entry hari nih kang, sebelum aku post, harus2nya laaa aku copy paste masuk notepad dulu. tuhla muna, nak keje mudah2 ajer. len kali beringat2 laaaaaaaaa, uhuhuhuhu
ramai sangat laaa plaks memuji keenseman besprenku itu, siap ada permintaan nak berkenalan lagik. wadie – ko jangan kembang2 terlebih plaksss. buat kekasih hatiku: awak gak yg saya nampak ensem (cewah), sayanggg awak 
ehhh, over plak aku ek? padahal kekasih hatiku tuh pun tak sure dirinya itu selamba aku nobatkan, wahahhahahha. tunggu laaa, tak lama lagik tiba gak masanya untuk aktiviti luahan perasaan itu
okay2, tinggalkan dulu part2 merepek tuh. meh aku recall balik apa yg aku type semalam 
aku bertolak dari kj ari sabtu tuhla. memula siap berazam nak bertolak lepas subuh, tapi sebab aku dah raya, pekejadahnya nak bangun subuh? so, bangun ah dalam kul 7 kot, siap tanak nasik, goreng perangatkan balik ayam kfc, skalik tuh gasnya abissss. so, aku golek2kan ajer ah ayam tuh dalam minyak yg suam2 tuh, tamau ayam tuh sejuk sangat sebab aku simpan dia dalam peti ais, tamau kena hurung semut. lepas makan siap2 baru bertolak. mujur tak lagik awal sebab si rudy slamber ketiduran lagik 
lepak2 laaa kat kedai dia sambil mengadu masalah dvd aku yg tamau kena burn tuh. burn separuh ajer dah berenti. burn vcd bleh plak. kurang power upanya, kata si rudy. bersiap sedia ah kumpul duit, esok2 motherboard tuh expired plak, huwaaaaaa 
boring2, amik phone kol budak itu. pehtu dia kata dia tengah ada isu apa tah, dia kol aku balik. aku pun ok ajer ah kan. tunggu2 farina balik keje, sambil2 bekap file2 aku dalam dvd
pehtu pikap farina. tengah2 aku wat sessi seronok2 umpat2 nih, budak itu kol aku balik. upanya ada isu di tempat keje (isu apa ek? nanti2 update aku yg busybody nih tau
). sembang2 laaa kejap. budak itu pura2 tanya: “ko kat mana tu..?”
padahal aku dah report kesampaian aku kat tepen. aku siap cakap “tuhlaaaaaa, tamo ikut aku” ehehehehhehe. sian budak itu kan? asik2nya kena kerja. yunks, jom kita wat cuti2 malaysia nak, bila ko berjaya amik cuti lama2 skits, bila time kewangan stabil2 skits. nak cuti2 jepun, tak cukup stabil lagik, ehehhehehhe
sebab aku pun nak lalu depan balai polis, aku babaikan ajer ah dia. len kali ler sembang2 lagik, lepas raya buleh lagik, yer tak? 
lepas selesaikan perkara remeh temeh, aktiviti jalan2 shopping raya pun dimulakan. destinasi pertama, penang, sebab nak buat spek baru. aku nih punya setia ngan cheah optometrist tuh. sejak matrik tuh incik cheah menjadik optometrist aku. yerlaa, dia kasik layanan baikkk punya. the last time i was there, tak cukup duit nak wat spek, just beli contact lens, so spek pun power tak cukup ah kan. aku beli spek kaler pepel weh, nanti aku upload pic dia aaaaa
pastuh bergegas lak pergi seberang. aku suka shopping baju anak2 kat pacific megamall tuh pasal slalu banyak pilihan, n kalau nak raya disc gler2 ahhhhh ding dong. pehtu dah renovate laks, children dept dah tukar naik kat 2nd floor. men dept campo skalik ngan ladies dept. huh, cam tak best la plakss. cam kurang space dah tuk baju2 pompuan. rayau2 laaa japs kat ladies dep, teman farina shopping kali ke-10
. jumpa t-shirt cam best, nak beli kat wadie, tapi takut tak cukup bajet (bajet pun kena advance ngan ayah aku pasal gaji lom masuk). takper ah ek wadie, lagipun pompuan2 ko yg lain dah slalu kasik ko baju, wahahahha
pehtu naik carik baju anak. punya rambang mata tatau pilih mana. last2 tahun nih, beli baju bum kat anak2. yerlaaa, nak baju katun2 azfar dah tak muat dah. pakai baju pun budak umur 12 tahun. isk isk anak buahku itu. 2-3 tahun lagik kot jalan2 leh laaa claim pakwe, muahahahah 
agenda seterusnya, farina kata, beli terus bahan2 nak buat biskut arab. so beli ah kan. dia plak pergi merayau2. punya letih aku carik dia. pusing bahagian barang2 dapo tuh dalam 3 kali, nak tercabut kaki aku nih. pehtu siap2 laa plak nak balik. setelah diskas2 kami decide nak makan ikan bakar kat tepen untuk berbuka. slalu tuh blasah ikan bakar kat batu uban, penang tapi sebab dah g penang dulu, takkan nak pusing semula
so, berenti kat r n r beli makanan tuk mengalas perut sebelum makan ikan bakar. aku beli beger, wahhh sedapnya laa beger kat situ. pehtu slamber makan, tanpa mengira waktu berbuka, muahahhaha. farina kata, jangan kasik org nampak, kang tak pasal2 false alarm, sumer org berbuka, pasal time tuh lagik 3-4 minit nak berbuka
g parit buntar plaks beli baju siap tuk mak ngan ayah aku. farina cadangkan tema biru. aku belasah jer ah. baju aku macam2 kaler ada (5 pasang tuhh), so, bleh jer nak bertema2 bagai di hari raya nanti. dia kata, sajer wat biru pasal dia ngan kekasih hati dia pon bertema biru. disuruhnya kekasih hatiku pun bertema biru. ehehhehe, tahler biru ker apa baju raya dia ek
tah2 tak berbaju raya. bukan bleh diharap sangat si dia (aikss cam dalam remaja laks) itu. nak jer aku belikan baju raya, kang tergolek2 lak suka hairan + panik. takper, insyaallah, ada lagik raya2 di masa akan datang. lagipun kot aku belikan, nakla nenok dia pakai kan kan kan? 
lepas siap semua proses beli2 baju, tudung aku (kaler biru lembut nak padankan ngan baju woof woof hush puppies aku) ngan tudung sue (hadiah birthday yg belated), bertolak plak ke tepen
makan macam2 nih. aku pun hampir lupa diri nak order sotong goreng tepung, tapi cepat2 insaf. let’s see, kami order ikan bakar, udang goreng tepung, kailan ikan masin, tomyam, telur dadar, nasi putih, air tembikai epal ngan teh o ais. cuba teka baper inggit? kami memula dah bajet, adala dalam rm50++ kan. udang pun dahla dalam 10 ekor, size agak besar lak tuh, skalik turn out hanya RM35.50. buleh laaa datang lagik dan lagik dan lagik kat situ (padahal memang kot datang tepen memang ala2 wajib makan kat situ
)
pehtu balik, pensan. tak sempat nak dikasik totto bagai, aku dah terjelepuk atas carpet lam bilik farina n 
esoknya start wat biskut arab plak. meh aku cter camner nak buat sebagai rujukan masa depan. mudahhhhhhhhhh ajer benonya. anda memerlukan 1kg tepung, 350g gula (kisar halus) ngan minyak sapi (secukupnya)
nak buat, ayak tepung ngan gula, pehtu letak minyak sapi, gentel2 sampai adunan mesra n lembut n buleh dibulat2. bulat2kan, masuk dalam tray, bakar selama 6 minit dalam microvave untuk suhu 180. pas masak, gelek2kan biskut tadi kat dalam icing sugar. pas tuh, tadaaaaaaaaaaaa, bleh masuk mulut. aku jadik qc, mana2 kuih reject, sumer farina kasik aku untuk dimusnahkan 
farina kata, cipta record, masak biskut arab dalam 2 1/2 jam ajer (ehem, nenokla sapa chef jemputan nih kan
) lepak2 lagik, sebelum siap2 nak g bersosial berbuka dengan kroni2 farina
sebelum tuh sempat g paso ramadhan, borong sumer mender2 yg aku suka tapi susah nak dapat kat tempat2 lain. sempat masuk mulut mender2 tuh kat dalam keta, wahahahha. farina tensen, sebab buffet nih tak berbaloi bayo rm18. makanan dah ah variasi skits bebeno. “umah aku pun lagik banyak lauk” komen farina. pehtu tak top up lak tuh. by 745 dah clear dah semua. ampeh betul. sian farina yg beriyer banjer aku itu. mekacih awakkkk 
pastuh sesaja jalan2 carik kasut lak kat tepen, sebab wadie paksa aku beli kasut kat tepen ajer. tak jumpa kasut kaler putih, tak kiraaa, isnin ko takder kerahan tenaga, ko kena teman gak aku g melaka carik kasuttt (ucapan untuk wadie)
isninnya, memula nak amik half day, tapi sebab ram lum berjaya diperolehi daripada dealer, terus panjangkan cuti sampai sehari. siap ada org concern, sms aku “ko sakit ker?” akibat sue buh status “muna el” kat ym dia. padahal aku mana ada el, aku dah apply 1/2 day, cuma terrrrrrrrlajak ajer
so, balik ah dedekat nak berbuka. rudy tamau teman aku
, sebab mak dia paksa berbuka kat umah. aku siap ugut “apa2 jadik, ko bertanggungjawab”. yerlaaa, sehari2an tuh, aku cuma makan sebijik biskut arab. dah ah tak sahur kan (obviously laaa). takper ahhh, berbuka kat r n r sg siput, makan ikan keli sambal ngan sayur fucuk pehtu banjirkan nasik ngan kuah masak tempoyak
wahhh, i like. memang lama dah mengidam. it makes me think, sometimes Tuhan nih ada odd ways untuk menggranted kita punya wishes. memula cam nak kecewa kan, frustated nih (dalam kes nih kena buka sengsorang), tapi dia kasik kita mender yg kita lagik suka (dapat makan masak tempoyak, yehaaaaaa)
sampai r n r sg buloh, beli zinger burger, buat modal nak sarapan esoknya, maklumla gas still tadak kat umah tuh. sampai umah dalam kul 10, angkut2 sumer barang, tidooooooooo 
ahhhhhhhhhh lega, siap gak akhirnya reportku ini. ok korang, take care, daaaaaaaaa 