh timi glock terlah terbabas kat rumput pehtu dia terlambung2 skets, abes tayar dia tercabut dan eksiden ngeri. pikir2 balik, ada hikmah kimi spin, sebab kalo tak ada gak kimi dah eksiden ngan glock, hmmm. syukurrr alhamdulillah.

anyway, about 8-9 lap nak abes, saya perasan keta kimi dah start slow. saya adalah sangat frust. saya tetap memberi semangat kepada kimi sambil membaca surah waqiah. tapi apakan daya, lebih kurang 5 lap nak abes kimi terus menstop. pengulas kata bunyi exhaust kimi pon dah lain macam. sorang lagik pengulas kata brake kimi tak function. orang2 ferrari plak kata kerosakan enjin tatau punca, ahahahha.

so, menanglah lewis no 1. heidfeld no 2 dan no 3 jatuh kepada adik nico *tepuk2* untuk full results, sila click sini.

Mac 13, 2008

new rules & regulations for season 2008

Difailkan di bawah: f1 — by muna @ 5:05 pm

adik2, owhhhh akak sangat mengantuk *menguap pelan2* semalam akak telah tidur secara berlebihan, tapi tetap mengantuk bila bangun pagi. motivasi akak bangun pagi ini adalah “hari ni balik kl!” yeahhh! *kelip2 mata*

anyway, esok start season baru f1 2008 dengan bermulanya friday practice 1 seawal 7 pagi waktu malaysia. arghhh, bio aa dema practice, akak akan tido lagik sambil mimpi2kan kimi akak, ehem. friday practice 2 plak kul 11 pagi, which akak rasa akak still on the way ke gemas. so, abaikan jugaklaa.

seperti yang akak janjikan, di sini akak ingin menulis rules baru untuk season 2008. dolu2 kengkawan akak (read: incik penasihat) rajin gak membaca blog akak ni. diorang aaa kadang2 menjadikan akak sumber rujukan f1. maklumlaa, diorang bukan minat f1 sangat, takat amik tau gitu2 je. sekarang ni sebab akak asik2 cter pasal bf akak, dia plak malas dah jengok blog akak, woho! back kepada tujuan asal akak menulis dalam kemengantukkan ini. moh laa kite :p

1. part 3 qualifying yang selalu dibuat 15 minit akan dikurangkan kepada 10 minit sahajo. kendian tuh, team takbleh nak top up minyak depa. dengan minyak yang ada lepas qualifying itulah mereka akan bermula, eheh.

2. rookie2 sekalian (yang baru masuk f1 laaa adik2 sekalian), boleh testing2 tanpa mengikut limit testing setiap team yang ditetapkan fia. ini supaya diorang bleh membiasakan diri dengan kereta mereka tuh. namanya “young driver training days”

3. semua team akan guna standard electronic control unit (ecu). so, semua team takde dah electronic driver aids termasuk traction control ngan pembantu mengbrek (atau nama saintifiknya engine braking assistance :p). maka kenalah mereka menggunakan kehebatan masing2 sebab dah takbleh main tekan butang2 sesedap rasa seperti sekarang ni, eheh.

4. team kena guna minyak yang mengandungi kandungan minimum 5.75% sumber biologikal.

5. kalau tengok season2 lepas, kalau team kereta rosak, next race diorang kena penalti 10 grid-place penalty. untuk 2008 fia kasik can team rosak sekali dan tak kena penalty, eheh. tapi ingat, 1st enjin yang rosak je. kalo lepas2 tuh rosak tanggung sendirik.

6. spare car kena banned. hah? apakah? abes laa kalo ada keta tereksiden sebelum race kelam kabut aa dema ni kan. errrr. kata fia, ini bagi memastikan nak cut cost laa gitu. cehh.

7. cockpit sumer kereta tambah 20mm dan dipanjangkan untuk memprotect kepala driver, ehehhe.

untuk bacaan lanjut, sila click sini.

season ni, akak dah tambah satu part yang menulis masa next race, untuk rujukan akak dan sesapa jelah nak merujuk :p

untuk kimi akak, owhhhhh kimiii, tak ku sabar untuk berjumpa denganmu minggu depan *joget2 lambak 3 round*

Mac 11, 2008

more reason to be happy

Difailkan di bawah: promotion — by muna @ 8:20 pm

hari ini saya seperti biasa merayau2 ke sana sini di dunia cyber. saya menjengok2 masuk forum di website rasmi dewa. manalah tahu, kalau2 abang dhani nak datang kl senyap2, boleh aaa saya membuat perancangan awal, cewah. saya adalah sangat rindukan abang andra saya :(

anyway, belek2 ada orang bukak cerita latest single abang andra. eh eh eh, saya excited. rupa2nya abang andra akan mengeluarkan album keduanya dijangka pada 27/3 ini. owhhh saya sayang abang andra. bila abang andra nak buat showcase kat kl lagik? buat sabtu malam saya rela datang *hint2* bleh tahan gaklaa lagu abang andra itu. sapa nak? meh saya send. drop me your email kalo nak, hehe.

then saya rasa penuh debaran menanti this weekends. new season akan bermula. ahhh saya plak yang berdebar2 with mixed feelings. suka ada, panik ada, tak sabar ada, excited ada. pendek kata, macam2 adaaaaaaa, hehe. lusa balik kl. tulat start f1 season 2008. owhhh bahagiaaa :D

next entry, insyallah saya ceritakan minor changes kepada f1 rules untuk season 2008.

Mac 10, 2008

..and you think he did not listen

Difailkan di bawah: hal rumah tangga — by muna @ 5:11 pm

“alah, tertinggal mp3 player dalam kereta” you said in your sms.

he did not reply and you think he did not listen.

then there you were, rushing to catch your flight, and there he was, with concerned look, and your mp3 player in his hand. yes, you did forgot your mp3 player again. and no, you were wrong when you think he did not listen :)

ceh, buat malu je!

Difailkan di bawah: politik — by muna @ 12:13 pm

*as taken from yahoo! news


KUALA LUMPUR, March 10, 2008 (AFP) – A defiant Abdullah Ahmad Badawi was sworn for a second term as Malaysian prime minister Monday, rejecting calls to quit after presiding over the ruling coalition’s worst ever election results. in a traditional costume and matching “songkok” hat, Abdullah was sworn in by Malaysia’s king in a solemn ceremony at the royal palace in Kuala Lumpur.Also attending were his heir apparent, deputy prime minister Najib Razak, and other senior ministers.Abdullah’s coalition was mauled in Saturday’s election, losing its crucial two-thirds majority in parliament for the first time since 1969 and conceding four states to the resurgent opposition, which now controls five in all.

Voters punished the government for rising inflation and its mishandling of racial tensions, leading to a backlash from Malaysia’s minority ethnic Chinese Indians as well as Muslim Malays who form its powerbase.

But Abdullah told supporters he would not quit.

“Why should I step down?” he told a cheering crowd outside his home late Sunday. “Our party has won. I do not fear anyone except Allah. I will stay on, I will not give up.

“We have to continue our struggle, our agenda is far from over. We want our country to be progressive and successful and for you, the people, to be happy,” he added.

Abdullah’s task now is to form a new government under the Barisan Nasional coalition, dominated by his United Malays National Organisation(UMNO).

“I give you my word, ladies and gentlemen, that I will continue my efforts to strengthen UMNO and Barisan Nasional, to launch the manifesto that we have promised so that our country will be safe, peaceful and prosperous,” he said.

Veteran leader Mahathir Mohamad, who ruled for two decades before handing power to Abdullah as his chosen successor in 2003, accused the prime minister of “destroying” the coalition and led calls for his resignation.

“I think he should accept responsibility for this. He should accept 100 percent responsibility,” Mahathir said Sunday.

“I am sorry, but I apparently made the wrong choice.”

However there was support for Abdullah from abroad, with the United States signalling it was ready to keep up close cooperation with the government and saying he remained a viable partner.

“We have seen the preliminary election results and we look forward to working closely with Prime Minister Abdullah’s government on a wide range of issues of mutual interest,” State Department spokesman Kurtis Cooper told AFP.

Meanwhile the opposition, led by former deputy premier Anwar Ibrahim — who has made a stunning political comeback after his sacking and jailing a decade ago — was getting down to business.

The opposition parties — Anwar’s Keadilan, the Chinese-based Democratic Action Party (DAP) and the Islamic party PAS — won an unprecedented four states in the polls.

PAS also extended its margin in northern Kelantan state, which it already held by a thin majority.

State media said PAS would appoint chief ministers in Kedah and Perak while a DAP figure will preside in Penang and a Keadilan chief minister will run Selangor.

Anwar said late Sunday that the coalition parties would be able to put aside their ideological differences and govern effectively.

He said they would “focus on the economic issue and trying to resolve some of the problems affecting the masses, particularly in the issue of poverty and the normal needs of an average citizen.

“What was promised will be enforced with the best of ability.”

Anwar is banned from holding public office until April due to a conviction for corruption, and had said before the vote that he would enter parliament in a by-election in a Keadilan-held seat.

However, he said there were no immediate plans to do that as he had a full workload rallying the newly-elected Keadilan lawmakers.

“I’m not rushed to prepare for a by-election,” he added.

pertama sekali, kalau kau ada sekelumit kesedaran dalam diri, kau harus rendah hati dan rela untuk berundur demi kepentingan parti. kau takkan berani mendabik dada sebegitu, atau kau mungkin malu untuk menunjukkan muka didepan khalayak ramai. kau telah gagal besar! rakyat terang-terangan menolak kepimpinan kau. kau dikecam merata-rata.

kedua, kalau kau benar-benar takut kepada Allah, kau akan mengundurkan diri. cukuplah segala keserongan yang kau lakukan selama ini. kau seharusnya tahu, betapa beratnya timbangan seorang pemimpin di akhirat kelak. mempergunakan kuasa yang kau ada untuk kepentingan diri dan keluarga, mengabaikan kebajikan rakyat, bukanlah sesuatu yang harus kau banggakan. kalau kau benar-benar fikirkan Allah, kau akan mengambil kesempatan ini untuk bertaubat.

ketiga, sekurang-kurangnya mahathir pandai juga memohon maaf kepada rakyat malaysia (walau apapun motif disebaliknya).

p/s: huhuhu seriyes plak entry aku ari ni :p can’t wait to be back home and mengumpat2 dengan ayahandaku, eheh

Mac 9, 2008

quick flight tip to and fro kl-kb

Difailkan di bawah: tips — by muna @ 4:17 pm

1. do u know u can board using the rear staircase? (atau apakah nama tangga nak naik kapal tuh ha?) although sometimes airasia do not provide them, just open your eyes and look for it.

2. for morning flight from kl to kb, sit on the left seat for nice view of putrajaya and to avoid being blinded by the sunrise :p

3. for night flight from kb to kl, sit on the right seat for nice view of genting and kl. you got to see twin tower and menara kl from this side.

4. to get a glimpse of klang, sit on the left (kb-kl)

5. take airasia (as compare to firefly) for a quicker flight. average ground speed for airasia airbus is 800km/j as compare to around 450km/j done by firefly.

6. to travel to lcct from kl, take kl-putrajaya highway. take the sg. besi exit to avoid salak toll. after putrajaya toll, take putrajaya/cyberjaya instead of klia exit. watch for “dengkil” and make the appropiate exit. then look for “b.b salak tinggi” sign and follow that sign until you see the klia sign again :D you will only have to pay rm2.50 for toll.

berani berharap

Difailkan di bawah: politik, puisi — by muna @ 4:06 pm

kami sudah letih diperbudak-budakkan
kami sudah letih dikurung, dihalang bersuara di negara demokrasi ini

kami mahu pemimpin yang mendengar
kami mahu pemimpin yang berkhidmat untuk rakyat
kami mahu pemimpin yang adil

syukur Tuhan atas segalanya…

Laman Berikutnya »

Dikuasakan oleh WordPress