nothing and everything, all at once

Mac 31, 2006

gambo telah berjaya diupload

Difailkan di bawah: f1, my kimi, promotion — by muna @ 7:48 am


Picture 135
Originally uploaded by ilovekimi.

kawan2 yang belum tau, ini ada satu pemberitahuan. for those yang nak tengok gambo2 kat sepang itu ari, yang diambik oleh aku, yang telah dijanji2kan (and a few yg bukan gambo kat sepang pun ada), silala masuk, jangan malu2 ke flickr saya ini:

http://www.flickr.com/photos/ilovekimi

errr, malas nak menulis entry benonya. tunggu jer report daripada albert park, melbourne esok dan lusa (insyaallah kalo sempat)

until then, daaaaaa

Mac 29, 2006

saya yang busy

Difailkan di bawah: kerja — by muna @ 10:01 am

ehem. selamat sejahtera korang2. lama sudah kita tidak ketemu yer. al-maklumla, saya dilanda kesibukkan plak 2-3 ari yang lampau. for my dearest, dia taulaa aku nih not available, but for the rest of you, lupa plak nak tinggalkan pesanan penaja. maafkan saya ek

ym pagi tadik:

aku: bukan dah cakap ker saya takder kat ofis?
dia: mana ada cakap..

hehehhehe, sorry laa yer especially pada korang2 yang merindui diri ini, cewahhhhh

hmmm, where was i semalam n kelmarin? i was at education summit kat crowne plaza mutiara hotel. huiyooo, 1st day jumpa menteri pengajian tinggi si mustafa apa tah tuh, 2nd day jumpa hisyamuddin plakkk, hahahhahaha. nanti saya kasik gambo2 dr event itu

sebut pasal gambo, so sorry pasal belum gak loading2kan gambar di sepang. orang dah g melbourne, gambar sepang aku lom gak upload. tengah2 upload ini ari, tetiba bateri abess, terus stop transfer, hahahah, esok ek korang2, insyaallah

tadik ada lagik manusia ym saya, balik2 mau pertikaikan kimi sama saya. dahlaa, letih dah nak menjawab. walau apa pun orang cakap, saya tetap akan mempertahankan, bahawa kimi laa driver terhebat, until proven somebody lagik hebat dari dia. sudah saya line up kan apa2 kehebatan kimi, so takyahla ulang2 agik

minggu nih agak2 bz la jugak nih. member sekolah 3 orang kawen (2 tuh kawen sesama sendiri, hahahha), pehtu ada race kat albert park. will go to seremban after race, insyaallah. 2 minggu lepas tuh ada pesta malam indonesia. ingat nak pergi ah. so, minggu tuh takyah balik. minggu sebelumnya, kita apply cuti ari isnin sebab selasa itu maulidur rasul, hehehhe

okayla, esok2 kita cerita agik. until then, take care. daaaaaa

Mac 24, 2006

quick update – sambungan taggie 4 lagi

Difailkan di bawah: tagged — by muna @ 8:18 am

aiyoooo, today aku check blog nazirah ini, free2 dia tag aku pasal mender 4 nih lagik. ada banyak sudah aku jawab dalam perkara 4 nih (ada 2 kali dah buat, nih no 3 nih), so, here goes part2 yang blom ada

4 places aku pernah hu ha hu ha rambu ramba
1. balik kampung kat indon – bangkahulu @ bengkulu to be exact
2. jalan2 kejap kat jakarta sebelum balik bengkulu
3. terengganu (rantau abang, dungun, pulau kapas – banyak session gak g ganu nih)
4. langkawi

4 albums yg kalo takder, tak lengkap hidup
errrrrrr, susah nak jawab soklan nih. but here goes 4 album yang ada dalam keta yang aku asyik putar2
1. republik cinta – dewa
2. atas nama cinta 1 & 2 – dewa
3. sesuatu yang tertunda – padi (errr, betul ker tak tah judul album ke-2 padi nih)
4. pejantan tangguh opsss silap, pria terhebat – sheila on 7

aku nak backfired balik, archiq, silala jawab, hahahahahahhaha

Mac 23, 2006

miracle world of disney

Difailkan di bawah: happy2, nasihat dan teori — by muna @ 7:27 am

di suatu hari2 kerja yang biasa:

dia: ko baca nih xxxx ym aku
dia: xxxx: *****, i miss u!
aku: *gelak guling2*
aku: sama jer xxxx tu dengan aku
aku: aku pun nak type
aku: aku: zzzz, i miss u!
aku: but then aku takla ym dia
aku: faham2 sendiri laaaaaa

tak lama lepas tuh

zzzz: sorry
zzzz: aku busy lately

hahahahhaha, aku pun terus paste kat ***** apa yang kandungan kata2 my dearest itu. my dearest yang kalo ym aku, slalunya akan send aku lagu, atau terus ajer direct to the point, tetiba ari nih cam tau2 jer apa isi hati aku, hahahhaha

kitorang dua pun benonya kekadang malas dahla nak persoalkan. sebabnya memang slalu sangat, apa yang aku fikir, dia pun tengah fikir n vice versa. kekadang suka menaip serentak mender yang sama, hahahha. kalaulaaa aku takder pengalaman jumpa soulmate2 terdahulu sebelum my dearest, ada aku dah kagum tahap dewa dewi nih. hairan kan, camner bleh ada seseorang yang fikir sama jer cam kita. kekadang takyah cakap pun, dia dah tau apa kita nak sampaikan

selalu tuh plak, seharian ker my dearest tak ym, pehtu, aku bangunlaa. kekadang g toilet, kekadang g pantry, kekadang g semayang. tau2 ajer aku baru duduk memandang monitor, terussssss ajer dia ym. aku pernah tegur. my derarest dengan riaknya mengatakan, dia memang ada kuasa psychic (yer laaa tuh yunks, hehehe)

hmmm, ada lagik cter2 miracle nih

tak berapa lama dulu, kat depan pc, aku double click nama wadie kat ym, nak ym bespren aku tuh, alih2 terus kuar “oit” kat windows tuh. hahhahaha, tahu2 ajer

ahad lepas, dalam bilik, sambil2 keletihan dari sepang. dok fikir2 dalam hati “awak dah balik bp ker?” tak lama lepas tuh hs aku berbunyik dengan sms yang berbunyi “awak, saya dah nak balik bp dah nih” hahahahhaha

hmmm, kes tanya dalam hati pehtu orang jawab memang slalu gakla. dengan farina selalu, dengan my dearest pun slalu

setahun yang lalu..

aku didalam hati: “sampai lum bungkusan aku tuh ek??”
dia sms aku: “aku dah dapat parcel ko petang tadik..”

isnin lepas, dalam bilik jugak. aku dok fikir dalam hati “sue, bukakan lampu belakang”. beberapa saat lepas tuh, sue pun bukak. bagusssss, kuat kata hati aku ini

okayla, malas dah nak taip menaip, walau ada banyak lagik kejadian2 miracle, hehehhehe. jumpa lagik di lain entry, daaaaaaa

Mac 22, 2006

kerja kerja Tuhan

Difailkan di bawah: f1, my kimi — by muna @ 10:18 am

semalam, dekat2 nak kul 6 petang:

aku: ari nih nak entry tak?
dia: tanak

hari nih, di waktu yang serupa:

aku: ari nih nak entry tak?
dia: nakk!!
aku: ooo, nih mesti semalam kes tak abis baca lagik nih
dia: *kasik icon blushing*

hahahhahah. semalam, kelmarin, aku terpk laa 2-3 topik yg bleh diblog. tapi macam biasa, kes malas laaa plak. kekadang tuh dah ready2 nak menaip, time tu tu jugak takder moodnya, hahahha. nasib baik archiq kata tamo semalam time aku tengah2 maleh nak menaip n mengarang

ok, memula, sambung lagik kisah f1 yang takkan abes2 selagi aku nih fanatic f1. hmmm, aku nak clarify di sini, n membuat pengumuman khas, bahawa sesungguhnya kimi was, still is and will always be my favourite driver. kimi tuh dah jelas nyata menang terer, akui jerla, hahahhaha. selain itu, actually i liked montoya’s driving style. note the past tense in my sentence tuh yer tuan2 dan puan2. montoya dedolu suka drive recklessly, but back then, his driving style almost always produce good result. time dia ngan bmw-williams dulu laa. pehtu dah move over to mclaren nih, abang montoya nih dah kurang menyengat laa, bosannnnnnnnnnnn. kalo drive reckless2, slalu end up memusnahkan harapan team, huhuhu

and this season, nampaknya ada lagik yg boleh dikagumi iaitu adik nico rosberg. adik nico laa harapan aku untuk menghilangkan rasa2 riak si alonso akibat berjaya jadik world champion dalam usia paling muda. pecah rekod konon. but, aku foreseen adik nico, next season, kalo dilamar (for sure punya ah dilamar) oleh team yang ada speed + reliability, pasti pastiiiiiiii akan segera jadik world champion – dalam usianya 21 tahun. mark my word, hahahhaha

alonso, walau dia world champion, aku tak pernah merasakan he got that special something, like kimi. sebabnya, last year dia menang2 pun di saat kimi did not finish, sebab terlibat dalam masalah engine, bad luck etc. satu jer aku leh kasik alonso – his calm driving. aku takleh lupa punyalaaa, this 1 race, michael harass dia, dengan calm jugak alonso menang. kimi, in that race, engine blew up lagik, kot tak silap. dan baru2 nih kat bahrain pun sama laa. slamber potong michael kat pit tuh. errr, ker ferrari memang poyo? hahahhaha. anyway, agak2 sukar sebenarnya to pass a driver in front of you, kalo kereta dia mempunyai speed yang lebih kurang ngan kita. sebabnya, kita dah tak dapat clean air. turbulance created by the front car akan menghalang proses pemotongan itu. so, terror ke tak terror bila kimi potong fishichella on the last lap kat jepun tuh? hahahhahahaha. so, slalunya kalau duk kat belakang orang tuh, harass jer, harap orang tuh loss dia punya composure, pehtu make mistake, hehehhe, tuh ler the best bet yang bleh dibuat

michael? sapa tuh? hahahhaha. dalam reramai driver f1, gamaknya aku paling anti sama michael laa. maybe bawaan semenjak zaman mika hakkinen kot? pehtu jadik rival kimi plaks. pehtu sekarang, memang dah tua laa. patut2 ajerla bersara. 2-3 season lately, slamber nampak michael melakukakn mistakes yg tak sepatutnya dilakukan oleh seorang world champion, or should i say FORMER world champion?

kimi asyik2 bad luck, semuanya kerja Tuhan. selagi Dia lum cakap “kun fa ya kun” selagi itu kimi lom bleh jadik world champion. aku dah jenuh dah nak pk ngapa kimi asyik bad luck. nantilaaa, aku suruh dia mandi bunga 7 telaga, hahahhahaha

takper, bila tiba saat kimi menang nanti, dapat gak title world champion nanti, sapa2 yg slalu beking2 aku, provide me with understanding n support, ke atas kesukaan aku ke atas kimi, akan ku open table, hahahha. begitu jugak pada team-mate sekalian, yg setia bersama team dikala susah dan senang

p/s: archiq, cukup tak entry nih untuk menggamit archiq kembali ke pangkuan team mclaren mercedes? hahahhahaha

Mac 20, 2006

sepang – part 3 (race day)

Difailkan di bawah: f1, my kimi — by muna @ 8:35 am

give kimi a disaster on qualifying day, be it an engine change, or a greater disaster that forced him to use a spare car that made him starting last on the grid – the result: finish 3rd on the podium. give massa an almost exact problem that made him start last on the grid, the result: 5th (after kimi accident, adik nico keta berapi, webber keta problem also). give kimi a 10 place penalty yg force him to start at 17h place (in japan last year) – the result: a fantastic win! give michael a 10 place penalty so that he started in 13th place – the result: 6th (tuh jer ko mampu? hahahha)

sebelum race start, aku terkejar2 jumpa kimi n terkejar2 solat zuhur. pehtu posing kat tepi skalik block aku tuh untuk memerhati n menangkap gambo start/finish line and all the chaos b4 race start. sungguh semangat sehingga tertinggal ear plug aku di dalam bag kat seat aku. nak g amik takut tempat strategik aku tuh kena rampas. so, aku relakan ajer ah telinga aku bergegar untuk start of the race itu

pas ajer kereta berlalu, aku bergegas balik ke seat aku, sambil mata intai2 screen kat atas bangunan paddock tuh. tetiba aku nampak kimi aku terbabas. huh? what the %$@$#? aku dah nak nangis dah time tuh. yerla, dahla letih, dahaga, panas, kimi aku terbabas plak tuh, huwaaaaaaaaaaaaaaa. aku nih memang emosi skits kalo melibatkan hal2 kimi nih. i could feel his pain. tapi, dengan semangat f1 yang membara, aku teruskan jugakla melihat dengan tabah, kali nih sokongan bertukar kepada abang montoya plaks. tiap kali lalu aku tepuk2 tangan kekunun kasik semangat. tak lama lepas tuh nampak keta klien masuk pit. kalo aku tau itu sumer angkara klien, sudah aku terbang n menyepak dia di ketika itu jugak, huh (aku benci kauuuuuuuuuuuuu klien!)

errr, kekadang aku perati keta kitorang nih, cam bungkusan cekelat pun ada, kilat2 kat circuit. hahahhahaha. bernafsu ajer aku nenok. dahla takder keta lain cam keta kitorang yg kilat2. kalo tak mesti aku tertukar ngan keta toro rosso ker super aguri tah, yang ada merah2 kat top dia

what i can say is, montoya not fast enough, n letting the frunt runners tinggalkan dia. aku memang kureng dengola apa commentator cakap sebab aku pakai ear plug. yerla2, next year saya akan dapatkan menatang radio communicator sepang yang merah tuh (kalo tak merah lama dah aku beli gamaknya, hahahhaha). so, ari nih baru aku baca, abang montoya aku cakap, sebab masalah tayar, dia tak dapat nak laju. lepas pit stop baru dia laju. haa, betul ah tuh. lepas pit stop dia sempat kejar button. tapi lepas tuh dia masuk pit stop untuk kali ke-2 plak, hahahha, so tetapla no 4 abg montoya aku

williams plak aku nampak agak2 melaju jugak. tapi mereka umpama mp4-20, laju tapi tak baper reliable. honda is back for this season. ferrari yang disebut2 oleh budak itu sebelum ini, aku merasakan agak kehampessan due to their engine reliability. aku rasa, last season pun takder keta mclaren kena tukar engine dedua, hahahhaha (kalo aku silap sila betulkan)

the result, kemenangan berganda untuk renault. congrats kepada fisichella yg berjaya kali ini lari daripada bayangan alonso. congrats jugak atas kemenangan berganda renault yg sudah lamaaaaaaaaaaaa tidak mereka kecapi. memang susah nak dapat 1-2 dalam team, hehehehhe

renault kekal ditangga teratas dengan 28 mata diikuti oleh mclaren dan ferrari masing2 berkongsi 15 mata. alonso kekal di atas buat masa ini sahaja dengan baki perlumbaan ada 16 lagik semuanya

click here for a full result

okay korang2, jangan lupa to check pic2 yang ditangkap di sepang. will be uploaded as soon as i can. nanti saya kasik link

picture: courtesy of alisa n her camera (tapi tukang amik gambo dia, aku lerr, hahahha)

until then, see u all in melbourne plak untuk melihat aksi2 hebat kimi saya. daaaaaaa

sepang – part 2 (qualifying)

Difailkan di bawah: f1, my kimi — by muna @ 5:04 am

the advantage over this new qualifying system is, you get a fresh start every time you move on to the new circuit regardless your former performance. so, tak kira laa ko dapat 1st kat former circuit, or ko dapat last, ko akan dapat a fair chance to prove yourself (and of course your car) at the new circuit

realibilty has been always an issue, here, in our team – mclaren mercedes. we seem to compromized the realibilty over speed. but realibility is no more an issue here. after a hot race kat bahrain, our cars seem to be in a good condition. tambah2 lagik, kat malaysia nih pun panas tak hengat punya. kitorang takyah nak tukar engine bagai, tak macam ada team tuh, kena tukar dedua engine keta depa (sempat agik aku kutuk ferrari, hahhaha)

so, in the 1st stint, we seemed fast enough, with montoya mendahului kimi aku.diikuti oleh coulthard, button n massa

2nd round, button plak dah mencepat diikuti fisichella, alonso, webber n kimi

final round, fisifirst (headline red bulletin – an almost independent f1 bulletin, kata mereka), diikuti oleh button, adik nico aku, michael (kena tambah 10 places sebab engine change), webber, abang montoya aku (wohooo), kimi aku (i love you bebeh!), alonso, klien (jahatttttttttt, tak suka kauu!) dan lain2 lagik, aku dah maleh nak tulis, hahahhaha

during final round tuh, kimi aku tak dapat clear line, asik mengekor orang, asyik menelan turbulance orang, so that dia tak dapat mencatat timing yang lebih baik. but then, mclaren ada strategy yang baik untuk race. kimi pun muka konpiden, so that aku pun kompiden, hahahahha

teruskan pembacaan korang ke part 3 untuk report race day plak. sekian

sepang – part 1 (personal)

Difailkan di bawah: f1, happy2, my kimi — by muna @ 4:12 am

“mak…adik jumpa kimi” *cakap tak betul, air mata dah bergenang2 happy sangat*
“apa dia?”
“adik jumpa kimi nih haaa”
“alhamdulillah”

hahahhahaha, sabo jerla mak aku. so, here’s the 1st part of my report over what happening kat sepang during last weekends. in this 1st part, saya nak report pasal my personal view n feeling, so don’t expect much technical aspect of the race here, hehehhe

my personal view of my grandstand seat – marvellous. finally, it’s where i want to be! from my seat, nampak straight ke paddock ferrari. mind you, this paddock allocation is not necessarily the same from year to year. dah memang nasib aku lerrr dapat depan2 paddock ferrari, ampesss. telengla aku jadiknya since aku terpaksa meneleng ke kanan untuk memerhatikan paddock kimi kesayanganku itu, hehehhehe. aku nampakla apa yang diorang godek2kan. dan thanks to alisa’s camera yang powerfull, yg leh zoom gegiler, dapatla menangkap gambo kimi kesayangan aku kat dalam paddock dia tuh, wohooooooo. so, next year, i’m mostly certain to be back, to join in the action at sepang (errr, saya takder usd100k to be spared each year untuk enjoy racing all over the world laa. kata kat budak itu: time2 gini laa aku wish aku kaya)

facilities plak, okayla. tandasnya berbau wangi sentiasa, wahahhahahha. makanan mahal nak mampos cam biasa (errr, on race day aku terkantoi kerana membawa botol air, dah brother jaga gate tuh raba2 seluruh bag aku, terasa lak botol dalam telekung tuh. next year aku akan pk taktik lain plak nak menyeludup, hahahha). banyak gak variation dia. pizza, fish n chips, pineapple fried rice, beger; all this, complete meal set which consist of mender2 (salah satu laaa, bukan semua skalik, wahahhaha) tuh, air tin (pepsi/7-up) n sebijik buah lai murahan berharga rm25. hot dog complete meal berharga rm20. air airan berharga rm5. so, on race day, aku telah slamber minum sedikit air paip sebab aku dah tak mampu nak beli air, hahahahha. surau plak, sic supposedly provide a tent yg dia letak platform papan n karpet nipis untuk act as surau (sila rujuk facilities kat plan sic tuh), but then aku tanya info counter kat dalam area grandstand, leh lak minah 2 ekor nih buat muka blur kat aku sambil geleng2. tak islam ker minah2 tuh? muka cam melayu. last2 adik nih yang lelaki selamatkan keadaan, point out surau kat main building. penat aku nak menapak keluar semula. but then, surau kat main building itu selesa laa, ada aircond lagik, so worth it aaaa, heheheh

the most unforgetable thing is, i get to meet kimi in person. itula what’s the conversation kat atas tuh all about pun. kimi dibawa khas oleh mercedes untuk session meet the driver pada hari ahad tuh pukul 1 petang

pagi2 tuh aku datang takla awal sangat. aku sampai dekat2 kul 10, aku pusing2 usya t-shirt kimi. last2 aku decided untuk buy the t-shirt from the mercedes punya penjual itu. beli size besar2 so that aku bleh pakai kat luar baju aku, hahhahahhaha. siap terpk, pasnih leh aku tido seksi2, berpakaian t-shirt kimi ajer (opssssssssss). so, lepas2 beli t-shirt, aku pergunakan camer alisa untuk menangkap object2 dipersekitaran aku sampaila aku ternampak papan tanda kat showcase mercedes tuh. “meet the driver session: 19/3/2006 kimi raikkonen 1pm”. hoihhh! terujaaaaaaaaaa aku, hahhahaha. pusing2 dulu 2-3 round lagik. aku tgk jam baru 1030, so aku decide nak masuk lepak2 dulu kat seat aku

kul 12 aku keluar, masuk toilet, sarung t-shirt kimi (over my existing outfit), beli bento (huiyoo, blasah cakap jepun, hahaha) set meal fish n chips, duduk kat rumput2, enjoy the meal. pastuh bergegas keluar, bertentangan dengan arus orang2 nak masuk. aku pk, abisla sumer dah masuk. upanya ramaii lagik fan kimi udah siap sedia kat luar, usung bendera finland masing2 (jelesnyaaaaaaaaaaa saya)

pehtu aku aim, beratur bersama orang2 ramai. so, aku berdiri betul2 kat tempat keta yang bawak kimi berenti. kimi turun depan saya. saya dapat tengok kimi senyum depan2 mata. kimiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. saya menjerit pelan ajer benonya, dengan penuh perasaan syahdu. saya nak amik pic kimi itu, tapi orang tolak2 saya. end up, ada pic badan kimi ajer. pehtu berasak2 nak tgk kimi berconference tapi tak sempat nampak apa. kejap ajer kimi lepak, dalam 5 minit ajer. errrr, tapi on the way out, saya nampak kimi lagik, berselang 2 badan manusia yang berhimpit tahap orang buat haji, hahahhahaha

pastuh balik semula ke grandstand aku. siap berdiri kat hujung skalik to get the clearest view from jade ke start/finish line. amik pic2 yang patut, pehtu balik ke seat, aku pandang screen tv, kimi aku dah terbabas. ingat nak ada harapan gak, skalik dah kuar menatang jentera pengangkat keta itu, huwaaaaaaaaaaaaaa. pehtu nampak klien balik pit. siap ko klien, aku anti seumur hidup

okla korang, itu her report 1st part ini. jangan lupa, nantikan link untuk melihat gambo2 saya yang insyaallah saya kasikkan esok, until then, read the part 2 n 3. daaaaaaaaa

Mac 15, 2006

the emotional me

Difailkan di bawah: me, my kimi — by muna @ 9:18 am

semalam, pagi tak pagi, petang tak petang, blehla nak dikatakan dalam2 waktu tengahari kot. this guy, yg blehla kita katakan dia “almost scandal” (almost pasal takder plak sebarang declaration dilakukan untuk mengatakan kami skandal, hiks), telah meng-ym aku. entah camner, leh masuk topik f1 plak. i believe, dia seperti manusia2 lain yg kureng mendalami f1, gamaknya sokong michael kot. but then, sesedap rasa dia meng-curse kimi aku

dia: keta kimi rosak punya laa
aku: takder punya. kimi mesti menang!
dia: eksiden kimi tu nanti
aku: tidak..dah baca doa tolak bala kat kimi, nak race nanti baca lagik
dia: eksiden kimi hancur keta dia
aku: huh. am not talking to u

dia buzz, aku wat tatau. dia panggil aku wat tatau. aku dah hangen seluruh badan nih . last2 dia babaikan aku yang majuk nih. skets pun tamo mintak maaf kat aku. hampeh betul. nasib aku tak jadikkan dia skandal rasmi. at least, skandal latest aku yg bawah umur tuh, walaupun slalu ngaku diri dia kejam, pada waktu2 yg dia rasa guilty pada aku, dia mintak maaf. kekadang aku lak tak rasa apa2, dia mintak maaf gak, hehehhe. bagus2

petangnya plak, tetiba masuk cter f1 masa minum2 kat restoran bawah office aku nih, sama office mate aku

dia: aku rasa tahun nih kimi takleh pergi lagikla
aku: apsal plak??
dia: kimi berlagak sangat!
aku: hoh?? time bila kimi berlagakkk?? (suara dah naik)

hehehe, tapi pandai office mate aku nih. tak plak dia dwell kat adegan kutuk mengutuk kimi lebih lanjut. i guess either he really didn’t know that aku nih kimi’s loyal fan, ataupun dia saja nak test the water. haaa, bijak pun tindakan dia yang mengubah ke topik lain yang berkaitan, sebelum aku amuk kedai bawah tuh, hahahhaha

tak puas ati, malam tuh aku cter ngan sue kejadian2 yang menimpa itu

aku: mana ada kimi berlagak. bila orang puji2 dia hebat, stunning performance etc, dia wat muka kewl ajer, cam takder perasaan
sue: tuh laa orang kata berlagak gaknya. lain kali kena puji, terima jerla pujian tuh
aku: *gelak guling2*

i guess it’s me (errr, farina pun – dia ngaku terang2 ari tuh, hahaha). memang telah dijadikan emotional. i’ll fight over what i believe. kedegilan aku yang melampau pun yer jugak. jangan harap aku nak kalah kalo bercakap pasal ny favourite subjects

pagi2 nih, aku dokla tanya si archiq, adakah dia nenok kimi tuh berlagak? archiq kata dia tak perasan pun, dia tak amik pedulik pun. hahahahha

ayat canggih archiq: “archiq tgk performance diorang kat litar ajer. kat luar luar tuh gasak diorang la”

aku gelak golek2 membaca ayat archiq. tetiba aku teringat setahun yang lepas. masa tuh alonso dah mula nampak potential nak jadik the new world champion. dia pun slalula dok keluarkan ayat2 berlagak dia etc. aku dokla mengadu kat my dearest nih, nak sampaikan kemenyampahan aku pada keberlagakkan alonso. my dearest lagik best. dikatanya, dah memang alonso tuh menang, dia deserve la nak berlagak. lainla kalo dia kalah n berlagak tak tentu pasal, haaa, tuh barula ada something wrong. hahahhahahaha. i always love to hear your opinion yunks

ari ini, punyala boring tahap cipan. budak itu bz kot sehari dua nih tak ym aku. dalam seminggu lepas wadie laa dok teman aku merepek kat ym. tapi dia dah warning sesiap, start ari nih, sampaila dia balik (which estimated in 3 weeks time, huwaaaaaaaa lamanyaaa) sue pun bz, sumer orang pun bz. ari nih ajer dah 8 kali aku dok jengok status budak itu >audit< katanya. owhhh. patut tak mengacau aku. makanya aku pun tau tak seharusnyaa mengacau dia. terkebil2 ajerla aku nenok ym tuh

kerja aku, esok abisla. boss takder, g tioman. ada akak aku ajak ari tuh. but then, bila tanya tarikh dia, aku cakap tokleh laaa. sebab minggu tuh (read: minggu nih) ada f1. anak2 aku yg dalam keta tetiba kata serentak “nak ikut makngah tengok f1!” hahahahha. mau mengamuk bapak dia kalo aku kata “jom”. but then, manala aku mampu nak menyara aku dan 3 manusia lain g grandstand tuh. melayang duit rm4k. kalo camtuh, baik aku kawen beli notebook ajer, huhuhuhu

itula mengapa saya sungguh boring ini. dok kat meja belakang, surf carik blogskin lawa, nak tuko rupa bentuk blog aku. pehtu, tak menarik semuanya. sumer suka wat ala2 muka depan pada blog. kena tekan baru masuk. tuh aku tamo tuh. aku suka simple2 ajer. senang nak baca blog aku nanti. nak tunggu incik amat free, gamaknya cam menunggu bulan jatuh ke riba, hahahahha. takperla amat, aku faham

anyway, diharap pembaca2 fahamla ek, sebab aku rasa lately my entry sumer masuk lam kategori all about kimi. minggu depan dah leh rehat, sampai minggu 2/4 (besday asri, mimi kawen, umie kawen), bila team menuju australia plak. anyway, sesapa yg ada sepicing keminatan pada f1, marila beli tiket n g sepang. season nih menunjukkan tanda2 close fight akan terjadik. kalo tanya aku, of course aku confident kimi n team mclaren menang , amin

until then, daaaaaaa

Mac 14, 2006

justification

Difailkan di bawah: f1, me, my kimi — by muna @ 10:01 am

ada orang sanggup berhabis duit beribu ribu modify keta (errr, jangan terasa ek iwan, hehe)

ada orang sanggup berhabis duit beribu ribu g vacation

ada orang sanggup berhabis duit beribu ribu kat telefon ajer (kes gayut menggayut untuk orang2 berchenta biasanya)

ada orang sanggup berhabis duit beli baju baru, kasut baru, mekap baru, accessories

ada orang sanggup berhabis duit beli state of the art electronic stuffs – apa2 gadget latest sumer dia ada

ada orang sanggup berhabis makan kat hotel2 mewah, tempat2 makan yang mahal

semuanya nak kasik hati puas

maka salahkah aku bila aku beli tiket grandstand ini? kayakah aku bila aku sanggup berkorban, tak macam pompuan2 lain yang asyik shopping sakan, atau merelakan impian nak beli notebook/psp/upgrade pc on hold? kaya sangatkah aku bila aku berkorban, tetiap ari pun bawak bekal? (padahal reason sebenar, tak lalu makan kat kedai, hahaha)

nope, aku bukanla kaya sangat. just i want to experience things yang aku suka, at least once i my lifetime. nak tunggu ada orang sapot nenok f1 kat grandstand nih, hmmm, tahla kan. aku bukan tak sayang duit, just that i’m so into f1 sampai aku sanggup. aku janji, melainkan tahun depan n tahun2 mendatang aku naik gaji, atau ada orang lain support, atau tiket dah turun harga, atau ada rezeki terpijak, tersepak, turun dari langit, this will be my 1st n last time nenok f1 kat grandstand. next year, kalo tiket kat bukit still rm50, aku nak bawak anak2 aku g nenok f1. kat bukit takper. dia nak berlari merata2 pun gasakla, wahahahha

okay, lari tajuk. semalam kat giant aku jumpa promosi “beli 3 tin dan dapatkan poster mclaren percuma” untuk nescafe. so, sanggup nih, amik 3 tin, hahahhaha. rerupanya, i stand a chance of winning stuffs kot masuk peraduan. wohooo. lom bukak pun airnya lagik. nanti2la. tarikh tutup bulan 4. so, semalam, selamatla aku tido ngan kimi, yang aku tampal sebelah tilam aku. nak tido siap usap2 muka kimi, hahahhaha. parah tol

untuk semua peminat2 f1 sekalian, ini ada 3 pic daripada the previous race – bahrain gp:

massa yg menghadapi problem mender tah, yang spin n hampir ditabrak oleh alonso

michael: blah ah kimi, nak tunjuk terer ek? aku pun tak pernah buat 17 – win (kat jepun last season) n 22 – 3. ko memang terer ah, huhuhu, jelsss aku
kimi: hmmmm, thanks (malas nak layan)

michael: lamanyaaaaaaaaaaaa tak merasa naik podium, gayat seyhhh
alonso: huhuhuhu, hebatnyaaa aku, syok syoknyaaa
kimi: tak sabarnyaaa nak jumpa muna kat sepang. i’ll win that race for u ek bebeh. i love u!

Laman Berikutnya »

Dikuasakan oleh WordPress