kimi IS the world champion!

Januari 14, 2008

hadiah terlampau :p

Difailkan di bawah: birthday, hal rumah tangga, promotion — by muna @ 5:04 pm

birthdayboyfriend01.gif
wallpaper pada hadiah ulang tahun yang special :p

saya fikir2 sebelum tiba hari ulang tahun sayang, apa hadiah sesuai nak diberi. jaket? nahhh, ari tuh dah splurge tanpa sebab musabab and bought him hush puppies jacket yang sangat tampan dan menarik hati itu. before that tanpa ada angin ribut taufan mahupun sepoi2 bahasa, saya telah membelikan jaket tommygirl di reject shop. walaupun ianya jaket tommygirl, tetapi dia adalah sangat hensem dan kelihatan lebih sesuai dipakai oleh jejaka yang macho dan tampan :p

otak saya melayang2 berfikir2… ting! macam tuhla lebih kurang bunyinya dalam otak saya bila dia mendapat idea yang dirasakan bernas. okayyyyyyyyy…saya nak belikan dia wallet baru. yeayyy, settle masalah. akan tetapi, kenapa tak puas2 ati lagi. okay, fikir semula.

otak saya menerobos ruang2 yang mungkin… ting! dia berbunyik lagik. errr apakah? huh? handphone? errr macam bernas. tapi macam melampau. errr apakah? okay2, tanya pendapat rakan2 sebaya.incik penasihat pelampau yang pervert (suka2 ati aku aje kasik title, ahahahha) kata, kalau dia, dia kurang selesa kalau dapat handphone. alasan dia, nanti dia fikir terpaksa selalu contact2 perempuan tuh, kalo perempuan tuh call kena jawab, takbleh reject atau abaikan etc. huh? saya gelak2 je lalu mengatakan, baguslaa kalo sayang rasa camtuh, ahahahhaha.

incik bespren es es bebeh plak kata saya melampau. slambe nak belikan hadiah mahal2 camtuh. saya counter attack dia dengan soalan “kalo ko ada gf, dia takde henpon lepas tuh ko mampu nak hadiahkan henpon, ko hadiahkan tak bila besday dia?” ahahhahaha, yaaa tuan2 dan puan2, dia menjawab “beli kot”. well :p

mama amin plak kagum (atau pura2 kagum, ahahahha), dengan resolusi nak belikan henpon untuk sayang saya itu. tapi overall dia kata kalo nak beli, rasa mampu beli jelah. yeayy. makanya saya telah mengconsult dari satu model ke satu model henpon nak carik yang best2. saya nak buat pilihan antara samsung dengan sony ericsson je. tapi memandangkan samsung tak display harga, susah aa plak nak aim. sony ericson, sonystyle ada display harga. senang nak budget. after much thought, saya settle nak dapatkan henpon sony ericsson w550i.

then, saya terfikir2 plak. saya jadik psiko sendiri. maka saya pun tanya kat bespren saya cik farina pulak, “pada pandangan ko, adakah aku nak hadiahkan dia hp sebab nak beli cinta dia ek?” farina jawab, “isk takdelah. ko cuma nak tunjukkan kasih sayang ko je kan?” yesss. itulah maksud saya. tetapi saya tetap nak psiko, ehehehhe. manalah tau kan. so kena dapatkan pandangan orang2 sekeliling.

confirm. dapatkan wadie untuk membeli belah kat klcc. wadie plak asyik2 busy, payah betul. last2 berjaya dapatkan wadie. anyway, kat sonystyle klcc plak dah kehabisan model itu. staff sonystyle suggest pergi kat kedai sony ericson yang dekattt je dengan sonystyle tuh. ok ada. harganya wayyyyyy lower than sonystyle (i saved over rm200, owhh syukur). the downside ialah takbleh nak 0% installment dan takbleh dapat point sonystyle. maka, pejam mata swipe jelah kan. abeslaa hutang yang baru nak surut pasang kembali. takpe, demi kasih sayang kan. ahahhaha.

balik and personalize the phone. siap add diri sendiri dalam contact dan meletakkan nama “muna yg comel :p” ahahhaha. puas belek2 gambo yang comel2 nak letak. barulah disedari, saya asyik membuat aksi2 skema sahaja dan membuat muka2 ayu. ahhh bosan. gambo2 yang extra comel ada unsur2 pornografi plak. errr i mean dari riak muka saya tuhlaa, bukan saya amik gambo terlampau, ahahaha. siap personalize. berkepitlaaa dengan phone itu selama hampir seminggu.

akhirnya, sabtu lepas masukkan phone siap2 dalam kotak. wrap elok2.

his 30th birthday celebration? nothing much since tak sempat nak bake cake for him tahun ini :( bawak sayang gi makan kat nandos ou. then balik je sebab lelaki itu tak cukup tido, muka ngantuk je, kurang respond, ahahhaha. lawak bodo pun mampu buat 2-3 je :p

his reaction kepada hadiah itu was received around 10pm. apalaaa peram hadiah tuh. gamaknya nak menghayati perasaan masa bukak tuh kot. kena 100% alert baru nak bukak. kalo saya dah lama dah saya bukak dengan rakusnya, eheheh. he said “saya baru bukak hadiah awak ni. awak ni gler ah” huhuhuhu. then jumpa sayang balik untuk memberi kursus ringkas penggunaan henpon.

did he like it? he was stunt more likely :p and bugging me untuk beritahu harga henpon itu. iskkk, mana bleh cakap. then asyik mengulang2 dia tak reti pakai phone tuh dan takut apa2 jadik sebab dia adalah mempunyai hobi terbaling henpon merata2. then saya siap luahkan saya amat suka henpon itu, sayang kata “awak pakaila tepon neh?” i was like “huh? lepas tu?” “lepas awak dah boring2 pakai tuh awak kasik laa kat saya balik” ehehehhehe. i was tempted. tapi saya tau, saya jenis yang kalo dah attached dengan something, adalah sangat sukar untuk melepaskannya. end up mesti saya akhirnya beli plak henpon baru untuk diri sendiri. ahhh takbleh. saya takkan meduakan samsung saya itu. saya sangat cintakan sgh 720c kerana cover phone saya diperbuat dari lampu2 biru yang menyala sepanjang masa. malam2 kalo meraba2 nak tengok jam senang. itulah yang takbleh ditandingi tepon2 lain, eheh.

anyway, tepon sony ericsson sangat kewl. andai sampai ajal samsung saya, saya nak mendapatkan sebijik sony ericsson jugak. kecuali samsung tetiba mengeluarkan tepon yang berciri2 macam sony ericsson, takbleh aaa nak beralih arah, eehhehehe.

itu jelah cerita panjang lebar tentang hadiah birthday sayang :p really hope he likes it :)

2 komen »

  1. mun!awat aku nye besday lan 11 maghin ko tak kasik enpon? ini tidak aci!! :P
    i can guarantee u that he likes the phone. very much. kalo dia tak suka, sila lah kasik dkt aku. aku tentu suka :P

    Komen oleh umie — Januari 14, 2008 @ 5:29 pm

  2. ahahahahah tuhlaa kan. haku pon suka. kalo sumer org aku nak kasik tepon, aku kena demand gaji 20k sebulan kat sesapa yang patut :p

    Komen oleh muna — Januari 14, 2008 @ 6:00 pm

Suapan RSS bagi komentar bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan komen

Dikuasakan oleh WordPress