nothing and everything, all at once

Ogos 29, 2006

segenggam cili api seekor ikan

Difailkan di bawah: entah — by muna @ 6:11 am

lama tak blogging. kalo blogging pon dah jarang2, semput2 jer. tatau apa nak type. cerita nak cerita ada banyak, tapi otak tatau nak mengulas dan menganyam cerita2 tuh supaya nampak elok bila diblogkan. hahahha, macam laa aku neh jenis menulis guna bahasa baku ek? walaupun saya cenderung menggunakan bahasa berbunga2, tapi saya cuba elakkan bila nak berblog sehari2, supaya takder plak yang muntah2 baca. kalo tulis novel takper, kasik bunga2 gegiler pun takper. pasal dah namanya pon novel.

tajuk entry hari neh serupa itu kerana aku masak dengan sungguh pedasnya. masak sambal cili api kembung campur dengan belimbing. belimbing kidnap kat pokok pagi semalam, dalam samar2 fajar dan hujan plak tuh, hahhahaha. ari tuh laa g giant nampak ikan kembung, tergambar2 pulak sambal cili api campur belimbing. bajet2, belimbing tengah ada kat rumah, so, beli jerla kembung tuh. pokok belimbing tuh adala 2m jaraknya dari dapur umah aku, hehehe

asal2 esok nak buat party birthday. sejak umur aku berapa ek, memanang dah aku jadikan amalan, mencelebrate kehadiran aku di muka bumi ini. ehh, dah aku neh best kan, mestila celebrate. kalo aku takder, korang tak dapat dengo aku bebel, baca blog aku, dengo lawak2 aku, dengo cter pasal kimi aku, hehehhe. namun, ada aral plak melintang menegak, cik puan sue takleh join. mana bleh kalo cik puan takder, dia kan penambah perisa. lagipun dia kan sama birthday ngan aku, kenala ada dia. jadinya, kita tunda duluuu

tiba2 ilang plak ilham nak membebel2 lagik. jadi, nanti2 yer korang. until then, take care. daaaaa

Ogos 23, 2006

birthday entry..

Difailkan di bawah: birthday, ucapan — by muna @ 6:48 am

last thought b4 i went to sleep yesterday:

“malam nih malam last aku pejam mata sebagai manusia berumur 26 tahun”

anyway..saya jumpa dia ini bila saya start keje ngan company sekarang ini. dia tuh plak trainee kat situ. mender mula2 saya perasan, “aik, henpon dia sama ngan aku. kaler jer lain”. perkara kedua plak dia perasan n cakap sama aku, “eh, sama la purse kita”

dolu2nya, masa tak baper rapat ngan dia, kekadang ada gak saya neh terasa ati ngan dia yg suka laserina itu, hahahhaha. but then, setelah berkenalan rapat ngan dia, saya tau apa2 dia cakap tuh, she really didn’t mean it, hmmmm

then, ditakdirkan bila dah abes project, n we both were accepted as permanent staff kat company bertuah ini, makanya, dengan suka2 ati saya ajak dia serumah ngan saya. dia carikkan bilik yg kami sewa sekarang and kami pon duduk sebilik ngan dia plak

makanya, saya pun kenal ah dia lebih lanjut lagik. she’s the younger version of me, hahahhaha. abesla, dia ngeri membaca statement ini bila mengenangkan, huru haranya “her older version”, hahahhaha

walau tak pernah saya nyatakan di mana-mana, hatta menyebutkannya di mana-mana pada siapa2 sekalipun, she has been my bestfriend and hopefully sampai bila2 kami akan menjadik begini juga, amin

buat sue, semoga Allah memperkenankan semua doamu, semoga sentiasa dilindungi-Nya, semoga bahagia selalu, dunia dan akhirat. terima kasih for being my bestfriend..

untuk semua yang wishkan saya:

bf yang terchenta: apola silap ingat besday saya awal sehari. awak tak sabar2 dah ek hidup tanpa saya, then awak wish saya lahir sehari lebih awal? hehehehhe. ada plak malam nak besday saya, awak hantam tertido. pagi2 g meraung dalam sms kata tertido plak. takper, sempat lagik, ada 30 ramadhan untuk wish saya, okay?

alongku shizah: mekacih sebab ingat besday aku tetiap tahun, hehehhe. apola co asyik anto merata2, baru ngat nak bbq, huwaaaa

adikku nana: mekacih sebab ingat lagik kat besday aku ini, hehehhehehe

sue: pe kekdahnya ko menjerit pagi2 buta tadik? happy sangat ek? hahahhaha

mak dan ayah: terima kasih kerana melahirkan dan mengasuh diri ini. terima kasih atas semua doa

my companion (anda tahu siapa anda, hahahha): tq wish saya . kek takder?

sayangku (anda juga tahu siapa anda, heh): mekacih2. jangan lupa banana chocolate 1 slice. kalo nak beli whole tuko kek lain ah, boring makan sebijik banana choc tuh, hahahha

wan liana: mekacih2. nanti ada masa kita buleh ronggeng2 lagik together2

hasna: mekacih lagik. tak silap dah kan ingat besday kitorang? hahahhaha

pichie: aiksss, asal plak tetiba ko bleh ingat besday aku? hahahaha, scandalous thought plaks muncul lam fikiran ini

yatie: mekacih2 atas wish itu

my dearest: tq for singing the happy birthday song. walaupun ditype oleh jari2 jer, tetappp aku nak imagine ko karaoke kan, hahahhahah

farina: i’ve been waiting for your wishes since this morning, ingatkan dah lupa, hehehhe. tq

nik: mekacih

dan untuk mereka2 yang tak wish lagik n akan wish aku lepas aku post entry neh, terima kasih semua. doakan saya bahagia2 selalu ekk, hehehhehe

*nyanyi lagu jamrud – selamat ulang tahun untuk diri sendiri* hahahhahah

p/s: esok anniversary yg ke sebulan. erkkkk, i’ve never thought i would remember date2 seperti ini, hahhahhhah

Ogos 22, 2006

buat yang teristimewa..

Difailkan di bawah: birthday, ucapan — by muna @ 6:15 am

ayahanda saya inilah, semasa saya adalah bayi yg suka menanges, suka2 ati mencium saya yg baru lelap setelah dihayun sekian lama oleh mak dan membuat saya melalak kembali

ayahanda saya inilah yang tiap kali dengo bunyi kereta dia balik sekolah masa kanak2 dulu, akan saya melompat2 berlari menyambut dia. time pagar rumah kitorang sempit, kena u-turn kat rumah jiran. maka saya pon ikut u-turn. kekadang ngada2 nak tukokan gear kereta (errkk, adakah kecik2 saya menunjukkan bakat jadik driver f1, hahahha)

ayahanda saya inilah, yang waktu mengajar saya mengaji muqaddam, lupa huruf, kena ulang baca dari 1st page alif ba ta semula.eh, dia tak marah. dia cuma cakap “huruf apa? tahla, ayah pun lupa. meh kita baca sama2 dari alif balik” huhuhuhuhu. then ajokan saya mengaji, dia angguk2 jer bila saya lentung semua, takder ikut segala mad mad dan bacaan yang betul. slalu kena marah ngan mak “anak tuh baca salah, betulkan laa”. dan waktu suka2 ati saya, baca sadaqallah sebab baca ayat ending “fil kubur” dengan alasan “eeee kubur, takutttttttttt”. ayahanda saya jugalah yang asyiknya angguk2 “ayah, kenapa ayat nih ada perkataan dadah? cerita orang isap dadah yer? tak baik kan isap dadah?”

ayahanda saya inilah yang menimbulkan semangat nak belajar membaca dengan suka2 mereka cerita lain-lain walau bukunya sama, bila saya minta dia bacakan. last2 pandai saya baca sebab blajo ngan mak

ayahanda saya inilah, yang saya terdengar, memberitahu mak saya, biarlah saya membuat keputusan saya sendiri, walaupun masa tuh saya kanak2 lagi

“biarlah dia. nanti sampai masanya dia pakaila tudung”

“biarlah dia buat keputusan sendiri. nanti kalau apa2 jadi, takla dia salahkan kita..”

ayahanda saya inilah, yang dari kecil2 membawa ke tua dah ni, segala mala cerita saya discuss ngan dia. hal2 saya minat budak itu dan budak ini. hal2 saya berkawan dengan budak itu dan budak ini. hal2 pad abis, mari singgah beli pad sekejap. hal2 duit tak cukup, nak duit (masa lom kerja), pinjam duit (masa dah kerja)

ayahanda saya inilah, yang cool, yang sarcastic, yang suka membuat lawak bijak pandai/lawak bodoh sesuka ati dia, yang penakut masa muda2 (masa bujang tido kat ujung kaki arwah nenek, huhuhu), yang serba tau sebab suka membaca, yang tak pernah menghalang saya membuat apa2 yang saya nak, yang selalu menjadi guidance saya

saya takkan pernah boleh membayangkan hidup tanpa dirinya

ya Allah, limpahkan rahmat buat ayahdandaku ini dan berilah kebahagiaan kepadanya dunia akhirat. juga murahkan rezekinya dan lindungi dia selalu sebagaimana dia melindungi aku sejak lahir..amin

selamat ulang tahun yang ke-65 buat ayahanda tercinta..

Ogos 16, 2006

kisah macam-macam

Difailkan di bawah: kisah silam, merepek — by muna @ 2:39 am

fantasy is such a nice thing to have. at least until reality check-in and fantasy is no longer enough. biasala, manusia mana pernah puas dengan apa yang dia ada (aik, cam familiar jer ayat neh, huhuhuhu)

by the way, bf saya yang terchenta itu, yg prone to accidents tuh, jumaat lepas berjaya accident sampai jatuh2 moto, sampai luka kat kaki kena jahit2. sian ngan dia. malam2 bila painkiller dah wear out, mesti dok sms “awak dah tido?” hehehhehe. nak suruh saya jampi ekk? waktu 1st time dok type ayat jampi kat dia, mengekek dia gelak (errr, gelak dalam sms ler)

masa kecik2, arwah nenek slalu la dok menjampi cucunya yang nakal neh. kejap2 luka laa, jatuh laa, apa laa. dahla kuat nanges. so, kalo masuk bilik arwah nenek, duk ngadu2 sambil nanges, dia akan baca jampi. alaaa, bukan jampi apa pun. this is some sort of pantun 2 kerat, tapi dalam bahasa bangkahulu, or lagi tepatnya, bahasa bulang, hehehhehe. beginilah bunyinya:

rama-rama dalam baju
makin lama makin gadu

gadu tuh maksudnya elok/sembuh, hehehhe. magicallynya, lepas arwah baca jampi tuh, terus rasa tak sakit. mesti stop nanges. so, kalo arwah takder, slalu suruh mak yang baca jampi tuh. sambil nanges2 mesti demand “mak jampila macam nenek buat tu!” hahhahahahha

lagi satu perangai aku yang bukan2 masa kecik, suka ambin. ambin neh, berdukung guna kain batik lepas yang panjang tuh. kekdahnya, kena belit2 kain tuh kat si tukang dukung. kalo perasan, maid2 indon selalu gak buat. sampai kat gemas, cina2 pon dah pandai ambin, hahahha. haa, dukung cenggitu, asal dari indon la tuh. anyhow, mak aku tak pandai. tapi masa kecik, mak sedara aku yg jaga. bila aku melalak2 tanpa tujuan, dia akan dukung aku cenggitu supaya dia leh membuat keje sambil mendukung aku tuh. balik2 aku demand mak aku “mak, nak am!” am adalah singkatan ambin yang suka2 aku singkatkan sendiri, hahahha. mak aku terpaksa plak blajo camner nak mengambin anaknya ini

aku rasa memang best ler mak sedara aku tuh. aku slalu meraung gak masa kecik “nak makkk nak makkkkkk” mak aku kata “mak la nih” suka2 ati aku menjawab balik, “bukan mak nih, nak mak lagi satu!” hahhahahaha. slamber ada 2 parents masa aku kecik kan?

aiks, merepek2 plak aku? sebenarnya nak cerita pasal mender lain, tercerita plak mender lain. next week is my birthday. birthday wish tahun neh, nak dapat bf, hahhahahaa. but then 1 month before my birthday, dah ada plak orang ngaku “saya kan bf awak” erkkk. ahh, tak kira. that 1 tak kira. sebab belum realiti tv lagik, hahhahaha. tuh baru 1/2 tercapai tuh. tatau ler nak g jumpa dia ker during my birthday huh? takut plak kalo jadik “mimpi ngeri di harijadi ke-27″ hahahhahha

what do u think? hmmm

Ogos 11, 2006

busy weekends ahead

Difailkan di bawah: kegiatan halal dan haram — by muna @ 10:00 am

weekends ini, sebab takder f1, dan sebab dah lama tak stayback kat kl during weekends, maka telah saya mempropose kepada diri saya sendiri untuk beronggeng sakan kat sini, wohoooo. makanya, tersangatlahhh sibuknya saya dengan perancangan diri sendiri, sampaikan bf saya pon macam tau2 jer saya sangat sibuk, bila diajaknya jumpa, dan saya kata minggu neh tak balik kg, dikatanya saya tuh sure bz. erkkk, sian bf saya itu yer, isk isk isk

okay..my plan for this weekends:

1. jumaat malam sabtu: booked by wan liana to window-shop (read: saya yang nak shoppingnya neh, hahaha) and wayang after that

2. pagi sabtu: tengok my godchild, wafa, at keramat bersama2 my friend anie (saya baru 1st time nak bersosial live ngan anie neh. actually my derarest punya kawan neh. dia kenalkan kitorang through ym sebab kata dia, anie neh pon suka lagu indon cam saya, hehehhe)

3. petang sabtu: acara masak2/prepare untuk bbq ngan ayu kat umah dia kat ampang

4. sabtu malam ahad: acara bbq n sosial n ngumpat etc kat umah ayu

5. ahadpagi tak pagi, tapi tak petang until late (read: sampai letih/penat/dah puas ati): acara shopping spree sambil jalan2 menjamu mata ngan my companion. target place nak jenjalan: around sunway and possibility to ter’sesat’ sampai ke mines, hahahhahaha

there, dah penat2 tuh, tido2 n tengok cter yang dah bersungguh2 dl plak ahad malam isnin tuh. isnin dah kerja balik. yah yah yah, dah tiba masa nak balik n menyibukkan diri di hujung minggu. take u all, daaaaaaaa

kisah hari jumaat

Difailkan di bawah: fikir2 — by muna @ 9:49 am

rasa macam rajin gak nak menulis report grandprix hungary, tapi nanti dulu lah. di hari jumaat neh tetiba nak sembang pasal mender2 baik plak, huhuhuhu

lately banyak betul cerita pasal orang murtad2 neh. ari neh member siap kasik link website orang murtad kat malaysia neh ha. tah ler labu, ramai gak claim datang dari keluarga yang kuat iman ler apa ler. anyway, aku cukup tak faham ler orang yang dari islam, buleh plak dia murtad jadik kristian, huhuhu. for me, kalo cakap dalam bahasa it, dah mendowngrade os, dari pakai xp, turun pakai wins 95, yang takder dah sapot2, hahahhaha. metafologi neh tak betulla dalam konteks sebenar, sebab islam tuh jerla agama yang benar

islam tak pernah pun tolak, nabi isa tuh adalah rasul. cumanya, orang2 murtad neh, tak reti kot nak hayati surah al-ikhlas. isk isk, mana la bleh Allah tuh ada anak. sesunnguhnya Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. dah. fullstop. pehtu siap2 kasik terjemahan (terjemahan bukan tafsir) ayat2 quran, nak buruk2 kan islam. paling tak tahan, ada plak yang dok ulang2 cakap, islam menindas pompuan sebab katanya dalam quran tulis pompuan yang melawan kena pukul, hahahhaha

sesapa yang tatau n tamo amik tau tuh, let me explain here:

1. pompuan nusyuz jer kena treat macam tuh

2. tak semua pompuan melawan tuh nusyuz. e.g. kalo dia lawan laki dia suh wat jahat, tak nusyuz la namanya. tapi kalo dia melawan mender2 syariat islam n mender2 baik, barula nusyuz

3. teguran suami kat isteri yang nusyuz start dengan meninggalkan tempat tido dia. pehtu, kalo degil lagi, barula bleh dipukul. tapi tatau plak ker plak ada hadith sapot yang mengajar camner nak pukul isteri neh? 7 batang jerami (or is it 3, correct me if i’m wrong) dan dipukul pada tapak kakinya SAHAJA. mana buleh belasah sesuka ati weiii

for me, islam adalah agama yang paling melindungi perempuan. tugas pompuan yang dioutline dalam islam, yang utamanya adalah melayan suami pehtu mendidik anak2. mana ada tulis kena masak, mengemas, dah cam jadik orang gaji kat umah, huhuhuhu. nabi junjungan kita sendiri, menolong isteri membuat keje rumah. tuhler diorang tamo amik tau atau wat2 tatau

lari skits dari isu ornag murtad, masuk isu orang kafir plak. orang kafir slalu dok cakap islam neh ganasla apala kan kan. apa2 hal berbalik semula kepada zaman nabi junjungan kita, Muhammad s.a.w

nabi kita tuh, sangat2 la penyabar orangnya. pernah dia tengah semayang kat masjid, ada orang bubuh najis unta kat kepala dia, tapi dia sabar jer. ada orang bubuh duri2 kat depan rumah dia, masa dia nak pergi masjid solat, sampai berdarah2 kaki dia, dia sabar jer. takder plak dia amukkan satu kampung dengan pedang, huhuhuhu

kalau2 ada kerosakan akhlak, segala kekurangan pada orang islam sekarang, semuanya adalah datang dari diri mereka sendiri. sendiri yang taknak menghayati islam. sendiri yang taknak menjalani hidup 100% islam. apa2 kekurangan adalah pada umat tuh sendiri, bukan pada islam

pernah neh, ada a friend of mine, suruh aku lawan berdebat ngan mamat omputeh mana tah yg dok hina2 nabi kita, tapi aku tamo. sebabnya, ilmu aku bukanla tinggi mana pun. nanti buat malukan islam jer. aikss, nampak plak salah aku ek kat sini, dah tau ilmu tak cukup, pergila menuntut, hahahhaha

takperla, banyak betul kalo aku nak menjawabkan setiap tuduhan orang murtad/kafir neh. semoga Allah memelihara keimanan aku dan umat islam yang lainnya. semoga jugak kebenaran akan terbukti..

Ogos 3, 2006

kisah merepek2 ajer

Difailkan di bawah: merepek — by muna @ 10:32 am

sungguh best ada companion neh. di hari yang mulia ini, aku nampak iklan pizza domino yg ada buh wedges. wahhh, kecur. balik2 dok ym la my companion. pehtu dia terus menyuruh aku g beli

aku: mana abes nak makan sorang2
dia: makan ngan aku laa

*opsss* hahahahha. best kan best kan? tapi tuhla dia. bercakap ngan orang2 oldies yang lahir zaman 70 an nih. suka benar cakap berkias2. tapi saya kenal sorang yang lahir tahun 78 yang cukup anti saya berkias2. aku cakap neh sebab my companion tuh tak pernah kasik jawapan tepat. sama laa tuh dengan my bf tuh pon. lain aku tanya, lain dia cakap balik. pandai2 jerla aku nak tafsirkan, hahahah. kisah member aku yg lurus bendul n marahkan aku yg tak straight neh:

dia: hang guna abis ka dvd tu?
aku: dah..ko gak yang suruh try semua!
dia: laaa, aku tanya hang elok2, hang cuba jawab terus, ya ka tidak

hahahhahha, sungguh berdrama kan? anyway, saya jugak nak menyatakan, bestnyalaa ada bf neh, yang dok melayan karenah aku yang bukan2 neh. anyway, ada plak orang rumah aku yang dah terkena aura apa tah, sampai suka2 ati dia ajer mencilok aku punya vitagen dalam peti ais. weiii, aku sayang perut aku ajer, bukan sayang perut ko, bakka!

makanya, sedap2 rasa aku mengadu semalam kat bf yang terchenta itu, ehem. dia pon dok nasihat sama jer cam aku nasihat sue, yg pinggannya dikebas orang rumah aku, siap sorok tuh. sue amik, simpan lam almari, dia leh selongkar n kebas balik masuk almari dia, huhuhuhu

bf terchenta: awak tulis la kat vitagen tu ini muna punya. mencuri tu berdosa

tergolek plak aku gelak masa tuh, wahahahhaha. panjangnyaa laa nak menulis. pehtu aku gedik2 plak cakap kat dia

aku: huwaaa, nak nanges gak suruh awak pujuk
bf terchenta: lor, saya plak? awak pergila amukkan 1 rumah tuh, tanya siapa yg amik
aku: laaa, awakla kena layan saya gedik2 neh. takkan nak gedik2 kat orang rumah saya

wahahahhahaha. pehtu dia tak menjawab, bahkan terus kasik nasihat berguna itu. retinya, dia setuju la tuh, fungsi dia la tuh jadik pelayan aku yg menggedik2 tak tentu hala neh. owhh, seronokkkk

hmmm, padahal saya memang suka menggedik2 pon tak tentu hala. my dearest used to pujuk/nasihat/bebel me whenever aku wat icon menanges. tak pernah la plak fail dia balas dengan bertanya “ko kenapa?” hehehhehe. my companion pon slalu layankan aku menggedik, tp slalu gelakkan ajer kalo aku ngadu2 tuh. hmmm, my bespren pon slalu layankan kegedikkan aku

untuk semua orang yang sayangkan saya itu (ker, terpaksa ajer melayan aku menggedik? hahahahah), thanks berat yah! aku juga sayang kamu

germany grand prix – report

Difailkan di bawah: f1, my kimi — by muna @ 1:32 am

pardon me, your loyal reporter for not reporting the france grand prix, as i’m supposed to do. hmmmmm, dahla last race, too pissed off to report anything ek? this time around, too bored actually to report anything. at first, i thought it was only me. tapi baca2 kat forum, sumer pon camtuh, hahahhahaha

ok, 1st time this season, kimi finally managed to snatch pole. amatla suka hati saya melihat muka tak pueh ati si michael sebab kimi pole. kimi plak kasik saya senyum kiyut dia masa press conference, ahhh bahagianya hidup on race day plak, saya nak report pendek2 jer. sebab dah lambat dah neh, nak balik umah dah neh dr ofis, hehehhe. on race day, baru jer start race tuh, adik nico suka2 ati membabaskan diri dan melanggar tembok, abess kereta berkecai. memang tak ramai pon yg abes race kimi masuk pit kat lap 10. sungguhla saya hairan. kalo stratergy pon, apa jadah bari 10 lap dah masuk pit? iskkkk. dah ler rear tyre kimi pusing2 lagik tamo stop. terusss lambat dia. rejoin balik no 8, huwaaaaaaaaa. kesian kimi terpaksa berusaha kerasss

mula2 saya mengomel dan bising2 kat forum kimi.yerlaaa, apo punya race engineer yg plan strategy bangang cam tuh? kalo setakat camtuh jer, baik aku jer jadik race engineer, muahahhaha. but then somebody giving me the info. actuallynya, semalam during qualifying, bila nak masuk final qualifying, ada masalah dengan nozle hose nak fuel kimi neh. terussss, fuelnya ngak masuk. masuk skits jer. tuh yang lepas takat 10 lap jer tuh. hmmmm. lagipun ron dennis mati2 target sumer buat 3 stops. mana tau skalik ferrari buat 2 stops ajo, huhuhuhu

anyway, kimi memang dah berjaya pull away daripada michael. if only he had 10 more laps to go, memang dah jadik contender untuk win laa. and of course if only rear tyre tak spin2 sesuka atila kan. hmmmm. so he was deny once more. ngak pa pa lah. pastinya minggu ini bisa diusahakan lagi yah. gambatte ne, kimi! (terimagine plak jepun punya nada sebut, hahahhaha)

kesimpulan ringkas performance di hockenheim:
1. renault merosot berbanding orang2 lain

2. ferrari meningkat berbanding renault

3. mclaren meningkat, tapi tak abes2 dengan masalah technical kecik2 benonya, but gave huge impact on the race

4. toyota pon meningkat

5. honda pun meningkat

6. bmw menurun skets berbanding race lepas2. impact takder tanduk kat keta ker bang? wahahhahaha

yang lain2 besa2 jer. aku tak notice, retinya biasa2 jerla tuh. sebab aku kagum, mari lihat screen tengok kimi pole! yehaaaaaaaa. until next race, daaaaaa


p/s: abang cannavaro aku suka kimi pole, wahahhahaha

Dikuasakan oleh WordPress