hari sabtu yang indah itu, aku pun bangun laa, awal tak awal, lambat pon takla lambat sangat. since dah promised ngan umie nak g amik ticker konsert malindo kat dia kat mont kiara, then dah promised mrs imran nak collect buku cter yg dia jual separuh harga kat aku, maka terpaksa la jugak bangun kan. mandi2 ada sms dari mrs imran tanya jadik ker tak. aku kata jadi, lagik 10 minit aku sampai
so, buat aktiviti menunggu mrs imran solek2 kejap, sambil2 tuh sms sana sini. umie calling2 aku sementara tuh, bitau yg dia baru sedo dia tertinggal tiket aku kat umah. so, katanya, nanti jer ah dia bawak petang2 nanti before concert. then mrs imran dah sampai, amik buku, bayar. calling2 plak bf kata tiket dapat petang nanti. aku cakap, lambat sketsla aku amik dia, aku nak tengok cter semut kat wayang sebab dia tamo temankan aku tengok cter katun. ada disuruhnya aku balik jer, hahahha. aku yg degil neh terus melawan dan mempertahankan hak aku untuk ke ou. so, selamatla aku g ou
lunch kat kenny roger’s sebab ingatkan ada lagik promosi kambing, upanya dah abes. isk isk, kechiwa sungguh. makan jugakla sorang2, sambil usya2 budak practice swimming kat sebelah tu. then bergegas tengok semut. best jugak cter semut tuh. mati2 aku ingat ada sambung prolog dia yg tunjuk menatang ice age yg pegang pine cone tuh, so aku sabar tunggu sampai abes credits, skalik takder. hahahahha, tensen aku. lepas tuh lari2 g semayang zuhur
then jemput incik bf kat setapak. sabo jerla aku, punyala bersungguh2 pakai baju berkolar, pakai kasut, nak ngedate sama aku. hahahhaha, ingat nak g interview ker? isk isk. kata dia kat aku “saya nak pakai selipar tp takut kang awak malu plak” hmmmmm, gitu yach? takperla, pakai selipar kang ada plak orang pijak2 kaki yg sakit tuh, hehehhe
then kitorang pon pergila mont kiara dengan penuh semangat juang. sambil2 tunggu umie, sempat plak main2 ngan kerengga yang menyakat dia. dia kasik kat aku, ada aku main2 plak ngan kerengga tuh. last2 dia kuis kerengga tuh sebab kerengga tuh geget jari aku, hahahhaha. ada plak kena geget kerengga aku jerit jer tapi tak plak aku jentik kerengga kat tangan aku tuh
pehtu, dah masuk, kitorang pon dok bersila kat depan2. orang tak ramai lagi pun. maybe ramai ingat start malam kot. kitorang pon sembang2 sambil aku usya2 orang. ternampak plak sorang mamat kiyut, hahahahha. pandang jer, takla report kat dia. kang ada plak orang majuk. camner nak balik jalan kaki? kaki dia sakit, wahhahahahha
bandi amok jadik mc ari tuh. sambil merepek2, membuat lawak2, sembang2, dia jugak nyanyi2 untuk kitorang yg boring bila orang set-up equipment
start dengan lefthanded. aku besa2 jer takder perasaan. man kidal goreng guna gigi pon aku takder perasaan, hahahahhaha, sabo jerla
then ari lasso plak. ini aku suka gakla, sebab aku hafal lagu2 ari lasso. walau dia bawak lagu2 yg aku kureng skits, dia nyanyi gak lagu2 fav aku. paling tak tahan, dia nyanyi ah lagu dari album baru dia, lagu fav aku tajuk dia cinta terakhir. dia kata, album neh akan berada di pasaran malaysia start isnin depan (means today la kan). waktu dia nyanyi sumer senyapla. well, except for me yang nyanyi kuat2 bersama ari lasso, duet, hahahha. mamat2 keliling aku wat muka kompiyus, asal la minah neh tau lagu tuh, hehehehhe
stop for maghrib jap. then start balik dengan ratu. gler ah si mulan seksi nak mampos. pakai ala2 mini skirt sejengkal atas lutut kot. gler ah. gedik2 mereka itu di atas pentas. memetik kata incik bf: “ratu perform best ek. buat pertunjukan bogel” hahhahahaha, sabo jerla aku. tergolek2 aku gelak time tuh
then ella plak. ella pon menggedik2 secukup rasa sama lefthanded, peluk2 2-3 round. aku pon perati jerla tanpa perasaan. then apek keluar, duet ngan ella lagu dunia batinku. apek keluar dengan roller blade dia, hahahha. komen kawan umie: “dengan apek tanak plak ella tuh menggedik! tau plak tak lalu!” hahahahhahahhaha
lepas ella wings plak. time neh aku memang rasa tak larat gler. lapar + nak kencing (tahan dari tengahari sebab toilet jj kena beratur plak nak masuk, ramai sangat pompuan dalam toilet) + dahaga gler. so, aku sampai pejam2 mata wishing cepatla abes si awie neh nyanyi. lama2 abesla awie nyanyi. hati aku pon melonjak2. walaupun lama gak diorang nak set-up equipment sebab sangkut kat keyboard, tah hapa problem, tapi nampak jer once ngan andra hati aku bernyanyi2 riang
dhani dah kurus. rambut andra dah panjang, comel cam budak2. once macam biasa ajer, mantap, hehehehhe. tyo takder, injured lagik kat kaki, ganti ngan sapa tah nama mamat tuh (aiyooo, guwe lupa neh). yuke pon ok2 jer. can’t see much of him, sebab aku park kat sebelah kiri pentas, depan andra, hahahhaha
sempat main2 mata n lambai2 andra ngan once 3-4 kali. sambil jerit2 nama andra 2-3 kalik. they were marvellous, like usual. tapi tak nyanyi lagu cinta ‘kan membawamu kembali, sob sob sob. maybe sebab diorang sedar balik2 nyanyi lagu tuh. tapi lagu pupus tetap wajib ada, hehehhehe
ella di feature untuk lagu sedang ingin bercinta. sekali lagi dia menggedik ngan laki orang itu. komen aku masa mengumpat2 ngan umie n kawan dia: “ada gak kat belakang pentas ella kena belasah ngan maia” hahahhahaha
all in all puas laaa. supposedly diorang kena nyanyi 8 lagu jer. suka2 ati jer dewa nyanyi cam lebih jer dari 8. rindu saya terubat, dapat main2 mata. dapat amik pic andra wat muka tersipu2
abes jer diorang perform, aku hulur camera yang bateri dah nyawa2 ikan kat bf aku dengan ucapan “awak tengokla search sorang2 ek. saya dah tak larat. saya nak beli air. kalau saya takder kat tepi2 tu (tangan tunjuk2 kat tepi padang), cari saya kat gerai kawan saya ek. apa2 hal saya sms la”
so, aku bergegas beli air tebu (import hotel mana tah punya catering, mahal nak mamposs rm3 dia belasah, errr, murahla dari sepang ek? hahhaha), then lepak kat gerai search sambil ngumpat2 ngan umie. then tengok search perform dari kejauhan jer
pehtu budak2 x-schoolmate aku plak datang. slamber he-man tak kenal aku yg comel ini, cewah, hahahhahaha. rerupanya dia baladewa gak. katanya, kalo dia tau, lama dah ajak aku ke mana-mana ada function yg ada dewa tuh. lepas neh leh kiv aku, kata dia, yehaaaaaaaa
then bf sudah miskol aku. dia tak nampak kot aku melepak tuh. tak pun malu2 nak jumpa kengkawan aku. so, aku permisi laa dolu
kat luar ada orang jual tag. ada tag dewa. incik bf point out. aku belek2 dah. skalik kata rm5, tak jadik terus laa, sebab aku ada rm7 jer. aku pk kang nak pergi makan lagik kan. pastu dalam keta bila aku cakap camtuh, incik bf kata “laaa, asal tak cakap??” hehehehhe *blush*
kami pon kemudiannya bergegas balik kj. sebabnya aku nak amik baju, nak tido umah member aku kat setapak. malas aku nak pusing2 lepas anto bf aku tuh balik. so, sumbat2 sumer, then kitorang g makan. kena belanja. suka2 (sebab selamat duit rm6 aku), hahahhaha
then balik umah member aku lepas drop him off untuk dia collect motor dia. gitula seadanya. kalo dah upload pic konsert saya inform, okeh?
sambung siaran di lain hari, daaaaaaaaa