nothing and everything, all at once

Februari 29, 2008

29 february

Difailkan di bawah: quickie — by muna @ 10:36 pm

actually banyak benda boleh ditaip dan dimerepekkan. tapi saya malessssss. ada kat rumah gemas, buku harry potter & the goblet of fire kat pangkuan. just that 4 tahun lepas saya belum blogging, tak dapat mengabadikan tarikh best ni, hehehe. 29 february..

i’ll write more later. daaa.

Februari 25, 2008

lebam

Difailkan di bawah: kerja, me — by muna @ 4:21 pm

sejak 1st day datang kelantan, entah kenapa saya asyik mendera diri sendiri. mula2 hayun tangan ke dinding (kes dinding tersuruk balik langsir), abes lengan lebam. 2nd week,  tersadung depan office, lebam lengan. 3rd week, entah mana apa plak penyebabnya, tanpa disedari tetiba plak kat belakang tapak tangan kiri, lebam. aikss, apakah? nak kata cedera masa team building, macam tak ingat plak apa yang berlaku. owh well.

anyway, i enjoyed our team building session. although senior staff yang kurang digemari itu adalah satu group dengan saya. it started out quite boringly laaa. what with so many headstrong team members who fight to give out direction. tak pasal2 saya tersenyap, haha. our 1st task was to name out team, build our team tower, make our team flag and headband and invent our haka.  nak buat tower tuh laa ramai sangat nak jadik architect merangkap engineer merangkap contractor. i got fedup membuat kerja2 sampingan lalu saya berlari2 comel pergi ke pasukan mewarna bendera. maka bendera sangatla comot, ahahhahaha.

petangnya plak aktiviti2 yg konon2 lasak. saya telah berjaya menyamar pihak lawan time kena buat river crossing. i agreed that we have to try before we give up, akan tetapi saya lebih mengutamakan peribahasa “ukur baju dibadan sendiri” hence, buat apa nak terjun dalam air yang keruh itu? duhhh.

malam, management talk. boringggggggggggg. except for my financial exec officer @ boss besar yang speechnya adalah dipenuhi lawak2 dan tidak formal. all senior staffs got ipod. all award winners (yang kami dipaksa undi2 melalui email)  got ipod nano. all lucky draw winners got some free gift stuffs as our presents. yes, our. yours truly yang amat jarang bertuah, tiba bertuah dan menang, yahooooo laa sangat. i won happy feet flask, courtesy by hp (tatau company beli apalaa dapat menatang neh, huhu). some people got project bonus. boss kasik alasan “projek uni*l kena tunggu sebulan 2 lagik, tak sempat nak prepare cek”. kami terkulat2 je tengok orang riang ria dapat bonus lebih kurang sebulan gaji tuh. deymmmm. i wonder laaa, why should management present some of us with project bonus, whilst the other terkulat2. lots of my friends adalah sangat hangen kepada management. yelah, kalo nak kasik pon, senyap2 je laa kasik belakang2. tak usah laaa bitau separuh dah dapat bonus dulu.

the 2nd day, ada acara menegakkan kerusi di atas telur. telur ayam tuh letak kat kaki kerusi. group saya berjaya dengan jayanya, although we got 2nd place setelah group 2 cheat and letak telur dalam bekas telur supaya telur stabil, and kerusi dapat tegak for about 30seconds, haha.  we also won the outdoor competition untuk membuat barisan terpanjang menggunakan bahan2 yang ada dibadan. disebabkan saya tengah kendong handbag, macam2 aaa mende2 dalam tu kan, ahahha.

in short, my group won. dapatla hamper yang dibuka dan dimakan terus di sana. kuaci amik 3 genggam tapi tertinggal dalam keta. gusi sakit sebab makan daging kambing yang keras, ahahha. makanan memang best kat selesa tuh. dahlaa asik makan. ada gak saya bertambah2 mengembang. ahh, well.

on the other hand, i don’t think that i could inai2 my hand resembling kimi’s tattoo neither do finland flag for sepang 2008. ahhh, tapi nak gak laa buat bendera finland *otak segera berfikir*

on another unrelated issue, since w550i tuh gemuk sangat and bak kata sayang “saya tableh nak selit celah helmet bila nak cakap sambil bawak motor..” and his other reason “susah aa nak reply sms sambil bawak motor”, tepon itu telah menjadik weekends henpon, sama seperti saya yang menjadik weekends girlfriend walaupon kadang2 dirampas masa saya itu oleh kawan dia yang ajak tengok bola, huhu. takpelah, janji dia guna and dia suka :)

saya penat nak memikirkan hal2 ulang alik kelantan-kl-gemas for the next few months. for sure i’ll be back home (kl/gemas) for entire weekends of march and 1st weekends of april. ahhhh penatttt. sabar jerlaa kan. hope my outstation allowance would be enough for this, amin.

ok saya nak ke surau. tadik slamber je surau dah kunci. gamaknya dah bukak kot dah nak asar. see yahh!

Februari 20, 2008

hectic life

Difailkan di bawah: kerja, life — by muna @ 1:03 pm

ingat tak, saya pernah mention yang saya nak sibuk membuat kempen “ke arah berusaha untuk kawen dengan segera” awal tahun ari tuh? siap lantik umie jadik penasihat bagai. memandangkan saya sekarang kena hantar duduk kelantan ni, laluan berkempen kelihatannya sukar *sigh*

saya semakin yakin saya takkan dapat balik dalam masa yang terdekat. saya dapat merasakan betapa hecticnya hidup saya untuk beberapa bulan mendatang ni. khamis malam: kb-kl. jumaat-sabtu petang: gemas. sabtu petang: kl. ahad pagi: kl-kb. ahad-khamis: kb. rasa macam nak pensan je, hahahha.

so far, kesibukan masih terkawal, although sometimes saya terpaksa menghadiri session bersama user @ meeting dari pagi sampai petang. namun begitu, walau saya takde kerja sangat, saya tetap kena balik lambat setiap hari sebab takde kenderaan sendiri. so, averagely, kitorang balik rumah around 1030 laa malam2. pagi pun gi kerja awal. dalam 840 dah selamat sampai ofis. kagum ngan diri sendirik,lalalla.

this week lagiklaaa. ada team building kat selesa home, bukit tinggi, pahang. jumaat ngan sabtu. tidur semalam je kat sana pun. mula2 budak2 ni tanya, bleh ke claim travel (RM500) nak balik kl untuk team building ni. boleh plak admin jawab “korang dah dapat outstation allowance 1k pun nak claim travel ke?” menyirap dan meng-oren je saya baca ym member sebelah saya dengan admin tuh. setelah timbang2, diorang kata nak gi ngan avanza dari kelantan. saya dah siap2 beli tiket, serentak ngan tiket nak datang sini, so nak claim gak 500 tuh, ahahhaha. kenalaa fikir gak, diorang ni kerja dari 830am-1030pm daily, takkan aaa nak pertikai gak outstation allowance tuh kan. tah hapa2 laaa.

memula panik gak laa fikir sapalaa nak hantar saya gi airport. tapi, seperti mak saya kata, Allah Maha Pemurah, makanya ditakdirkan fireflyz cancel flight malam dia. ganti tengahari. so, diorang nak bertolak esok hantar aa saya dulu gi airport. taklaa penat sangat nak bertolak pagi2 jumaat. sampai subang esok, naik teksi balik kj, tido laa sampai sayang antokan kereta ke rumah.

hari ni, dah takde mood dah nak kerja. ramai2 takde ada session. paksarela diri taip entry, ahhahaha.

sebelum sign-off, hari ni 20/2, happy birthday incik adiman, opismet umie yang telah lama saya flow blognya ;)

to the rest of u, happy weekends!

Februari 17, 2008

short update

Difailkan di bawah: quickie — by muna @ 6:35 pm

ahad. kerja. rindu sayang (kes tak cukup kuota kasih sayang). *sigh*

Februari 13, 2008

kota bharu – day 3

Difailkan di bawah: kerja, life — by muna @ 6:52 pm

hey, i think i could learn to like it here :) on the first day, in order to console myself, the ever optimistic me was saying something like this “alaa, ko kan boleh survive je kat mana2. ko kan boleh fit in je ngan sapa2. dolu2 boleh je duk jauh2 sampai penang tu. duduk asrama sejak umur 13. apa sangatlaa kalau kena duduk kelantan 6 bulan.” the pesimist me retarded “itu pilihan sendiri! aku tak pernah pilih nak gi kelantan ni. lepas tuh masa tuh mana ada sayang lagik dalam hidup.”

anyway, kita merancang, tuhan jugalah yang menentukan. turn out jadi program team building next week. my senior staff yang tidak digemari itu memberi harapan bahawa boleh nak claim travel gi team building ini, yahooo. so, dengan segera booked flight for tomorrow. yeyehhh, balik kl. mula2 ingat nak balik sini naik ketapi. but semua pun discourage, tanak jemputlaa, jem laa, tatau ada teksi ke tak laa. ok fine. beli tiket fireflyz, masuk keje 1030 ke 1040 laaa ahad tuh, hahahahhha. bagus sangat.

sayang slambe marah. kata dia membazir je beli2 tiket flight. macam banyak sangat duit. wahahahahha. sabo jelah kan. so selamba membuat pembentangan perbelajaan dalam sms kat dia. last2 dia kata “ikut awaklah.” lallalalala.

this week had been hectic. kerja pon gila2. semalam nasib baiklaa black out. kul 830 baru gerak konon2 nak keluar makan then lepas tuh sambung balik kerja. pusing2 beli raket badminton bagai, then sampai kedai makan dah 930. 1 of the staff yg tinggal dekat2 u*k kata takde letrik. wahahhaha saya sangat bersyukur. 1030 habis makan and pusing nak amik notebook. then balik.

by midnight tido.

note that sudah beberapa hari ni saya bangun awal. 2 hari ni, lepas subuh dah tak tidur. kul 840 dah sampai office. ahahahhahahaha. tepuk2 kepada diri sendiri.

owh, mungkin ayat pertama entry ini dikeluarkan kerana saya hampir2 yakin saya takkan pulang dalam masa sebulan.

ngantukkkk…baru kul 647. dema kata nak makan kul 8. hadehlaaa, kijammmm :(

Februari 12, 2008

kota bharu day 2

Difailkan di bawah: kerja — by muna @ 6:03 pm

“bla bla bla, huwaaa, rindu kl :((“

“ler, tak sampai setengah hari dah rindu kl? hehe”

nampak sangat laaa kan, sebenarnya rindu sapa yang lebih :P anyway, semalam sempat laa masuk wikimapia, usya2 rumah kj. usya2 jalan sultan ismail, jalan parlimen, huwaaaa. kl yang kusayangi. aku tak betah jauh darimu, cewah.

accommodation…oklaa kot. rumah ala2 baru lagik rasanya. rumah family 1 of the staff company yang buat projek U*K ni. sebelah tuh, ada kubur lama family dia, wahahha. semalam selamba saya membuka tingkap tanpa perasaan sebab masa tu tatau itu adalah kubur. tak takut kot. selamba je lah kan. masa kat mekah/madinah tuh selamba je hotel sebelah kuburlaa apa laa. tak plak nak ngeri2 kan :p

air, sedut dari perigi. bau paya. tapi tak plak mendatangkan gatal2 etc, alhamdulillah. katil, keras, hahahhaha. gasakla. ok je saya tidur semalam.

hari ni bawak bekal. minggu ni selamat boleh bawak bekal lagi kot, sambal tempe ada lagik. next week kena keluar makan merata2. nanti kena fikir resepi2 yang tahan lama :P bawak stok makan 5 hari laa ek.

i don’t think i’d be in KL in a month. redha jelah. balik jelah tetiap minggu. tak cukup duit mintak laa kat sesapa yang patut, hahaha.

dah kul 601, tapi still laa kena suffer beberapa jam lagik kot. diorang ni suka stayback. tapi saya takde pun kerja2 kritikal. mana ada kritikal. diorang penipu. balikkan saya ke kl, huwaaaa :((

Februari 11, 2008

day 1 in kota bharu

Difailkan di bawah: jiwa kacau, kerja — by muna @ 2:43 pm

tired and sleepy. wish i could sleep right now for 10 hours straight.

gila mencabar nak gi kb. ok, i know that i’m reluctant to go. akan tetapi ujian2 yang melanda membuatkan saya rasa nak bagi notis 24jam kat ofis dan tido melengkar kat umah je, haha.

mula2 ada ala2 perang light2 between my sis and my dad, sebab saya adalah degil, slambe nak cuti ahad tuh (walau kelantan kerja). plan asal nak balik ahad malam. then sebab my sis dok tanya2 saya apply cuti ke tak etc, maka sesedap rasa saya dan my parents berkonspirasi sulit untuk mc, haha. gi klinik, tunjuk psoriasis yang kunun2 gatal tak tertahan tuh, dapat sehari cuti (setelah dimintak pada encik doktor).

then bertolak dari rumah jam 3 ptg. mula2 plan nak bertolak kul 2, pehtu biasa laa leka2 etc, kul 3 baru kuar umah. kat gemencheh lagi dah jammed. masuk highway, mula2 jalan ok. konfiden laa ni. skali sampai pedas jammed tak bergerak. tahap jammed sampai kat emergency lane pun jammed. camnelah?

last2 keluar kat senawang, nak ikut jalan biasa konon2nya.tapi slamber kat sana pon jammed. kul 7 masih kat area mantin. call ayah cakap tak sempat. ayah kata apa nak buatkan. mula2 fikir nak drive sampai kelantan, tapi abg ipo kata jalan jammed, dia suruh naik flight pagi isnin.

so pusing2 je kl tuh, then jumpa sayang jap. nak book flight online konon2, tapi rupanya flight kena book 24jam sebelum kalau nak book online. cisss. so, kata kat sayang, esok pagi2 kul 5 saya pikap dia untuk anto saya ke lcct.

balik kj, sampai around 1115pm, tido dekat2 kul 12, bangun kul 4. pikap sayang, then gi lcct, slambe je park tepi jalan tuh lalu ajak sayang masuk sama, hahaha. hasilnya ivan telah berjaya disaman setelah mengekalkan rekod bersih selama hampir 5 tahun, lalalla. pehtu bila saya amik saman tuh, sayang bising sebab takut kena saman lagik sekali. so kasik lambaian2 sedih kat sayang lalu masuk untuk boarding :(

masa flight baru2 terbang tuh rasa syahdu gila. rasa nak menjerit2 suruh pilot pusing belakangg (haha, gila over). anyway, okla kot. diorang datang amik, angkut beg gi ofis terus.

tadi lunch makan mahalllllllll. ikan keli + ulam = 4.50. rasa nak balik kl je :( sayanggggggggggg, nak balikkk , huwaaa :((

countdown nak balik kl: 10 hari

Februari 9, 2008

random facts of sayang

Difailkan di bawah: hal rumah tangga — by muna @ 11:11 pm

1. bila type2 nak reply sms mulut mesti kumat-kamit sama.

2. suka minum teh tarik mamak (dengan alasan yang berkali2 diulang “teh mamak ni lain dari teh kita buat, diorang campur macam2 daun teh..tu yang sedap tu”) tapi tak suka makan kari.

3. tak suka tunggu orang, tapi dia bleh je dia yang datang lambat sampai dah separuh pensan rasa nak tinggalkan je dia, haha.

4. kurang sabar bila part tunggu menunggu including travel dalam jammed etc lalu bleh membuat dia naik hangin atau merajuk atau kedua2nya sekali (huhu).

5. tak suka pakai apa2 hiasan di tangan including jam (huhu, buat rugi je last year belikan jam).

6. tak suka pakai apa2 kat kepala (minyak/krim rambut) sebab “pening aaa kepala saya kalo bubuh minyak2 ni.”

7. kalau dia nak apa2 yang saya makan, slambe dia amik kat pinggan saya tanpa kebenaran (haha)

8. suka menggeleng bila saya tanya “nak tak?” padahal lepas tuh dia nak dan amik apa2 yang saya offer tuh :p

9. kalau tengah mood suka makan/minum something, mesti balik2 gi kedai nak order mender tuh (a trait yang dikongsi bersama, haha)

10. sangat cerewet hal2 kewangan dan suka membebel kalau2 dia nampak macam saya memperabiskan duit sesedap rasa.

11 dan seterusnya..to be updated later :p

Februari 6, 2008

another tahun baru :)

Difailkan di bawah: jiwa kacau, kerja, me, reminiscene — by muna @ 3:26 pm

saya…berat hati sangat2 nak tinggalkan kl. sepanjang ditugaskan untuk projek uni*l ni, saya sangat gembira. gembira bukan apa, boring2 sangat, rindu tak terbendung, kul 4pm macam tuh capai telefon n sms sayang. anytime during weekdays. sangat heaven rasanya. just imagine if tengah2 minggu rindu kat sayang, apa nak buatlaa? arghhhhhhhhhhhh :((

on the outside saya tunjuk muka riang ria ceria je, which affected my inside a little bit. or mungkin sebab saya dapat dating berlama2 isnin lepas yang buat saya extra ceria kot? ahahahahhahaha, gasak. saya buat muka ceria after a new resolution yang muncul lepas appraisal interview.

add new resolution: bermuka2 dengan orang2 di office esp the sr2 staff

kata sayang, kita ni hanya orang bawah2 je, nak taknak kenalah bermuka untuk hidup senang. “awak ingat saya suka semua orang kat office? ramai je saya tak suka. tapi saya buat2 laa suka kat diorang” macam tu laa ayat sayang kat saya. saya tak suka bermuka2. kalau saya menyampah, saya menyampahlaa. takkan saya buat muka ceria dan berminat kalau saya tengah menyampah.

anyway, long long way back, i was quite innocent lagi tidak pandai bermuka2. and i was VERY likeable person. pening kepala aku kalau ada orang tak suka aku. aku sangat mesra alam dan mesra pelanggan, wahahhaha. anyway, i had my fair share during my 1st year in university. i was shocked. masa matrik, saya adalah sangat glemer di kalangan bebudak matrik normal whilst bebudak marik ekspress lain2 adalah duduk dikelompok2 mereka sendiri je. sebab my roommate masa tu ada sorang yang matrik 2 tahun. kak ummi shafinaz nama dia. i really like her and her friends. *i’m smiling while typing this* regretfully, lepas matrik dah lost contact dah :(

owh, about my fair share. ada sorang akak yang juga matrik 2 tahun, yang enroll sama course dengan saya. saya macam biasa mesra alam je dengan dia. bising2 dan ramah mesra dengan semua orang. apa lagi ada a friend of mine from matrik yang sama course (previously dia roommate kepada my bestfriend fromm school, edna). then akak ini sesedap rasa mengumpat2 dan mengata2 kami. yang tak bestnya, depan2 saya, bukan main sopannnnn, bukan main ramah. tak cukup dengan itu, dia telah mengaburi kawan2 dia yang lain, supaya tak bergaul dengan saya. taklaa ramai pun kan, ada sorang 2 je. tapi terasalaa, before that, kak jijah yang duduk depan bilik saya tuh baik ngan saya, alih2 tak bercakap ngan saya. apakah??

i lost my innocence after that. i no longer simply trust people. lama2 bila dah makin meningkat usia, i pick my friend. masa mula2 jumpa, you’ll just be an acquaintance. lama2 kalo saya suka, dia akan jadik my friend. the benefit of being my friends, saya tak mengumpat kawan saya di belakang2, ahahah. and saya rela melakukan apa saje demi kawan saya. juga suka masakkan makanan2 sedap untuk kawan saya. hmmmm.

back to current life, i hope, no, i PRAY sayang could spare me his time this sunday and send me to the airport. then 11 agonizing days without him. hope i can survive. doakanlah saya.

on a MUCH brighter note, f1 is just around the corner. it makes me smile reading f1 stuffs that appear more frequently now. and 1 month plus untuk ke sepang. *bahagiaaa*

to all, happy chinese new year. another new year. another resolution? ehehehhehe :D

“aku naik laut sabtu ni”

“kat manalah? kelantan? bleh makan budu sama2″

“ganulah ganu”

“alaaaaaa. haa, kopok aa jangan lupa. nanti bawak balik kopok”

kerja ajelah dengan penuh dedikasi *sigh*

Dikuasakan oleh WordPress