seingat aku, ada aku type entry yg title lebey kurang cenggini, report pasal f1 dolu2, wahahhah. sorry la entry nih past tense. takder mood nak type semalam. pehtu ari nih, bz plak. hari nih hari yg menggembirakan laa pada aku. pagi2 dapat sms dari mak yg kompemkan status mama aku nih, ehehehhe. pehtu lepas gegas2 beli tender, dapat tau plak berita gembira lain, pasal orang tersayang aku tuh ler. stay back jap, to type this entry. jap lagik, balik, mandi2, nak kuar ikut orang beli cincin. amik berkat lebih2, mana tau, pas nih turn aku plak, wahahahhaha. nak beli barang tuk azim sekalik
okeh, about last weekends, sebab sue balik kg, tuk sedara dia meninggal, aku kesepian jumaat malam tuh. so, aku ajak nana ronda2. sebab tatau nak ronda2 katner, pehtu tau nana lom makan, end up makan kat lrt corner kat tmn chempaka, ceras sana. jauh banget carik dinner. dah alang2 datang, aku order la gaks chicken chop, padahal dah makan lauk ikan masin sebelum kuar tuh. tak pasal2 kenyang gegiler
mula2 plan nak g tepen lepas ajer solat subuh, tapi aku ngantuk, malas la plak aku nak gerak. lebih2 plak aku dengo bunyi ujan kat luar. belasah tido sampai dekat2 kul 8. bangun, kemas apa patut, mandi n bertolak. janji ngan member aku, kak izan, kat jj kul 10. tapi, disebabkan kehujanan, semua orang slow (aku laju cam besa, tak caya tanya mereka2 yg mengetahui). makanya, terkelambatan juga aku akhirnya
disebabkan ujan, kak izan request aku amik dia kat umah. dia kasik direction kat aku. so, lepas beli belah apa2 patut kat jj, aku pun carik umah dia. seb baik minah nih, pandai gakla kasik direction. dia tersilap type kanan jadik kiri ajer pada satu simpang. lepas clear up, terus jumpa umah dia
so, kami bertolak ah ke tepen. farina dah bising2 pasal bf dia dah menunggu selama 2 jam. aku pun pecut laa, dalam keadaan hujan n kereta2 lain yang slow itu. sampai2 ajer, terus buat karipap sardin yg didemand oleh rudy, dr pc aku. yerla, orang tuh dah siap warning kat tepon aku, “mana karipap sardin aku?? kang aku amuk satu tepeng!!!” (erkk, iwan, ko jangan ngamuk, kot sempat nanti isnin nih aku wat karipap sardin tuk ko) seb baik la kak izan nih, pandai kelim karipap. so, kerja2 pembuatan karipap menjadik sangat laju. tak sampai 1/2 jam dah siap (aku biasa amik masa sejam daripada nak menguli tepung sampai menggoreng)
pastuh keluar anto pc. farina kuar ngan bf dia, dia tamo ikut jumpa rudy. rudy plak takder, so, tinggalkan pc aku kat staff dia yang bernama wan itu. pastu gegas2 balik umah farina, dia lak lom balik. farina balik jer kami gegas2 simpan barang, n bertolak ke teluk senangin
sampai sana, ujan dah reda la gaks. farina g sewa chalet. chalet sempoi jer, ada atap tuh jer. kecik banget, muatla kalau nak tido 3-4 orang aku rasa, kot himpit2. plannya, nak camping. bf farina nih bawak khemah. so, settle down, tular baju, turun ke pantai. terus berusaha hidupkan api bbq. memula aku ngan kak izan try. pehtu bf farina datang dekat nak masuk campo, aku g ke laut, main ombak2 yg ganas (errkk, aku kena bebel semalam sebab main laut yg bergelora. ala awak, saya tak masuk dalam pun. air dia paras pinggang ajer saya masuk tuh). lepas dah kuyup, dalam 10 minit tuh, aku pun mendarat. skali nenok, usaha mereka 2 masih gagal. apola, kak izan g koyak2 paper, kekunun bleh membantu. aku reject semua usaha dia sambil membebel. sebab dah ada 1 ketul arang dah berapi, aku berusaha bersungguh2 ngan bf farina jadik tukang kipas, manakala kak izan plak take turn g ke laut, akhirnya berjaya hidup
memula panggang ayam. pehtu tanak nasi kat sebelah sana, panggang ayam sebelah sini. aku sempat sumbat keledek kat bara2 tuh. nak feel2 cam orang jepun la nih, ahahhaha. pehtu panggang ikan. aku balik mandi2 ngan kak izan. masa mandi, tetiba ujan lebat turun, kami tak dulik pun. pehtu kami g balik tapak camping, farina ngan bf dia plak balik mandi2. so, settle masak2, sumbat makanan dalam khemah, sila siap2. farina n bf dia sampai, kami pun makan dengan bersungguh2
aku sampai naik high sebab extra kenyang, so, decided to take a walk down the beach. g la stroll. pehtu aku nampak area cam best nak bergolek, aku berenti n bergolek di situ, baring2 pandang langit. farina n bf dia tinggalkan aku ngan kak izan kat situ. kata farina, “nanti kami jemput”. nampak 1 bintang ajer. bulan dilindungi awan2 kelabu. macam2 topik aku ngumpat ngan kak izan. nenok2 farina lom gak kelihatan. sampai habis hujung teluk dia berjalan. aku nenok dah makin kelabu langit, aku ajak kak izan balik
balik khemah, lepak 2 minit, dah hujan. so, masuk la dalam khemah. lepas 10 minit gitu baru farina pulang. so, kami pun arrange ourselves nak tido. aku ngan kak izan dok tahan tepi khemah yg tiris. farina lak ditimpa ujan dr bumbung khemah. last2, kul 12, aku melunjur, aku tersepak air ujan di sudut khemah. gler sejuk, terus aku terjaga. farina pun dah duduk. dia kata, takbleh tido, nak balik chalet. punyala kami mamai, aku just pk, kami ada 2 payung ajer. bleh tak terpk ada keta near by. so, aku arahkan mereka balik, aku nak tido lam keta ajer. wahahahhahaha
pehtu ala2 seram, tido lam keta sengsorang. sempat terpk, kot tsunami, aku sempat lari tak? pehtu terpk, segala macam hantu2. aku baca semua surah2, pehtu pk balik, nak mati, memana pun bleh mati, aku pun sambung tido. gler ah ribut n ujan lebat. alarm aku went off 2 kali, maybe sebab kereta tuh digoyang secara maksima oleh angin. lepas 2 kali, last time, aku just kunci ajer, tak pasang alarm ivan. memang terbuai2 la ivan dipukul angin. seb baik ada aku, so, ivan pun okay ajer, uhuhuhu
esoknya, kak izan ketuk pintu keta. aku bangun, nenok khemah dah dicabut sesiap. kemas2 sumer barang, g chalet, kemas2 some more, balik dengan tak mandi ajerla. sebab ujan pun still turun2. kami decide nak mandi umah kak izan, b4 g kawen midun, kekasih gelapku itu
aku sempat basuh2 baju lagik. plan lepas g kawen midun, amik pc kat tepen, pehtu sosial ngan nob yg lama tak dijumpai
best ah makan kenduri umah midun. sampai 2 pinggan aku makan. aku nih bukan suka makan bertambah2 sangat. kat umah org kenduri, jarang sangat aku makan banyak. akak midun sempat mesra2 ngan aku, siap tepuk2 bahu. wahahhaha, ada aku aim adik midun tuh, baru akak dia tau
pastuh carik pengantin nak bergambo. ramai plaks kengkawan dia demand attention. midun yg dah perasan aku, panggil aku 2-3 kali, baru aku datang. so, kami gambo2. inila gambonya

sorry, gelap skits, nama pun kekasih gelap kan? wahahahha. takderla, kat dalam umah, dia pasang lampu kaler oren ajer, tula pasalnya
pehtu g tepen, jumpa nob. upanya maxis tetiba takder coverage kat umah dia, then telefon umah, ada orang curik dawai itu. ngumpat2 sampai kul 7, g amik pc aku kat kedai rudy, bergegas balik ipoh
sampai ipoh, g jj dulu, makan sizzling noddles yg sedap itu, pehtu carik lala. ngidam aku nih. baper lama tak makan lala. aku rasa lala dah pupus la kat belah2 selatan nih, payah tol nak carik
sampai umah kak izan dah kul 10. aku meraung2 ngantuk, kak izan suruh tido sana ajer. so, aku tido ajerla ipoh. bangun pagi2, kul 630 bertolak balik kj. 830 aku sampai sg buloh, berenti dulu makan nasik lemak yang sedap itu, wahahhaha, selamba ajer, padahal baju tak gosok lagik nak g keje
sampai umah dah kul 9, gosok2 baju, punggah2 barang, last2 dalam 940 baru sampai ofis. haaaaaaa, tuh jerla report aku, penat dah nih, nak bersiap2 beli cincin, wohooooooooooo (opss, bukan aku yang beli cincin, aku pemerhati bebas ajer)
until then, daaaaaaaa