kitorang bertolak dari bandara (bandar udara = airport lerr weh) menuju bengkulu dekat2 kul 12 tengahari. sebab saya suka travel dalam kenderaan ala2 tinggi, maka saya pun naik kijang (nota tambahan: rerupanya bukan kijang aje, kuda pon hadaaa, ahahha). alih2 kijang itu tak cukup sejuk ekon dia. so lepas berenti lunch, mak ayah saya pindah masuk keta hapakenamasayadahlupa itu. lan ngan apai plak naik kijang ngan saya. sebab tak tahan kepanasan dalam ekon yang tak sejuk, saya slambe je bukak tingkap. bak kata driver (yang juga adalah sedara mara saya itu) “AC alami” (translation: natural aircond :p)
nampak sangat saya dah lama tak balik kampung. saya telah melupakan fakta penting bahawa padang – bengkulu mengambil masa perjalanan 12jam untuk non-stop punya perjalanan. jalan pesisir pantai yang kami ikut tuh adalaa dalam 600++ km. jalan pesisir pantai dia bukan landai macam kat terengganu, tapi berbukit2 dan berkelok. pemandangan dia memang perghhh, cun sekali, tapi letih ya amat laa kan. lagik2 plak kitorang bukan travel non-stop, berenti2 laa makan2 minum2 segala setiap lebih kurang 3-4 jam tuh.
anyway, kereta hapakenamasayadahlupa itu tak tahan dengan asakan bebanan penumpang dan beg2 yang penuh (nasib baik saya naik kijang, hahaha), naik turun bukit2 tinggi2 itu, terus meletup radiator dia. nasib baik masa tuh dah dekat2 kawasan umah orang. so berenti laaa kami kat situ. ada 2-3 orang kampung datang jengok2. mintak air kat diorang nak curah kat radiator. haa hambek, dah jadik cam geyzer dah air tuh memancut. seram aa gak kan.
lamaa aa nak kewlkan enjin tuh. adalaa gamaknya dalam 2 jam kot. tahlaa, tak tengok jam. tapi lepas tuh saya dah penat, saya pun keluar join family saya yang slambe menyibuk duduk depan bangku panjang depan umah orang. pastu toleh2 tengok ada kedai runcit. nampak plak teh botol. terus teringat promosi farah tentang teh botol. meleleh air liur terus walau tatau rasanya. slambe buli lan siasat ada yang sejuk ke tak, baper rupiah etc. sebab asik ulang2 sebut perkataan teh botol, azim pun dah balik2 cakap “tukkkkkkk teh otolll, nekkkkkk teh otoll” ehehhehe.
murah je, 2000 je (tak sampai rm1 weh!) sebotol. tangkap beberapa botol. mak aihhh memang asyikkkk. rasa dia ala2 kelat2 skets, tak terasa kemanisan melampau. teguk2 aa dengan gembiranya, hehehhe.
lepas dah ok skets, jalan balik, kereta berasap 2nd time kat atas bukit2 takde rumah orang. nasib baik ada air gunung yang dialirkan kat longkang2 tuh. bukan air kotor tau, pure air gunung tuh. so sambil2 diorang sejukkan enjin, saya plak ajak anak2 main2 air, ahahhaa. diornag puas laa tangkap2 udang gagau kat situ. akak saya siap bogelkan azim kasik dia mandi/main air sesedap rasa. then dah lapar2, saya slambe korek2 bekal, makan ketupat ngan rendang kerang akak saya ngan apai. anak2 lain jual mahal tamo makan, ehehhe.
anyway, lepas pada itu, walau dah bergerak semula, tetap kereta tuh takbleh tahan. radiator dia dah bocor tak silap aaa kan. so last2 kijang pon tarik aa kereta tuh carik bengkel. gila babi ah. masa tuh dah senja dah kan. membawa ke malam aaa menarik kereta carik bengkel yang bleh repair tuh. then kereta tinggal kat bengkel, beg2 punggah masuk kijang. merasa laaa berasak2 dalam kijang tuh haa. anak2 bertiga (apai, korie ngan lan) terpaksa duduk atas beg2. sebijik macam pelarian, ahahahha.
agak2 dah tengah malam lebih skets, ayah saya dah taktahan lagik, so he requested to abang sai (sedara mara saya yang nama full dia saidina abu bakar, hebat tak?) untuk berenti je berehat di mana2 masjid. note that jalan pesisir pantai neh adalah tidak glamour dilalui orang, dan penuh dengan kampung2 je yang penempatannya berjajar je. takde hotel whatsoever. tapi masjid memang banyak aa. lebih kurang 1-2km mesti ada satu masjid.
so, sampai je masjid terdekat tuh, ayah saya tak tunggu2 terus je tidur kat kakilima. yelah, slalu kat malaysia masjid kan kunci malam2. saya test bukak pintu masjid tuh boleh. so saya kejutkan ayah saya, pindah tido dalam masjid. ada orang tido dalam masjid tuh, ala2 tabligh kot gitu, tahler. tapi takla pakai baju cam ala2 tabligh kat malaysia. biasa2 je baju diorang, pakai jubah putih tapi takla janggut berselerak tuh. kitorang tido kat belakang masjid tuh, saya bentang comforter saya, ehehhe. pehtu si korie datang join. tido aa kitorang 3 beranak-cucu :p
esok pagi2 lepas subuh sambung perjalanan. berhenti sarapan kejap kat tempat nama mukomuko tak silap aa. tepi laut. pakcik kedai siap bukak kertas salasilah keluarga sembang2 ngan abang sai tuh. baru laa saya tau, ibu fatmawati, isteri sukarnoe merangkap mak megawati, gusdur etc itu adalah orang bengkulu, ehehhe. ada aa kat dalam salasilah pakcik tuh.
setelah sekian lama tuh, nampak kat satu small town neh perkataan “bank bengkulu”. saya pon gembira2 kerana memikirkan dah dekat dah, dah masuk bengkulu. namun saya lupa lagik, bengkulu itu luas!. tuh baru masuk ke kawasan bengkulu utara. arghhhh *nanges*
akhirnya dalam jam 4petang kami pun sampai bengkulu. mula2 singgah rumah 2 pupu saya, abang lukman, sebab dia yang akan carikan hotel tuh. akak saya siap kasik perincian nak hotel ada swimming pool, so kitorang menetap aa kat hotel horizon yang best aa gak tuh. pemandangan dia superb.
saya masuk bilik air, berendam dalam bath tub, mandi habis2an. bau badan masing2 dah macam orang memanjat gunung/camping tak mandi tuh. eeewwww.
dah mandi segala dan berperasaan wangi, terus masuk dalam comforter, tak pk panjang terus pejam mata tido, ehehhe. malam tuh supposedly gi makan2 kat umah abang lukman tuh, tapi saya tamo. saya nak tido. even mak saya bawakkan saya nasik dari umah abang lukman tuh saya takmo dah bukak mata, gila ahh kepenatan.
nantikan part 3 esok plak :p

