nothing and everything, all at once

November 27, 2007

promosi membeli belah :p

Difailkan di bawah: me, promotion, whining — by muna @ 3:49 pm

sebelum akak terlupa, akak nak promosi blog kawan akak yang menjual sutera ganu katanya. akak pon dah sempat book yg kaler pink itu sejurus sahaja akak masuk blog dia semalam. sungguh cun dan chomel sekalik kain itu. akak dapat bayangkan betapa lawanya akak bila memakai baju pink itu nanti, cewah (berangan lebih padahal blom pon bayar/amik/dapat kain lalu membuat baju). silala adik2 masuk ke blog beliau dengan mengclick di sini.

anyway, walaupon topik adalah membeli belah, akak telah dilanda musibah peng-reject-an cek oleh encik maybank. last time cek gaji akak direject oleh encik maybank adalah apabila admin akak salah menulis tahun pada date cek akak itu. admin akak tah apalaa dia berangan, padahal masa tuh dah tengah tahun, ada bleh silap gak. kalo bulan januari biasalaaa silap2 tahun, sebab akak pon slalu tulis date salah masa akak masih kanak2 riang ria pada bulan januari, huhu. tidaklah diketahui punca dan sebab musabab cek akak ditendang kerana cek itu masih belum sampai ke rumah gemas (akaun maybank dibuka di gemas). posmen gemas adalah posmen paling lembab sekali. mereka juga suka menghilangkan surat serta menghantar jemputan kawen kawan2 lewat 2-3 bulan (demet!). akak pasrah ajelah, dengan menjanjikan diri sendiri, minggu depan pasti gaji! yakin boleh!

akak sudah pening kepala kerana hutang2 sudah keliling pinggang dan gaji bulan neh akak tak bleh spend nak bayar hutang dengan gembira2 kerana akak perlu membuat persiapan ke indonesia. eh, akak belum warwarkan lagik ek, akak nak beraya di kampung halaman atuk nenek akak raya haji neh (yahooo!). semua berpunca daripada ayah akak yang pura2 kechiwa kerana rancangan nak melancong ke indonesia sambil menengok anak 2 pupu akak konvo terbantut kerana budak itu tak berjaya anto thesis lagik, so sambung lagik 1 sem, hehe. lalu akak sewenang2 telah mengajak dia pergi indonesia sewaktu raya haji. ayah akak adalah sangat gembira lalu bersetuju. akak telah mempergunakan credit card untuk membuat pembelian tiket. ayah akak telah terpaksa mensponsor akak jugak, lalu memasukkan 1k ke dalam akaun maybank akak (tiket pergi balik 3 orang = rm960++). yaaa, duit itu telah berjaya akak pusing2kan dan kini hanya tinggal rm180 ajo (dan duit ini bakal dirogol sesedap rasa ekoran cek kena tendang :( )

ya adik2, akak telah berjaya menjerumuskan diri ke kancah kekurangan wang ringgit kerana gaji akak telah dimasukkan sebelum raya lagik. retinya gaji masuk 3 minggu awal. lepas tuh merana aa 7 minggu takde gaji. dah aa sesedap rasa akak berbelanja. patut aa rasa duit banyakkk je tak abes2 ari tuh, haha.

anyway, akak juga mahu membeli belah di masa terdekat.

1. beg baju baru untuk diperagakan bawak gi indon. beg baju elle akak yg lama sudah koyak sana sini :(

2. earphone baru yang kiyut dan bergaya. earphone mp3 player akak yg lama sudah putus cord2 halus dalam earphone  belah kanan (giler ganasss)

3. pakaian2 dalam yang baru (for the feminin side of me yang nak menda2 baru itu, haha)

memandangkan year end sale akan bermula pada 1 december ini, akak akan menyerbu pusat membeli belah dengan segera. sebenarnya ada banyak lagik akak nak beli, tapi akak sedar, akak bukanlah hartawan lagi dermawan yang bleh sesedap rasa mengikut hati menderma pada tokey2 kedai *sob sob*

sebagai penutup, akak menyeru adik2 untuk melawat serta membeli belah di blog kawan akak ni ye. sekian terima kasih

2 komen »

  1. mun…
    tenkiu kerana mengwar2kan…
    ko gaji tak dapek2 laei ko?
    isk.. isk.. isk…
    abih tu ado ati lak tu nak menyopping sakan lagik mega sale…
    tak tahan… :p

    Komen oleh aiman — November 29, 2007 @ 11:44 am |Balas

  2. ahahahhaha, belum weh. bayang pon tak nampak (as per 30/11/2007). bengang je aku. aku ingat selasa depan kalo takde2 gak muncul aku nak harass admin aku ah

    anyway, shopping tetap shopping. tp kena tunggu minggu depan, supaya cdt card billing masuk bil bln 1 :P

    Komen oleh muna — November 30, 2007 @ 1:42 pm |Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan komen

Dikuasakan oleh WordPress