nothing and everything, all at once

Disember 31, 2007

2007 vs 2008

Difailkan di bawah: perancangan masa depan, reminiscent, ucapan — by muna @ 4:16 pm

2007. i was hoping it would be a year of change. i was hoping that finally i’d get slimmer (and sexier, errrr :p) and could fit in all garments that were sadly abandoned in my closet. i was hoping that finally i’d gained enough momentum to start new life i.e. furthering my study. and surely i was hoping that “someone” get enough courage to marry me, heh :p and there was the hoping of kimi winning the championship.

end of 2007. i was not getting slimmer whatsoever since i abandoned the herbalife project halfway (just started consuming it seriously again :p). i might have added a few unwanted kilos on me, huwaaaa (please laaa, go away laaa all these fat and weight. i’m getting tired of all of you!). on a brighter side, since i just bought myself brand-new-but-cheap scaler from giants, it seemed that i managed to shed a kilo in about 5days (yeay!). owh, did i tell you i resume the herbalife project recently?

i haven’t gain enough momentum to start getting serious on furthering my study. i was reluctant to compromise. i want to do my master in civil engineering (preferably in environment or river engineering or traffic management engineering) ONLY at usm. i want to do it on full time basis, taking exams and all. i dreaded the possibilities of doing my master part time, hence will of course interrupting with my weekends and leisure time (nampak sangat pemalas, ahahahha). and i love usm too much to ever thinking of studying elsewhere. we got very competent lecturers over there aside from very beautiful campus :p

20072007 passed by. no ring on my finger. no husband to flaunt (gila keji niat hakuuu :p). the highest point of our relationship might be when my mum saying “mak tak kisah siapa2 pun yang adik pilih…suruh laa dia datang rumah cepat2″ (as in ask for my hand in marriage :p). and strangely enough, i got panicky over the prospect of marriage when it seemed that there was nothing stand between us and marriage (gila ah psiko, ahahah). owh, at least i dreamed of him, with serious look on his face, saying something like “kita kawen ye bulan 7 2008 nanti. 2007 tak sempat”, last night. i was flabbergasted by that saying. and then i woke up (spoil betul, ahahah).

at least kimi did became our new champion. for all my under-achivement this year, his becoming a chamion surely compensate it all. thank you Allah for that :)

2008. it has nice ring to it, isn’t it? i’m still hoping to finally bing able to make kids legally (errrrr? :”>), so to that “someone”, please hurry, my fertility is deteriorating by day and in 6 more years it will became risky for me to get pregnant, hehe. i’m going to find a way to open my own business (partnering with some close friends), so that i can gain enough money to stop working at my current company and hopefully i can self-sponsored myself to further my study. i’m still on my mission to lost lots of kilos and if i succeed, that’s mean lots of beautiful garments to be purchased, yeyeah!

ya Allah ya rabbana, may this coming year bring with it all our hopes and dreams and make it come true. give Your blessing on our life and give us all happiness in life and hereafter, amin.

good bye 2007. thanks for all beautiful memories. thanks for all the lessons that we have learned.

welcome 2008 :D

bengkulu part 4: cintaku tertinggal di indonesia…

Difailkan di bawah: family, journey — by muna @ 2:32 pm

since ada ramalan buruk tsunami pada 23/12 tuh, kami mengambil jalan darat untuk balik ke padang. abang lukman berjaya jugak akhirnya carik kenderaan besar ala2 coaster untuk kami. siap ala2 business class gitu, eheh. mula2 tujuannya adalah ke curup, nak mandi air terjun. curup ni macam daerah laa, dalam tuh ada tempat nama suban. suban ni ada both air panas n air terjun. ikut suka laa nak merendam kat mana.

jalan darat ni of course akan lalu kawasan banjaran barisan bergunung ganang. ayah saya duduk depan sekali sebelah driver. akak saya laki bini dan mak saya barisan no 2. saya, apai dan co-driver barisan ke 3. henry (dia teman kitorang sampai padang), lan, korie dan of course azim (yang melekap ngan henry tuh :p) kat belakang sekali. mula2 ok. dah lama2 tuh kepala otak saya dah berpinar2. try tido pon takbleh. ekon dahlaa kurang sejuk belakang tuh.

kami berhenti kat gunung2 tuh tengok bunga rafflesia. bunga rafflesia neh adalah lambang bengkulu tau! ehehehhehe, terkenang plak kat sabah. anyway, kaedahnya, sesapa rajin carik, jumpa bunga neh kat area dekat2 ngan jalan, slambe aa pagarkan bunga tuh, buat ala2 denai nak gi kat bunga tuh etc, pehtu mengenakan bayaran rp2000 untuk tengok. alah, slambe laa, tak sampai pun rm1 kan (tapi kalo dah sedara mara selambak 20 orang kopak weii, ahahha). masa dah turun tuh saya pon komplen aa kepala saya pusing2 and ekon tak sejuk. so, ayah saya pon ajaklaa saya duduk kat depan ngan dia. kat depan tuh actually ada 3 seat gak :p saya pon melompat2 dengan girangnya, ehehhehe.

sebelum menuju suban, kami pergi dulu umah nenek henry belah mak dia. atuk nenek dia neh cina, masuk islam. so makan2 laaa serba sedikit dan serba banyak kat situ sesedap rasa. bebudak neh layan ultraman kat cd dengan sepupu sepapat henry yang kecik2 tuh. then pakcik henry ajak all the guys semayang kat masjid b4 makan. lepas diorang balik mulalah acara makan2. lepas dah kenyang kitorang pon lari lah, ehehhehe.

sampai kat suban tuh, saya ikut gakla daki bukit2 nak carik air terjun. slamber ramai gila orang sebab tengah libur (libur = cuti daaa). tapi saya ngan ayah saya tak turun sampai bawah tempat air terjun tuh. yelah, bukan nak mandi pun. dah aa jauh turun ke bawah. turun tuh ok gak, nak daki balik ada yang mintak nyawa kang, aahhahah. so, snap2 gambo serba sedikit, gossip2 liar ngan ayah saya dibangku yang disediakan. then henry datang join, snap2 gambo seround dua lagik. bebudak je yang terjun dengan gembira.

then start perjalanan balik. duduk depan neh seronok laa. nampak ladang2 sayur etc. strawberry pon ada dijual disini. murah2 je beb, satu bekas adalaa dalam rp2000 gak. tak sampai rm1 tuh! tapi takde pun beli2 sebab dah tak larat. nanti lain kali kalo balik bengkulu bleh aim beli strawberry curup, ehehehhe.

separuh pensan gak laaa nak jalan balik. eventhough kondisi jalanraya dia far better than jalan pesisir pantai, tapi jauhnya ya ampunnnn. bila dah malam2 tuh tido je dengan gembira. ayah saya kat sebelah pun dah tersengguk2 kepala dia ke arah saya, ahahahhahaha. dah aaa rambut dia tajam2, tikam plak lobang idung saya. nasib tak terbersin.

kat padang mulanya plan nak duduk motel yang kitorang pernah duduk. tapi slambe penuh. pergi motel yang dicadangkan driver, penuh gak. last2 cakap gi hotel besar laa. diantonya kitorang kat inna muara yang dari luar memang besar gila. tak ramai orang. hotel tuh lebih kurang rate hotel horizon bengkulu (on the 2nd thought, it might be higher!) but lack all the facilities. horizon ada free wifi, swimming pool, makan best n murah etc. kat inna muara takdo. tapi blasah aa dah penat, ahahhaha. tido 2 malam, 2 bilik standard = rm533.03 menurut catatan maybank2u saya.

kat padang, sehari b4 balik jalan2 laa. mak saya ajak gi tgk batu malim kundur. malim kundur neh si tanggang laaa, nama indon dia. dulu2 memang jelas2 batu tuh nampak cam orang and anak2 kapal. tapi setelah mengalami hakisan2 serius, setelah hampir 10 tahun tak nampak dah. diorang pon buatlaa imitation guna simen, buat tali2 kapal etc. gasakkk, ahahhaha.

lepas tuh dah tengahari, pusing2 membeli belah. akak saya beli telekung kiriman kawan2 dia. saya beli sepasang baju kebaya sulam2 yang belum jahit kiriman farina. nak beli banyak takut kastam kenakan tax. alih2 takde cek pon. rugi2. then pusing2 carik toko musik nak beli cd2 ori. punya payahhhh nak jumpa. tapi at last jumpa gak, alhamdulillah. beli cd andra and the backbone, the rock, ungu and nidji. nak sapu bersih macam2 tapi tuh je cd yang ada on display, ahahahhaha. murah je, cd baru pon baru rp40000, lebih kurang rm15.

esoknya pagi2 dah bersiap nak balik. on the flight i realise something, i do love this peacefull land of indonesia, tanah tumpah datuk nenek moyangku. rasa syahdu je nak tinggalkan. i’ll be back, insyaallah, that’s for sure! :D

p/s: watch out for the photos (walaupon skets je yang ada pun) on my multiply. tapi blom upload. dah upload saya bitau laaa :p

Disember 29, 2007

cintaku…

Difailkan di bawah: puisi — by muna @ 8:00 pm

lelaki itu yang tetap tegak menongkah arus dunia
dengan wajah tak peduli
padahal segala keperitan bisa-bisa menenggelamkannya

aku ingin memeluk lelaki itu
aku ingin mengongsi kepedihan itu
aku ingin memberi keyakinan
“esok pasti kan baik-baik sahaja”

lelaki itu dengan wajah tak peduli
adalah lelakiku…

Disember 28, 2007

bengkulu part 3: idul adha celebration

Difailkan di bawah: family, ibadat, journey — by muna @ 2:32 pm

sepatutnya dalam perancangan awal kami akan solat sunat aidil adha kat masjid sebelah rumah abang lukman. pagi2 lagik henry (anak abang lukman, nama betul dia henry rahman hakim :p) dah datang nak menjemput kitorang. malangnya kami2 yang nak dijemput adalah sungguh lembab nak bersiap2 sakan. last2 masa nak keluar masjid, abang kat reception tuh cakap “hotel juga ada solat idul adhanya pak”. nahhhhhhhh, chantek la itu. kerana by that time orang dah macam berenti takbir2 raya, macam dah nak start sangat dah. maka kami pun menuju dewan hotel horizon yang telah diconvertkan menjadik surau untuk semayang sunat raya.

masa dengar khutbah raya barulah saya sedar, bahawa bengkulu telah diramalkan oleh sapa tah pakcik brazil tuh, akan mengalami gempa bumi dan tsunami yang dasyat, ala2 macam acheh. kira dia ramal sapu habis lah. patutlaa dalam perjalanan ada abang sai sebut2 perkataan tsunami. saya buat2 bodo jelah, sebab baru2 neh kan ada gempa gak kat bengkulu, kot2 laa sebab tuh ada pura2 amaran tsunami. tatau aa plak pasal pakcik profesor ke hapa ke dari brazil tuh ramal.

mengikut ramalan dia tuh, gempa akan berlaku 23/12/2007. eh eh, slambe je kan kami bersukaria bercuti kat bengkulu. no wonder aa hotel horizon tuh takde ramai orang walaupun kaedahnya cuti laa gak kan. penjawat awam (pekerja kerajaan laa neh) cuti dari 20-25hb, slambe. ahhh terasa nak kerja jadik penjawat awam indon plak, ahahhahaha. anyway, ustaz yang pimpin semayang raya tuh, dalam khutbahnya menyeru semua agar jangan main percaya kepada ramalan2, kerana ramalan adalah syirik katanya. walaupun tak percaya tapi kita hendaklah sentiasa berwaspada sesuai dengan seruan islam yang memang selalu ajak kita berwaspada kan? cewahh.

lepas tuh kitorang pun beraya laa merata2 ke rumah sanak saudara, nampaknya menu utama adalah lontong. sume rumah nak memasak kuah lontong yang dimakan bersama ketupat. ada gak yang membuat lemang tapi takde rendang. maybe harga daging adalah mahal menjelang raya haji kot. tahlaa. orang korban merata2. sana korban sini korban. dahla masjid banyak. syukur2. ehehehhe.

lepas rasa nak terpensan menjelang senja, kami pun balik aa ke hotel. maka saya pun selamat terpensan lagik dengan jayanya. malam tuh pun berendam lagik dalam bath tub dengan gembira, ehehhehe.

nantikan part last next entry yang tatau bila nak tulis :p

Disember 27, 2007

bengkulu 2: the journey

Difailkan di bawah: journey — by muna @ 4:50 pm

kitorang bertolak dari bandara (bandar udara = airport lerr weh) menuju bengkulu dekat2 kul 12 tengahari. sebab saya suka travel dalam kenderaan ala2 tinggi, maka saya pun naik kijang (nota tambahan: rerupanya bukan kijang aje, kuda pon hadaaa, ahahha). alih2 kijang itu tak cukup sejuk ekon dia. so lepas berenti lunch, mak ayah saya pindah masuk keta hapakenamasayadahlupa itu. lan ngan apai plak naik kijang ngan saya. sebab tak tahan kepanasan dalam ekon yang tak sejuk, saya slambe je bukak tingkap. bak kata driver (yang juga adalah sedara mara saya itu) “AC alami” (translation: natural aircond :p)

nampak sangat saya dah lama tak balik kampung. saya telah melupakan fakta penting bahawa padang – bengkulu mengambil masa perjalanan 12jam untuk non-stop punya perjalanan. jalan pesisir pantai yang kami ikut tuh adalaa dalam 600++ km. jalan pesisir pantai dia bukan landai macam kat terengganu, tapi berbukit2 dan berkelok. pemandangan dia memang perghhh, cun sekali, tapi letih ya amat laa kan. lagik2 plak kitorang bukan travel non-stop, berenti2 laa makan2 minum2 segala setiap lebih kurang 3-4 jam tuh.

anyway, kereta hapakenamasayadahlupa itu tak tahan dengan asakan bebanan penumpang dan beg2 yang penuh (nasib baik saya naik kijang, hahaha), naik turun bukit2 tinggi2 itu, terus meletup radiator dia. nasib baik masa tuh dah dekat2 kawasan umah orang. so berenti laaa kami kat situ. ada 2-3 orang kampung datang jengok2. mintak air kat diorang nak curah kat radiator. haa hambek, dah jadik cam geyzer dah air tuh memancut. seram aa gak kan.

lamaa aa nak kewlkan enjin tuh. adalaa gamaknya dalam 2 jam kot. tahlaa, tak tengok jam. tapi lepas tuh saya dah penat, saya pun keluar join family saya yang slambe menyibuk duduk depan bangku panjang depan umah orang. pastu toleh2 tengok ada kedai runcit. nampak plak teh botol. terus teringat promosi farah tentang teh botol. meleleh air liur terus walau tatau rasanya. slambe buli lan siasat ada yang sejuk ke tak, baper rupiah etc. sebab asik ulang2 sebut perkataan teh botol, azim pun dah balik2 cakap “tukkkkkkk teh otolll, nekkkkkk teh otoll” ehehhehe.

murah je, 2000 je (tak sampai rm1 weh!) sebotol. tangkap beberapa botol. mak aihhh memang asyikkkk. rasa dia ala2 kelat2 skets, tak terasa kemanisan melampau. teguk2 aa dengan gembiranya, hehehhe.

lepas dah ok skets, jalan balik, kereta berasap 2nd time kat atas bukit2 takde rumah orang. nasib baik ada air gunung yang dialirkan kat longkang2 tuh. bukan air kotor tau, pure air gunung tuh. so sambil2 diorang sejukkan enjin, saya plak ajak anak2 main2 air, ahahhaa. diornag puas laa tangkap2 udang gagau kat situ. akak saya siap bogelkan azim kasik dia mandi/main air sesedap rasa. then dah lapar2, saya slambe korek2 bekal, makan ketupat ngan rendang kerang akak saya ngan apai. anak2 lain jual mahal tamo makan, ehehhe.

anyway, lepas pada itu, walau dah bergerak semula, tetap kereta tuh takbleh tahan. radiator dia dah bocor tak silap aaa kan. so last2 kijang pon tarik aa kereta tuh carik bengkel. gila babi ah. masa tuh dah senja dah kan. membawa ke malam aaa menarik kereta carik bengkel yang bleh repair tuh. then kereta tinggal kat bengkel, beg2 punggah masuk kijang. merasa laaa berasak2 dalam kijang tuh haa. anak2 bertiga (apai, korie ngan lan) terpaksa duduk atas beg2. sebijik macam pelarian, ahahahha.

agak2 dah tengah malam lebih skets, ayah saya dah taktahan lagik, so he requested to abang sai (sedara mara saya yang nama full dia saidina abu bakar, hebat tak?) untuk berenti je berehat di mana2 masjid. note that jalan pesisir pantai neh adalah tidak glamour dilalui orang, dan penuh dengan kampung2 je yang penempatannya berjajar je. takde hotel whatsoever. tapi masjid memang banyak aa. lebih kurang 1-2km mesti ada satu masjid.

so, sampai je masjid terdekat tuh, ayah saya tak tunggu2 terus je tidur kat kakilima. yelah, slalu kat malaysia masjid kan kunci malam2. saya test bukak pintu masjid tuh boleh. so saya kejutkan ayah saya, pindah tido dalam masjid. ada orang tido dalam masjid tuh, ala2 tabligh kot gitu, tahler. tapi takla pakai baju cam ala2 tabligh kat malaysia. biasa2 je baju diorang, pakai jubah putih tapi takla janggut berselerak tuh. kitorang tido kat belakang masjid tuh, saya bentang comforter saya, ehehhe. pehtu si korie datang join. tido aa kitorang 3 beranak-cucu :p

esok pagi2 lepas subuh sambung perjalanan. berhenti sarapan kejap kat tempat nama mukomuko tak silap aa. tepi laut. pakcik kedai siap bukak kertas salasilah keluarga sembang2 ngan abang sai tuh. baru laa saya tau, ibu fatmawati, isteri sukarnoe merangkap mak megawati, gusdur etc itu adalah orang bengkulu, ehehhe. ada aa kat dalam salasilah pakcik tuh.

setelah sekian lama tuh, nampak kat satu small town neh perkataan “bank bengkulu”. saya pon gembira2 kerana memikirkan dah dekat dah, dah masuk bengkulu. namun saya lupa lagik, bengkulu itu luas!. tuh baru masuk ke kawasan bengkulu utara. arghhhh *nanges*

akhirnya dalam jam 4petang kami pun sampai bengkulu. mula2 singgah rumah 2 pupu saya, abang lukman, sebab dia yang akan carikan hotel tuh. akak saya siap kasik perincian nak hotel ada swimming pool, so kitorang menetap aa kat hotel horizon yang best aa gak tuh. pemandangan dia superb.

saya masuk bilik air, berendam dalam bath tub, mandi habis2an. bau badan masing2 dah macam orang memanjat gunung/camping tak mandi tuh. eeewwww.

dah mandi segala dan berperasaan wangi, terus masuk dalam comforter, tak pk panjang terus pejam mata tido, ehehhe. malam tuh supposedly gi makan2 kat umah abang lukman tuh, tapi saya tamo. saya nak tido. even mak saya bawakkan saya nasik dari umah abang lukman tuh saya takmo dah bukak mata, gila ahh kepenatan.

nantikan part 3 esok plak :p

Disember 26, 2007

bengkulu part 1: meet the parents

Difailkan di bawah: family, hal rumah tangga, travel — by muna @ 4:01 pm

mak saya dah memesan awal2, nanti bawak sayang jumpa dia. saya pulak asyik mengelak2 nak bitau sayang. ada plak panik tahap dewa dewi sayang tuh kalau dia tau. tapi sebab mak saya asyik ulang2 permintaan dia tuh, nak taknak malam nak pergi tuh kena jugak sms sayang. sebelum tuh dah siap conference2 dengan umie camne laa nak membuatkan. umie sampai kasik cadangan, takyah bitau, senyap2 je nanti tarik dia jumpa parents saya, ahahahha. umie kata nanti bitau awal2 ada gak sayang terus tanak anto.

malam tuh bila sms, sayang pon menjawab seperti dijangkakan oleh umie. “isk, apsal plak kena jumpa mak awak? tanak ah” camtuhlaa dia jawab. saya diam je lama2 sebab tatau nak cakap camne. tapi last2 ala2 gaduh lite2 ikut sms. last saya cakap, ikut suka dia laa nak jumpa ke tanak. esok dah sibuk2 tengok2 kang tak jugak sempat jumpa.

lepas tuh mata takbleh lelap. macam2 aa minda memproses. baca buku harry potter sampai dekat kul 1. then tido tak sampai 2 jam bangun dan mandi2 dan basuh2 pinggan mangkuk kat dapur. dalam kul 345 baru siap2 nak keluar umah. call sayang, nak kejutkan dia. alih2 dia tak tidur pun. siap kena marah lagik sebab dah lambat :p

mula2 i’ve decided to merajuk and not talking to him during the journey to lcct. tapi sayang plak good mood. macam2 plak dia nak bersembang2. saya adalah sangat hairan. i thought he would be upset pasal telah dipaksa2 untuk sessi “meet the parents” malam sebelumnya, hmmm. so tak jadik majuk2 sembang2 gaklaa ngan dia.

when we reached lcct, sayang tanya lagik, dia kena gak jumpa mak saya ke. dia kata takyahlaa ek. so, i said, it’s up to him. tanak sudah. and lepas dah nak bertolak, siap cakap ngan dia “saya bitau mak saya awak lari..” ahahahha, gila babi blackmail kan? :p

bila dah masuk lcct tuh, few minutes later masa tengah carik2 my parents kat mana laa, alih2 tengok sayang masuk. heh. then ayah saya telah menjumpai saya, lalu dia mensalam2 dan beramas mesra ngan sayang. then sayang dibawa berjumpa mak saya, maka dia beramas mesra ngan mak saya. serta akak saya and abang ipo saya. ahahhaha, takde menda pun kan? :p

then kecoh2 nak amik tiket. turn out mana ada tiket2. kertas yang dah diprint dari airasia tuhlaa tiketnya. bawak je kertas tuh ke kaunter check in bersama2 passport. dah, lepas. and do check your passport, pasa tarik bertolak tuh at least ada 180 hari before passport anda expired (6 bulan daa). walau kurang sehari, takde tolak ansur, takbleh gi overseas okay.

abang ipo saya passport kurang 10 hari dari 6 bulan. so dia kena tinggal. he will catch up later flight to palembang on the 19th. all of us berbondong2 naik flight ke padang on the 18th itu. disebabkan lambat masuk, duduk laa kami merata2 terpisah dalam airbus tuh. saya duduk ngan lan sebelah abang indon yang separa ensem. memula nak duk belakang tuh tapi tepi tingkap ada abang yang tak ensem, ahahha. so reserved that seat untuk my mum and korie.

airbus airasia itu sungguh laju. sekejap je dah nampak masjid batu 3 shah alam. sekejap je dah nampak klang. sekejap lepas tuh dah nampak daratan sumatera. lepas tuh nampak danau toba. lepas tuh dah pusing2 kat area padang, landing. lebih kurang 50 minit je, dengan kelajuan relatif di bumi 800++km/j. huiyohhhhh kapten sudiharto tuh. kagum saya.

then nampak sangat kami adalah bermuka indon, kerana petugas airport minangkabau, padang itu kasik kami borang pengisytiharan kastam, ahahahhaha. ada permasalahan skets nak lepas for my sis since tiket yg dah diprint ada pada my abang ipo, sedangkan pihak imigresen indo nak tengok return ticket. so, jumpa petugas airasia kat padang and mintak depa print outkan tiket tuh balik. nasib baik selesai lepas tuh.

keluar, carik2 my sedara yang datang menjemput. naik 1 4wd terkenal indon – kijang and 1 kereta apa tah lupa dah, kereta biasa. perancangan adalah mengikut jalan pesisir pantai padang-bengkulu. jalan terusssssss.

nantikan part 2 di hari lain :p

Disember 17, 2007

mari balik kampung :D

Difailkan di bawah: f1, ucapan — by muna @ 5:14 pm

i’m off to bengkulu. my flight is schedule at 750am tomorrow. i’ll be there from 18th december 2007 until 24th december 2007. if you should need anything from indonesia, fell free to sms me (although tidak dijamin saya akan menjawabnya, maxis charge rm2 persms, ahahha).

selamat hari raya aidil adha everyone. be good. to those going to dewa concert and abang andra’s showcase, kirim salam kat abang andra sama once ek :( enjoy yourself, and please enjoy them on my behalf also :D

lots of loves, hugs and kisses. daaaaa!

p/s: let us enjoy the fact that heiki is confirmed at mclarens! 

huwaaaaa :(( (part 2)

Difailkan di bawah: konsert — by muna @ 10:42 am

“ko nak tau satu cerita sedih tak?”

“haa, apa?” suara menjadik alert.

“member aku dapat tiket free. dia tak dapat gi pasal husband dia outstation. pehtu dia kata ngan aku, dia nak kasik aku tiket free pon aku takde kat sini..” suara terkilan.

“perghhhhhhhh”

“huwaaa sedey2″

“ko nak tau satu hal tak?”

“apa2?” excited.

“hari lepas dewa konsert tuh, malam lepas tuh, andra & the backbone main kat planet tu”

“huhhhhhhhhhh??”

“haa tuhlaa, am bitau aku”

“huwaaaaaaaaaaa! abang andraaaaaaaa!”

tidak cukup ngan dewa aje, abang andra plak nak membuat show sebelum saya balik ke malaysia. abang andra..ngapainnn kamu memperlakukan saya sedemikian rupa :((

Disember 14, 2007

in war >:)

Difailkan di bawah: promotion — by muna @ 3:04 pm

sesapa yang tak sign up facebook lagik, ayo donk, sign up sekarang..mari kita main perang2 sesedap rasa :P

for now saya berperang dengan mamat ini. beliau 1 level lagik tinggi tapi jenis hero lemah bleh makan punya. pastuh balik2 serang saya kan. saya geram saya try serang dia bali, boleh plak. turn out kami dedua pertahanan lemah. so, hasil serangan kepada dia neh, saya sketsss je lagik nak level 20, ahahahha. siaplaa ko.

eh lupa lak nak menaip biodata dia :p here goes:

hero name: phyrexiannegator

alliance: Hero~

Disember 13, 2007

it’s a small world after all..

Difailkan di bawah: gossip, life — by muna @ 3:01 pm

ah, satu lagi bukti yang dunia neh kecik je. ikuti dialog di bawah :p

muna: ah, demet laa plak webmessenger neh
muna: hang plak =))
muna: macam2 hall
farina: ish2
farina: aku nak bergosip ngan ko nie
muna: haa gossip2
muna: i loikeee
muna: ;))
farina: semlm opismate aku kasik la kadkawin
farina: aku tgk dia kawen ngan budak batu kurau
farina: then aku tanyalah dia belajar mana
farina: dia cakap bahan
muna: hoh>
muna: paklah ke?
muna: dia kawen?
muna: =)) =))
farina: usm
farina: aku ckp mesti aku tak kenal nie pasal junior2
farina: sabar..nak cite nie
muna: cissssssss
muna: aku tak sabar :))
muna: berdebar2 haku
muna: haaa cpt cter
muna: (sebab paklah sms aku kul 520 pg last week nak alamat dia nak anto kad kawen)
farina: opismate aku nie nama ju tau
farina: ju kata bakal suami dia nie kenal kak farina
farina: aku dah saspek
farina: then aku tanya apa nama glamer bakal husband dia nie
farina: teng teng teng
farina: pak lah
farina: =))
muna: lorghhh org tampin aa dia?
muna: kawen 23hb kan?
muna: hadoiiiiiii
muna: apsal peraba haku kawen sama kawan ko?
muna: kenapakahhhhhhhhhhhhh
farina: =))
farina: aku lagik laa terkejut
muna: ko terbayang tak? terbayanggg tak??? =))
farina: pasalju tue lemah lembut orangnya
farina: senyap je
farina: org tampin lak tue
muna: aiks..jue neh budak skul ko gak ke?
farina: camne leh tersangku ngan peraba kau
muna: mana dia kenal paklah wei?
farina: aah bahan
farina: ish mestilah terbayang2
muna: (pernah kena raba2 etc tak ngan paklah) <– melampau tak pertanyaan aku
farina: =))
farina: nanti aku tanya..cemana kenal
farina: ish takkan nak tanya cenggitu
muna: lorghhhh kalo satu skul mestilah kenal
muna: wahahahhaha
farina: kalau kapel leh aku memburuk2kan dia
farina: tapi dah nak kawen tak sanggup ar aku
muna: dah aa aku pernah tulis kat entry aku kena raba tuh..”gi laa raba awek sendirik!”
muna: =)) ko terbayang takkkkkk??

bla bla bla (cut menda tak menarik :p)

muna: haku tatau aa…sebenarnya aku dah maafkan dia blom
muna: aku rasa..aku blom maafkan dia aa farina :-?
farina: maafkanlah dia
farina: lepas nie dpt lampiaskan segala2nya
farina: tak cari ko daah
muna: =)) dia tak carik aku
muna: dia amik kesempatan je ke atas aku
muna: aku ni kan suka dendam kesumat

now, i really hope lepas kawen mamat itu akan berubah dan setia meraba bininya ajo, ahahhaha. gila jahat ayat2 aku ini. yelah, masa before2 kejadian raba2 tuh, dia slalu cerita, officemate dia lah boss dia lah sume gatal2. asik cter pasal mengerjakan orang sana sini. siap kata falsafah bos dia, “alahhh sama je pompuan2 neh, cantik ke tak ke, sume ada *** kat bawah tuh. sama je rasa dia”. demet. terkedu saya masa mendengarkannya.

on another note, saya telah meng-sms wan liana kerana tidak tertahankan kerinduan di hati kat dia, ehehe. sihat aje kot dia, katanya tepon rosak, hilang sume no, that’s why dia tak sms2 tuh. dia punyalaa tunggu saya sms dia.

“aku dah doakan ko depan kaabah” kata dia.

owhhh saya sangat terharu. sob sob sob. isnin depan baru dia berihram. siap wish selamat hari raya awal2. katanya takut bz next week, hehehe. semoga dia dapat haji yang mabrur, amin.

Laman Berikutnya »

Dikuasakan oleh WordPress