nothing and everything, all at once

Ogos 28, 2007

dera

Difailkan di bawah: birthday, hal rumah tangga, happy2 — by muna @ 5:47 pm

setelah berkira2 dengan diri sendiri, akhirnya saya lepaskan sayang daripada kewajiban menyambut hari lahir saya pada 23hb tu. saya kasi can dia sambut pada 24hb. sebelum tidur 23hb malam 24hb tu, saya sms sayang “esok saya nak dera awak habis2an. siapla awak :p” saya pun tak mengerti kenapa saya taip sms macam tuh. mungkin sebab saya ada niat nak paksa gak dia makan pizza ke, tatau laa kan.

jumaat tuh plak memang bermula dengan sesuatu yang tak berapa best. saya selamba2 tertinggalkan henpon kat umah. disebabkan amalan mak saya suka sms saya pada hari jumaat dan kemudian bising2 kalo tak dapat jawapan, maka lunch hour tuh saya bergegas laa konon2 nak balik kj. yang sungguh syok tuh, tengah2 layan jammed dan berangan2 2-3 babak dalam kereta, saya tiba2 tersedar, saya tak bawak kunci umah. saya sedap2 berlenggang bawak purse aje. damn! pusing balik dan naik ofis, time tuh dah 130pm. relax2 jap 15 minit then turun balik dengan semangatnya ke kj.

now, saya sepatutnya dah isi minyak pagi2 jumaat. tapi sebab malas bangun pagi tuh, so tak isi laa lagik. kadang2 saya isi minyak hari khamis malam lepas dating dengan sayang, tapi sebab khamis sayang ada hal, so tak isi laa lagik. meter dah tunjuk lebih 400km, tapi baru sampai kat garisan e. orang kata, even kalau dah blinking2 pun bleh drive around beberapa km lagik. so, pergi balik sana sini dah almost 500km dah mileage masa tuh, huhu.

sayang konon2 pesan suruh balik awal. turn out dia plak yg banyak keje, sampai kul 9 camtuh baru dia datang. masa tuh dah lapar gler dah. sayang suruh stop kat stesyen minyak nak keluarkan duit. then dia tanya nak pergi mana. saya dah siap2 dah plan “aku tak kira, besday dia aku yg plan sumer nak gi mana, besday aku dia laa plan”. kemudian sayang ajak makan char kuey tiow mali kegemaran ramai tuh. saya kata mesti ramai orang, tapi takpe..pergi gak. tengok2 memang ramai orang beratur. sayang yang selalunya kisah kalo orang beratur ramai2 tuh, malam tuh teruss tak kisah, ehehe. tapi sebab saya lapar, saya kata gi tempat lain aa. so, sayang ajak gi naili’s.

terharu sungguh aa saya time tuh. huhuhu, memang romantik aa sayang saya neh walau most of the time dia buat kewl2 dia je tuh, ahahahhaha. balik2 tuh merayau2 jap gi apo tah ala2 uptown kat sentul yang baru bukak tuh, takde pon menda best. so, teruskan usaha aa konon2 nak anto sayang ke setiawangsa sebab motor dia tinggal kat opis.

kitorang belok masuk jalan pahang menuju jalan genting klang. tiba2 masa daki bukit tetiba kereta tanak jalan. tukar gear rendah, takde tindak balas gak. pehtu sayang cakap “takde minyak aaa tuu. tuhlaa tanak sangat isi minyak” sambil bergegas turun nak menolak kereta tuh ke tepi. dah aa sayang saya tuh kurus, nak tolak naik bukit lak tuh. mengeh2 dia nak tolak, tak bergerak ke depan pon (mujur tak mengundur, huhu). then, ada abang india kelindan lori melompat turun dan tolong tolak. tengok, ada gak rakyat malaysia yang prihatin tanpa mengira bangsa!

lepas ke tepi, sayang masuk dalam kereta mencungap2. time tuh dah tak berani nak kata apa dah. saya cakap sorry then kena jeling je ngan sayang, huhu. sayang kol adik dia suruh isi minyak shell dalam bekas minyak itam dalam keta pakngah dia tuh. lama gaklaa tunggu2, sayang pun dah hilang sabar, 2-3 kali tepon adik dia tuh.

adik dia pun sampai antokan minyak. nak jadik lagik best, tempat nak isi minyak tuh punya cover tuh plak stuck. tamo kena bukak. sayang dah naik hangen, diketuk2nya dengan batu, tetap takbleh. then ada kotak tepi situ, sayang koyak pehtu alas nak pulas2 cover tuh. lepas bertungkus lumus barulaaa bukak. isi2 minyak, lepas tuh carik shell.

nak menuju setiawangsa sayang diam je. pehtu pejam mata. ngantuk sangat kot. dah aa letih balik keje lambat, kena dera tolak kereta plakkk. tuhlaa, sapa suruh diri sendiri yang masin2 mulut neh taip sms2 camtuh, huhu. pehtu masa nak turun tuh sayang senyum n wish happy birthay lagik skalik *melt* dia kata, hadiah saya dia tertinggal kat umah plak (ke tak beli agiks tuh sayang? :p)

btw, 23hb malam tuh, saya stay back bersungguh2 buat kerja sampai 945pm, dah tak larattt sangat (last time i had meal that time was around 1230pm), balik2 masak meggi makan dengan goreng sardin dan sayur fucuk lauk semalam, main perangat jer. huhuhu sedappp. tapi sajer nak wat sayang simpati, siap ngadu2, ahahahahah.

sambutan seterusnya akan diadakan sebaik sahaja encik eswadi mendarat daripada miri, most probably bulan puasa nih. buat acara berbuka laaa kan, dekat pizza hut lagik, eheh :P

hmmm, kesimpulan entry ni, kereta kancil takkan blinking before minyak dia habis. dan maksimum mileage pada hari itu adalah 522km. hebat gak kancil aku, setangki penuh bleh dah nak sampai perlis, ahahahhaha :P

Ogos 23, 2007

28…

Difailkan di bawah: birthday — by muna @ 9:25 am

except for having someone whom i love so much (and apparently loves me back :”>), there’s nothing outstanding to shout about my life. anyhow i would not trade this life with anyone. thank God for wonderful family and friends. and for my precious sayang. alhamdulillah.

p/s: happy birthday sue!

Ogos 20, 2007

penattt

Difailkan di bawah: kegiatan halal dan haram, wedding — by muna @ 1:58 pm

saya adalah penat. sabtu lepas saya bersungguh2 pergi ke sungai besar, selangor untuk menyaksikan/memeriahkan majlis nikah kawan saya yang bernama anie. saya telah tertipu kerana menjangkakan sungai besar terletak berhampiran kuala selangor, rupa2nya sungai besar terletak di sabak bernam, sketsss lagi nak sampai ke teluk intan. dengan perut yang berkeroncong, saya dan sayang siap sesat2 merata2 tempat. sampai aje di rumah anie, kami makan dengan lahapnya, nyum2.

kawan anie yang datang pun ada 2 pasangan sahaja (yg ada waktu kami sampai laa). pasangan yang lain tuh suami isteri beserta seorang anak yang comel. selamba pasangan tuh ingat saya dan sayang pon husband and wife. gasakkk, wahhahaha. neither of us membetulkan assumption mereka. soalan daripada laki orang tuh “korang ni dari mana?” sayang saya jawab “dari kl..” wahahahha, sebijik aaa. saya gelak golek2 didalam hati. then turn wife dia plak, sebab anak dia asyik usya2 saya dengan penuh minat (ehem), dia slamber cakap “dah ada ‘isi’ kot..” errrrrrrrr, bila kita wat projek buat anak ni sayang? wahahhahahahahahahha, haduiii.

anyway, lepas puas bersosial, kitorang balik melaka. sayang kesiankan saya yang letih, dia take over drive lepas isi minyak kat dengkil. dari melaka saya balik kampung.

hari ahad awal2 dah siap, janji dengan farina nak belanja dia makan ikan bakar. tapi sebab farina kata ikan bakar kurang asyik, kitorang makan ikan 3 rasa dengan sotong goreng tepung aje. sayang memula tanak pergi, segan konon, tapi telah diberi kata2 tegas “alahhh farina jer, nak malukan apanya?” wahahahahha. so, dia pergi gakla, nak pergi rumah farina follow dari belakang dengan kereta pakngah dia. farina siap fitnah “eh..cuba ko ke depan skets..pakcik kereta belakang tuh nak masuk rumah dia kot”. pakcik sangatttt, huhu.

makan2 dengan gembira, mereka berdua membuli saya menghabiskan ikan siakap yang banyakkkkkkkkk itu. last2 nak bayar..saya hulur rm30 jer, mintak sayang tolong top upkan. huhuhu, nak belanja orang ada plak suruh orang lain top upkan ek?

balik kl buat lari berganti2, kejap sayang lead, dia slow saya potong dia. pehtu dah tak nampak dia, saya slow down sampai dia potong saya balik. jammed nak mampos lepas sebelum seremban tuh, membuatkan sampai rumah kul 11 malam. warghhh penatss :(

hadehlaa, keje selambak lagik. no updates sampai keje siap. sekian.

Ogos 17, 2007

:x :”>

Difailkan di bawah: hal rumah tangga, happy2, personal stuff — by muna @ 6:07 pm

never did i imagined before…him referring me as “awek aku” sound achingly sweet and made me feel mushy, warm and tender all night.

saya sayang awak! :”>

Ogos 16, 2007

report from budapest: controversial weekends

Difailkan di bawah: f1, my kimi — by muna @ 6:26 pm

formula1 in these recent years have been quite routine and may bored most people to tears due to advanced technology and safety aspects. as for me, an uneventful weekends with fast ferrari with kimi in it is as perfect as a race weekends can be. only for the past 2 years (2006 + 2007) i diligently dig out forums and involve myself into f1 gossip and such. the best forum site so far is of course formula1girls forum (although i must say sometimes the moderators could be somehow emotional when their favourite driver not winning and reprimand me for tiniest bit of mistake and that put me off from replying, errr).

now, back to the hungarian grandprix. it all started with this lad named lewis. a friend of mine pointed him out as the future world champion when he was still in gp2. he was soo great, winning 17 out of 20 races. and then he came to mclaren due to kimi’s departure to ferrari. he was fortunate, being a rookie and straight into a top team. and mclaren came out with a winning car for this season. lewis is great, having outstanding talent and cunning mind.

being a great driver as lewis is, always come with big ego. missing only 1 podium this season and currently at the top in driver standings do not help. he felt that the world revolves around him.

alonso is not on a very different note. being a double world champion surely makes him full of himself. so a partnership of alonso-lewis is a strenuous affair at the least.

ferrari was not quick enough during practice. 75% of my hope of kimi winning the race went through the drain.

the conflict happened on qualifying day. the team had told lewis to let alonso passed, in order for alonso to get another lap before final pitting. he did not follow the team’s order. his reason was that kimi was behind him, and he feared that when he let alonso through, kimi would go with alonso.

for the final pitting, lewis was made to queue behind alonso, whereas his race team ordered him to wait 20secs for a clear track. after 20secs alonso still remained in the box, asking something to his race engineer. the result was lewis could not make it through for final try out. lewis was heard swearing to his team boss, ron dennis, using the f**k word.

since lewis is the media darling, the matter of him not making to the final try out became an uproar. fia fined mclaren for “purposely” blocking lewis from his final try out. the team would not take any points that they get on race day. alonso was also fined with 5 grids penalty, demoted him to 6th place.

ferrari made mistake by not refueling massa for Q2. he was not fast enough until he missed the final 10 spots for Q3. i could not believe it, eventhough kimi himself just got 4th.

nothing eventful happened on the race day. hungaring was quite similar to monaco track, hence it was difficult for a driver to pass. kimi, starting on clean side of the track, after alonso’s demotion, passed heidfeld and stay 2nd behind lewis. ferrari proved to be better car on race day, with kimi making his mark with fastest lap on the final lap, finishing 0.7 seconds behind lewis.

heidfeld finished 3rd, alonso 4th, kubica 5th, ralph 6th (wow!), rosberg 7th, heiki 8th. even without taking any points, mclaren is still ahead with 138 points over ferrari’s 119.

we’ll meet in turkey for the next race next week. jya ne!

livetiming-hungarary.jpg

Ogos 15, 2007

bila boring + tensen + kekurangan dose berpoya2

Difailkan di bawah: friendship — by muna @ 3:41 pm

am so sorry for not updating and still no race report for the small amount of you who really read my report :p

am not in the right mood. maybe it’s writer’s block. maybe it’s plain laziness. maybe it’s kekurangan-dose-poya2 syndrome. or maybe it’s kekurangan-kasih-sayang syndrome (padahal dah puassssss melekap ngan bf khamis lepas..tak gak update race report lepas tuh, ahahahhaha).

when we don’t feel right and feeling down, we write email to our bestfriend, yay! here it is:

boring.jpg

Ogos 8, 2007

kisah lord voldermot yang jahat

Difailkan di bawah: merepek — by muna @ 6:03 pm

*disclaimer: cerita ini adalah mengikut kefahaman penulis dan telah di-alter2 mengikut rentak bahasa beliau (ahem)

apa khabar adik2? hari ini kakak ingin bercerita tentang lord voldermot (abeslaaaa peminat2 hardcore harry potter belasah aku pasneh, wahahhahahha). seperti adik2 sedia maklum, lord voldermot adalah watak jahat yang power ranger gedebush gedegang dalam cerita harry potter. siapa sebenarnya lord voldermot ni? haaa sila teruskan pembacaan adik2 ya!

nama sebenar lord voldermot adalam tom marvolo ridle. emak beliau bernama merope gaunt dan merupakan keturunan slytherin. atuk dia jahat nak mampos. pakcik dia plak tiga suku skets, tak baper betul, ehehhe. mak dia ni kira kurang lawa aa, juling dan tak menarik. then, mak dia jatuh cinta kepada muggle atau dalam bahasa mudahnya, orang2 kebanyakan @ manusia biasa yang ensem di kampung dia. mak dia pon membuat love potion dan akhirnya berjaya kahwen ngan tom riddle sr, bapak kepada lord voldermort. setelah mak dia pregnant, mak dia berenti kasik laki dia love potion sebab dia tanak dah hidup dalam kepura2an. hasilnya, tom riddle pon tinggalkan mak dia yang pregnant tuh. akhirnya mak dia mati, beberapa jam lepas lahirkan lord voldermort, tapi sempat tinggalkan lord voldermort kat rumah anak2 yatim.

semasa di rumah anak2 yatim, dia suka membuli kanak2 lain. macam2 perkara aa dibulinya. pastu dia suka mencurik barang budak2 lain. bila dumbledore datang dan offer kat dia untuk pergi hogward, dumbledore pon kesan barang2 curi tuh dan suruh voldermort pulang balik.

kat hogwardvoldermort suka control2 buat baik. padahal dia memang dah sedia gila kuasa dan tertarik kepada dark art.  namun begitu, beliau adalah seorang murid yang bijak. semasa kat hogward laa mula2 dia belajar pasal hocrux. mengikut lagendanya, wizard yang takut mati, akan membuat hocrux. hocrux nih lebih kurang acara membahagikan soul kita dan menyimpannya didalam sesuatu benda. nak buat hocrux kita kena membunuh orang, kerana perbuatan membunuh orang akan membuatkan jiwa @ soul kita terpisah. menurut riwayat moaning mrytle yang selalu menanges2 dalam toilet tuh adalah mangsa pertama voldermort. hocrux pertama dia disimpan dalam tom riddle’s diary.

kenapa voldermort target harry? kerana dia gila kuasa dan takut mati adalah jawapannya. trelawney, profesor tilik menilik kat  hogward itu telah membuat ramalan yang berbunyi

“The one with the power to vanquish the Dark Lord approaches… born to those who have thrice defied him, born as the seventh month dies… and the Dark Lord will mark him as his equal, but he will have power the Dark Lord knows not… and either must die at the hand of the other for neither can live while the other survives… the one with the power to vanquish the Dark Lord will be born as the seventh month dies…”

maka voldermort pon mengembara mencari harry, dengan niat nak membunuh harry yang ketika itu baru setahun lebih. namun sewaktu dia membunuh mak harry, kuasa kasih sayang mak harry yang mendalam telah menghasilkan charm yang kuat untuk melindungi harry. jadi, semasa beliau nak curse harry, currse tuh bounce balik kepada dia, lalu dia pon mati laaaa, ataupon hilang aa jasad dia. tanpa dia ketahui dan sedari, semasa pembunuhan parents harry, secara tak langsung dia telah terbelahkan soul dia dan menjadikan harry adalah salah satu hocrux itu.

untuk membunuh voldermort, semua horcrux dia perlu dimusnahkan terlebih dahulu. horcrux ni bukan mudah nak hapuskan, hanya beberapa benda jer yang cukup power dan boleh musnahkan hocrux. untuk menyingkatkan cerita, sebab akak dah malas nak menaip (heh), akhirnya harry and the gang berjaya musnahkan semua horcrux. harry juga dah redha bahawa dia terpaksa mati sebelum voldermort boleh dibunuh.

jangan takut adik2, ada twist lagi kepada cerita ni. ingat lagi tak, untuk menjelmakan voldermort kepada jasad fizikal kembali, dia telah menggunakan darah harry? somehow, kerana darah harry mengalir dalam jasad dia, sewaktu dia curse harry untuk membunuhnya, harry tak mati. yang mati hanyalah hocrux dalam tubuh harry. masa tuh dedua dah pengsan. dikatakan, darah harry tuh mengalir charm yang mak harry sempat kasik kat harry sebelum dia meninggal, itulah sebabnya. bila harry dah sedar dari pengsan tu, mereka kembali bertarung. lord voldermort menggunakan wand yang power ranger, yang ada kuasa magic melampau2.

namun begitu, wand itu tidak mau membunuh harry, makanya curse itu bounce balik dan voldermort yang mati. kenapa wand tak mahu bunuh harry? ingat lagi tak masa harry nak beli wand masa mula2 nak masuk hogward? the wand maker tuh cakap “it’s the wand who chooses the wizard” itulah sebabnya.

sekian cerita akak hari ni.

up next: f1 report

Ogos 3, 2007

wisdom

Difailkan di bawah: friendship, hal rumah tangga, review — by muna @ 10:51 am

saya sungguh bertuah kerana mempunyai rakan2 yang berpengalaman dan bijaksana serta tidak kedekut memberi nasihat2 bernas kepada saya. mungkin berkat kata2 “bertuah punya anak” yang sering keluar daripada mulut mak saya bila dia marahkan saya, hehe. ekoran perang dingin dengan sayang semalam, umie telah memberikan kata2 hikmah kepada saya yang berbunyi “takyah berkira sapa pujuk sapa, janji memasing tau salah memasing..” sedikit sebanyak, nasihat beliau berlegar2 di pemikiran saya. di samping itu, entah dari mana muncul pula bisikan2 halus di hati saya “laaa, of course laa dia sayang kau!” mungkin itu adalah suara hati saya yang geram dengan perangai saya yang suka mengada2.

saya berkira2 hendak sms sayang sebelum tidur untuk meminta maaf. selepas makan malam dan membaca beberaba bab cerita domestic goddess, mata saya sudah meminta izin untuk memejam. saya lihat jam, baru pukul 915 malam. saya merancang2 hendak sms sayang jam 1030. memandangkan mata saya sudah hampir mengamuk, saya sms juga sayang. sungguh syahdu rasa hati saya saat menaip sms minta maaf itu sehingga mengalir air mata saya. terasa macam esok nak raya pun ada jugak, huhu. selepas itu saya solat isyak dan tidur. kira2 jam 1020 saya terjaga bila sayang sms saya balik. katanya, dia bz minggu ni, dan sorry sebab takbleh nak jumpa saya. owhh. kalau cakap awal2 bz sepanjang minggu kan senang. itulah sayang saya yang malas nak phrase ayat dia elok2 dan menimbulkan rasa hangen dan tak puas ati kat saya, eheh. anyway sumer dah ok dah. *muahh sayang!* opsss.

berbalik semula kepada entry yang hendak saya tulis semalam, tetapi sudah hangen seluruh badan dan hilang mood. saya hendak menyampaikan kekaguman saya kepada puan j.k rowling yang menulis buku harry potter dengan tekun dan teliti sekali. bukannya senang hendak menaip cerita fantasi yang mempunyai beribu2 watak dan jalan cerita yang berbelit2. yang menimbulkan kekaguman saya, tidak ada fakta yang bercanggah langsung dalam cerita beliau (yang dapat dikesan oleh saya laa kan). saya baca ada review orang pasal cerita deathly hallows, ada 2-3 perkara dia tak faham, dan dia rasa macam salah jer fakta tuh, but then all those issues somehow i know the answer, berkat pembacaan bersungguh2 saya yang menelan masa 3 hari 3 malam (tolak office hour dan masa tido sekejap, huhu).

sesiapa yang mempunyai kesabaran dan minat secara mendalam dalam aktiviti pembacaan, anda semua digalakkan membaca buku2 harry potter yang masing2 setebal kamus. mengikut pembacaan saya, ketebalan semua buku lebih kurang 4000++ muka surat SAHAJA. wahahhaha, sahaja tuh! lepas ni saya nak start membeli dan mengumpul 5 lagi buku harry potter. nak beli yang hardcover, supaya boleh diturunkan ke generasi akan datang :P

anyway, saya nak kasik spoiler serba sedikit ajer. severus snape sebenarnya baik dan sukakan mak harry, lily potter. lily adalah jiran snape semasa kecik2, dan snape slalu gaklaa skodeng2 lily dan akaknya bermain. snape laa yang mula2 beritahu lily yang lily adalah seorang witch dan nanti akan ada profesor dari hagward yang akan memberi surat kemasukan kat dia. kemudian semasa di hogward, bapak harry, james potter selalu buli2 snape ni. masa james dan geng2nya buli snape yang ada sedikit adegannya dalam file order of the phoenix tuh, sebenarnya lepas tu lily datang nak selamatkan snape. tapi snape yang tengah hangen telah terlepas kata memarahi lily dan memanggilnya “mudblood”. kemudian lily kecil hati dan tak mahu terima snape yang minta maaf berkali2. sejak itu snape memang marah kalau ada sesapa panggil muggle itu mudblood.

maka, tahulah kita kenapa snape ala2 cam slalu nak kenakan harry. sebabnya dia nampak james dalam harry. sebab harry kan iras2 bapak dia. tapi dalam masa yang sama dia nak protect harry sebab harry anak kekasih hatinya si lily itu. snape pun jadik double agent lepas voldermoth bunuh mak ngan ayah harry. sungguh bijak snape ini menjadik double agent sehingga tidak boleh dikesan. tapi last2 voldermoth bunuh dia sebab dia percaya, dengan membunuh snape dia bleh mendapatkan wand yang power ranger dan penuh kuasa ajaib. harry tau hal sebenar tentang snape sebab snape sempat memberikan memory dia sebelum dia meninggal dunia tuh.

ending cerita, saya menanges sebab lupin dan tonk mati. pasangan tuh baru jer dapat baby yang merupakan godson si harry. then abang kembar ron, fred pun mati, huwaaaaaaa. lain2 sumer selamat. ron kawen ngan hermoine dapat anak nama hugo ngan rose. harry kawen ngan ginny dapat anak nama james, albus severus ngan lily. ala2 epilogue dia, semester baru nak start, albus ngan rose baru nak masuk sekolah, pehtu family diorang anto. albus takut kalo2 termasuk lam slytherin, sebab james sakat2 dia. then harry telah cakap “albus severus! you are named for 2 great hogward’s headmasters and 1 of them was slytherin and a one of the bravest man that i ever knew. if u go to slytherin, then they just gain an excellent student, dont’t they?” wahhh, sungguh sweet ucapan harry.

saya harap di masa depan puan j.k rowling bleh membuat cerita tentang albus severus tuh. sikit2 dia cerita pasal albus tuh membuat saya tertarik laaa.

oklah, letih jari saya menaip. nanti saya cerita2 lagik. daaaaaaa.

Ogos 2, 2007

perang (lagik?)

Difailkan di bawah: hal rumah tangga, lepas geram — by muna @ 1:14 pm

we haven’t fight for ages save from the unfortunate incident of him kecik2 ati with me few month back. in the beginning, fight was normal incident, once or twice per month followed by me majuk2 and indirect pujuk2 session from him.

after successfully finishing harry potter & the deathly hallow this morning, i’m left with free evening at last. what is better to celebrate harry than seeing sayang, i thought. so, i smsed him. apparently he already had plan. fine, just switch it to tomorrow. he replied with “esok2 kan bleh jumpa. isk2 awak ni”. which i retaliated by saying “esok bukan kategori esok2 ke? tanak sudah” (please note that “tanak sudah” a clear indicator that i’m about to majuk2 again). he dared to say “erm esok2 aa jumpa. tolong jangan paksa”. if he put exclamation mark on the sms i’d be crying now. but lack of him just left me furious (minus the kecik ati that surely would reduce me to tears). and i said “yerla. dah kata tanak sudah. mana ada paksa!” hambek

inilah akibatnya ada pasangan yang suka memendam2 perasaan (eh, bukan most guys camtuh ke? :P). ada sesuatu aaaa tuh. sebab aku neh pon hangen satu badan, just wait laa for me to cool off a bit before aku korek apsal kat dia. eeeeeeeeeeeeeeee, hangennn satu badan! elok2 dah mood pagi2 aku gembira, dah abes baca harry, gelak2, now nak senyum pon kena paksa. terpaksa pura2 gembira. isk.

Dikuasakan oleh WordPress