berhabis wang ratusan malah ribuan ringgit untuk menyaksikan f1 di litar masih bukan budaya rakyat malaysia. kita lebih senang berhabis ratusan malah ribuan ringgit untuk mengundi peserta af kegemaran. atau berhabis untuk chat di channel 15 astro. ah, biarlah. masing-masing ada hak untuk memperhabiskan duit titik peluh, penat lelah mencari rezeki mereka sendiri (walau ada juga kanak-kanak bawah umur dan atas umur memperhabiskan duit titik peluh penat lelah ibu bapa mereka, heh). apa yang saya ingin tekankan di sini bukanlah cara kita berhabis-habisan. saya cuma ingin tekankan, berapa harganya untuk menyaksikan f1 di grandstand – mall area.
tiket pada harga normal, yang paling murah sekali bernilai rm500. itu pun untuk tempat duduk paling tidak menarik. tempat duduk paling menarik, boleh melesapkan wang anda sejumlah rm1950. itu belum dikira harga untuk menyewa corporate suite. tak usahlah kita pertikaikan corporate suite. hanya orang kaya2 dan syarikat besar2 sahaja mampu menyewanya. tidak hairanlah jikalau tempat2 di grandstand mall area ini, kebanyakkannya ditaja oleh syarikat2 kaya raya, petronas misalnya. tahun ini saya saksikan tnb juga menaja tidak kurang daripada 50 orang kanak-kanak. yang tidak ditaja, adalah seorang dua rakyat malaysia di sana sini. yang sanggup menghabiskan duit gaji semata-mata untuk menyaksikan aksi pelumba kesayangan mereka. sebagai contohnya, di kanan saya, ada pakcik india sekeluarga. mereka india, tetapi warganegara perancis. “i’m from france, paris” katanya kepada saya. di sebelah kiri saya, ada pasangan yang saya kira daripada jepun. di depan saya ada pasangan jepun lagi.ah, saya sudah lari daripada topik asal saya lagi.
dengan membayar sebegitu banyak untuk sekeping tiket f1, tidak salah kiranya saya menjangkakan khidmat dan layanan yang sempurna daripada saat saya membeli tiket sehinggalah saya pulang setelah tamat perlumbaan.
ini adalah laporan tidak berbayar daripada saya.
saya tersilap membuat pembelian tiket. menurut syarat jual beli yang dikepilkan bersama tiket, saya tidak boleh membuat sebarang pertukaran tiket. namun itu tidak benar sama sekali. pada hari pertama minggu perlumbaan, anda boleh datang ke kaunter khidmat pelanggan sic dan membuat penukaran tiket sama harga atau tiket yang lebih mahal (upgrading) dengan cas rm20 (dan tambahan nilai tiket yang diupgrade pastinya). ya, pastilah tidak mahu diheboh-hebohkan perkara seperti ini, kerana nanti ramai pula mahu menukar tiket sesuka hati dan menyusahkan pihak pengurusan sic barangkali. namun untuk peminat yang berusaha keras seperti saya, pasti ada jalan :D
pada hari ujian, saya telah mengambil kesempatan untuk ke sepang, menyaksikan pelumba kegemaran saya, saudara kimi raikkonen (ehem). keadaan di litar sepang amat tidak memberangsangkan. tempat duduk di grandstand berhabuk tebal, malah ada yang menjadi tandas awam untuk burung dan entah binatang apa lagi. saya jangkakan, pada hari perlumbaan pasti acara pembersihan besar-besaran akan dilakukan. takkanlah hendak mempersembahkan tempat duduk yang berhias najis burung kepada penonton yang membayar ribuan ringgit? jangkaan saya meleset, habuk tebal menyambut ketibaan saya. mujur sahaja tidak ada najis burung di tempat duduk nombor 30 itu.
pada hari jumaat, selepas sessi latihan, saya mengambil kesempatan untuk ke tandas. saya dapat saksikan beberapa orang pekerja warga indonesia bersenda gurau di luar tandas. saya masuk ke tandas dengan anggapan tandas bersih untuk kegunaan saya yang membayar ribuan ringgit ini. sekali lagi saya kecewa. ada najis tidak habis dipam di satu kubikel. ada kesan darah yang mungkin darah haid di kubikel lain. ada tisu yang dibuang ke dalam mangkuk tandas di kubikel lain. saya pilih yang ada tisu dalam mangkuk tandas kerana itu yang paling bersih. saya berhabis duit dan ini balasannya? ya, saya tahu, jumlah penonton tidah mencapai kapasiti pada hari sabtu dan ahad, tetapi pihak pengurusan harus sedar, saya dan penonton-penonton lain membayar harga tiket untuk 3 hari. T.I.G.A hari! mujurlah pada hari sabtu dan ahad, tandas adalah bersih dan menurut piawaian minimum saya yang cerewet ini (heh)
islam adalah agama rasmi malaysia. semua orang tahu hal ini. tahun pertama saya ke litar sepang, saya hanya mampu untuk membeli tiket bukit dengan harga hampir rm150. di sana disediakan 2 khemah ala-ala koboi dan dijadikan surau. saya fikir, mungkin inilah balasan kepada tiket murahan saya. tahun kedua saya sudah mampu memiliki tiket grandstand – mall area. alangkah kecewanya saya apabila bertanyakan kepada salah seorang petugas sic, di manakah surau, dan saudari cantik manis yang saya kira beragama islam itu menjawab “tak tau”. saya hampir mengeluarkan ayat kurang manis, mujurlah rakan kepada saudari-yang-berkemungkinan-besar-islam itu menjawab “surau ada di bangunan utama di luar, kak”. maka saya berjalan kaki sejauh hampir 1/2km daripada tempat duduk saya untuk ke bangunan utama di luar pintu masuk mall area. di sana saya dapati surau yang selesa walaupun jelas tidak dibuka untuk orang awam. hanya sesiapa yang bertanya akan tahu kewujudan surau itu. tahun ketiga, tahun ini, ada surau mudah alih daripada kontena. ada pendingin hawa yang tidak berapa sejuk, ada tikar getah yang agak kotor dengan habuk2 yang entah datang daripada mana. tidak ada tanda kiblat di surau perempuan. untuk mengambil wudhuk, perlu berjalan jauh, ke kawasan tandas mudah alih. tandas itu tidak ada air. tetapi di belakang kawasan tandas ada beberapa kepala paip. kawasan itu langsung tidak bertutup. beberapa lelaki yang mematuhi suruhan Allah, sedang sibuk mengambil wudhuk. apa lagi pilihan saya yang ada? saya berwudhuk di bawah tudung dalam keadaan kurang selesa. pihak pengurusan sic, takkanlah tiada yang beragama islam? kalau sediakan surau biarlah elok sedikit keadaannya. sediakan kawasan mengambil wudhuk yang sempurna untuk jemaah wanita. tidak semua ke sepang dan terus melupakan Allah. sediakanlah penyapu di dalam surau supaya senang menyapu habuk. sediakan juga beberapa helai sejadah. saya kira penyediaan itu semua tidak pun menjangkau lebih rm1000. tidakpun lebih dari nilai sekeping tiket saya!
pengurusan trafik oleh polis trafik saya kira agak melampaui batas. kerana terlalu tidak sabar untuk menguruskan trafik, mereka telah menimbulkan sedikit kesesakan untuk pengguna trafik di pagi ahad. saya di arahkan masuk ke lorong tambahan sedangkan 3 lorong utama tidak pun ada sebarang kenderaan! akhirnya kesesakan terjadi di lorong tambahan itu. saya terpaksa menunggu agak lama untuk memintas masuk semula ke lorong utama. dari lorong utama, apabila saya hendak membelok ke kiri ke kawasan tempat letak kereta, saya di lambai-lambai untuk jalan terus oleh beberapa polis trafik lain. mujur saya sudah terlanjur membelok, lalu dibenarkan untuk lalu terus. saya mengerling sekilas ke arah yang mereka arahkan kederaan. saya lihat 3 barisan kereta yang kian memanjang terbentuk. satu lagi kesesakan telah terjadi! mujur saya sempat membelok. namun pujian harus diberikan untuk pengurusan trafik setelah tamat perlumbaan. tiada kesesakan untuk saya yang meninggalkan litar lebih kurang jam 530 petang. syabas!
tahun lepas, kawalan di pintu masuk adalah seperti berikut: penonton yang meninggalkan mall area dan ingin masuk semula, tidak perlu berbaris bersama-sama mereka yang belum memakai “gelang” pass penonton. sedikit kelancaran di situ. namun tahun ini saya yang keluar ke kawasan bangunan utama, terpaksa berbaris agak panjang untuk masuk semula ke kawasan mall area. mungkin sudah berlainan pengurusan. tapi saya kira sistem yang digunakan tahun lepas adalah lebih baik dan mengurangkan kesesakkan penonton di pintu masuk.
terdapat beberapa tambahan menu di gerai-gerai mall area. tahun ini semua gerai menyediakan minuman kegemaran saya – 100+. saya membuat muka selamba membayar 5 kali harga sepatutnya untuk minuman dalam tin tersebut. apa yang saya kesalkan, tidak terdapat banyak menu plihan masakan malaysia di sana. saya kira semasa f1 inilah kita hendak memperkenalkan budaya malaysia. inilah peluang terbaik kita. namun nampaknya pihak pengurusan sic tidak terfikirkan fakta itu agaknya. 8 cucuk satay ayam yang keras, yang dijual dengan harga rm25 tidak cukup untuk mewakili pelbagai masakan malaysia yang lazat-lazat.
pihak pengurusan sic perlulah lebih peka lagi kepada penonton-penonton yang hadir dengan menyediakan kemudahan dan keselesaan untuk semua. konon-kononnya kita mahu terus menganjurkan f1 di malaysia, namun perkara remeh temeh banyak diperlekehkan oleh pihak pengurusan. saya harap mutu pengurusan mereka meningkat untuk musim hadapan. oh ya, saya perlukan surau yang selesa itu ya!
p/s: sibuk2 susah payah penulis di harakah.net mengutuk2 lewis dan alonso yang main sembur-sembur champagne di podium. kalau marahkan pihak pengurusan yang menyediakan minuman beralkohol itu, mengapa harus disalahkan pelumba yang main sembur-sembur? takkan tiba-tiba di malaysia, selepas terima trofi, pegang sahaja botol tu? bukannya salah di sisi undang2 fia, menyediakan minuman tidak beralkohol seperti yang dilakukan bahrain. pihak pengurusan sic dan kerajaan kitalah yang memilih sendiri untuk menyediakan juga champagne. nah, lagi2 mahu salahkan lewis dan alonso. tak pasal2! marahkan nyamuk kelambu di bakar, huh!