masa kanak-kanak dulu, topik perkahwinan itu adalah sesuatu yang sangat mengujakan (macam laa sekarang tak ek? errrrrr :P). sakat menyakat sesama rakan sebaya bagaikan satu kemestian. ayat yang selalu digunakan “ali nak siti” yang membawa maksud ali sukakan siti dan ingin menjadikan siti isterinya yang sah. barangkali. mungkin “nak” itu adalah singkatan bagi “nak jadikan awek/isteri”. mungkin.
kemudian ada pula bermain silang2 jari. silangkan semua jari kanan dan kiri. kalau ibu jari kanan di atas sekali, tandanya akan berkahwin dengan pilihan ibu bapa. kalau ibu jari kiri, tandanya berkahwin dengan pilihan sendiri. nah, melenting pula tak pasal-pasal kerana “ditandakan” akan berkahwin dengan pilihan ibu bapa. padahal entah siapa yang memulakan “petanda” itu pun tidaklah diketahui. saya yang melenting ini pun tidak dinikahkan sampai sekarang oleh ibu bapa :P
semasa zaman sekolah, ramai yang menggiat-giat mengatakan, pasti saya yang dulu akan bernikah. saya gelak2 suka malu sambil tidak menafikannya. yelah, semenjak kecil, kecenderungan saya bermain dengan anak2 patung di rumah, sambil berimaginasi ada anak yang ramai, melancong dengan kapal2 mewah (eh, macam mana boleh timbul imaginasi ini ekk? hmm), membuka kedai pakaian kanak2 dan suami di medan perang (eh??). hahhahahahha. sungguh tinggi imaginasi saya ek?
seorang demi seorang kawan saya selamat menikah. saya? masih juga belum sampai jodoh.
apabila usia saya sudah meningkat, saya mula terasa hati bila melihat pasangan2 bahagia. apatah lagi ketika itu belum ada yang istimewa di hati saya. menikam2 di ulu hati bila melihat pasangan2 itu bergurau senda, bergelak tawa. bila ke majlis kahwin rakan2 pun begitu juga. rasa sedih di dalam keriuhan dan kegembiraan orang ramai.
itu dulu.
setelah selamat saya serahkan hati saya kepada seseorang, saya sudah tidak sedih2 lagi. bila saya baca cerita romantik2 di dalam blog/novel, saya capai telefon, sms yang tercinta. bila saya tengok cerita2 romantik, nah, masuk lagi sms untuk dia. bila saya lihat pasangan2 bahagia, saya senyum sambil memegang telefon, sms lagi :p
hidup saya ini berpusing2 ke situ sahaja barangkali?
hmmm, beberapa hari lepas seorang rakan bertanya, apa yang saya doakan di hadapan kaabah bila saya ke mekah. puas saya berfikir sejenak, lalu saya katakan, kali terakhir saya ke sana, saya berdoa dipercepatkan dan dipermudahkan jodoh saya. juga saya doakan saya mendapat zuriat2 keturunan yang soleh dan solehah. juga doa untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. itu yang saya ulang2kan. owh, saya juga ada doakan kimi menang driver championship yang diidamkannya, errrr. rakan saya terkejut. bukan terkejut saya doakan dipercepatkan jodoh, terkejut saya doakan kimi. ehehheheh. apa nak buat ek, kimi di hati :p
lalu kemudian dia seakan-akan kagum. mungkin hairan. saya tidak doakan diri saya memperoleh harta dan kekayaan. saya tidak doakan saya mendapat kuasa dan pangkat. mungkin.
saya katakan kepadanya, yang harus kita doakan, semoga kita memperoleh kebahagiaan. itu yang utama kan? apa guna harta kekayaan tapi tak gembira. apa guna kuasa dan pangkat tapi sengsara. saya tidak berdoa untuk itu semua, kerana saya tahu, harta dan kuasa adalah ujian terbesar yang diberi Allah kepada kita. saya tidak pasti saya boleh lulus ujian itu, makanya, saya ambil keputusan tak mau menduduki ujian itu. jadi saya tidak pergi mendaftar untuk ujian itu. tapi, kalau dipanggil menduduki, akan saya cuba berusaha bersungguh2 (faham tak ni? ahhahahaha).
seperti yang pernah saya coretkan dahulu, banyak perkara yang membahagiakan saya sebenarnya. jalan tidak jammed hari ini? bahagianya. dapat makan makananan kegemaran? bahagianya. melihat langit yang biru dengan awan bertompok2 putih? bahagianya. dapat bersama dia yang saya cintai? ahhh, terlebih bahagia :P
berbalik kepada soal jodoh, apabila rakan2 yang rapat dengan saya sudah bersuami, kemudiannya sudah mau bertiga, saya pula tiba-tiba kemaruk nak anak. tak pula kemaruk nak berumah-tangga sangat. ahhh, hairan betul saya. suka2 putting cart in front of the horses, ahahhahaha. minta2 ada mulut yang terlebih makan garam bila mereka menyebutkan “lepas ni, tak lama lagi giliran ko laaa plak” baru2 ini, hahahhahaha, errrrrr :”>
dahla. saya pun tak faham apa yang saya nak merepekkan. mungkin entry ini adalah satu hint? mungkin? errr, mungkinlahh.
mungkin saya harus berhenti menaip sekarang. sekarang muna. sekarang. okay stop.





















