nothing and everything, all at once

Julai 3, 2009

hala tuju

Difailkan di bawah: blues, me — by muna @ 5:04 pm

i’m sad. one of my dearest friend and colleague resigned. 30th june was her last day. i might not say it directly to her, she has become one of my closest confidant and i do appreciate her for that and i love her much :) i will miss her tremendously.

and today i got another shocking news. another close friend and colleagu has tender her resignation. i love her like a sister and i do not know how to face mundane days at work without her.

with all friends gone (and going), i feel kind of lost. i don’t know what i’m going to do anymore.

seriously, i do not plan to spend the rest of my life doing things that i don’t love. i’m dragging my feet to work, doing things i don’t like just to make some money for myself.

i don’t have any clear vision of what i’m going to do and what i’m going to be in the future. i do feel like a loser some times. i don’t have anything to brag about. not a great career and not even husband or children of my own. sayang, come on laaa..cepat skets kasik can saya nak brag2, haha :p

thanks to mr. penasihat for listening to me and give me a vote of confidence. i’ll try my best not to screw up and come out with that nice plan for the future :)

Jun 25, 2009

saya menang motorrrrrrrrr!

Difailkan di bawah: tagged — by muna @ 12:04 pm

apa-apaan sih, hihi. sebelum membebel panjang lebar, memula nak kata saya adalah terer. dedalie yang berkata sedemikian :”>

tetiba mek dapat award dipanjangkan oleh dedalie (thanks so much :x). mek kagum. mek nak ucapkan thanks kak may kepada semua peminat2 mek walau di mana mereka berada. lihatlah doniaaaaaaaaaaa!

The rules:

• Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.
1) dedalie sangat comel, seriyes! hihi :”>
2) she has great sense of humour yang selalu membuat saya gelak2 sendiri
3) dia berjaya kawen ngan belahan jiwa yang lahir sama hari, woaahhhhhhh!
4) abang dedalie ensem (boleh ke camni? haha)
5) dedalie cintakan kucing seperti saya juga (tatau ni cukup interesting ke dak)

• Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.
1) sangat suka lelaki bermuka jawa, apakah???
2) sangat gilakan f1 terutamanya kimi raikkonen :”>
3) boleh jatuh cinta kat budak kecik @ si al dan si el anak2 ahmad dhani, hahahahaha. si al sebab dia macam dah nampak ciri2 ensem sebab dah besar skets kan. si el sebab dia comel dan gebukan drum dia menggetarkan jiwa lah!
4) suka menyanyi karaoke, hihi.
5) suka band2 indo.
6) suka kat binatang tapi baru2 ni je dapat membela seekor nini itu :p
7) apa ke banyak sangat ni?
8) tak abis2 lagi ke?
9) baca je lah blog ini untuk maklumat lanjut
10) suka memasak tapi tak suka mengemas. i want jamie’s cookbooks for my birthday :”>

• Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them.
1) litium online – dia saudagar kapal dan baru menjadi maharaja, haha :p
2) dedalie – dia sungguh comel dan funny (alah, aci je laa aku tag kembali :p)
3) ira – saya kenal dia sebab bloghop dari blog pu3 rahayu. saya suka baca blog dia jugak!
4) chics – x-colleague saya adalah coursemate si chics. dolu2 dia kasik link “ko baca laa blog coursemate aku kat um dulu ni” kata beliau. kuih cornflakes chics sedap :”>
5) famil – saya bloghop ke apa tah jumpa blog famil. saya suka baca blog dia yang selalu ada message mendalammm tapi disampaikan secara ringkas dan bersahaja, hihi. famil pandai masak gak. slalu letak recipe2. sedapp.
6) mrsimran – ayu ni classmate bestfriend saya dolu2. tapi saya jumpa blog dia dulu before bestfriend saya kasik link :p
7) ary – ary asyik muntah2 je melayankan baby dia tuh. cayok2, tak sampai 7 bulan je lagi kan :p
8) delinn – geng2 set2 si pu3 rahayu gak ni. suka merayau2 mengembara, cewah.
9) apa ke banyak sangat haihh.
10) dah laa malas dah nak fikir :p

• Leave a comment on the receipients’ blog to tell them they’ve been tagged.
malas

• Paste the award badge in your sidebar.
malas jugak, haha :p

terus dah malas nak cerita pasal pesta malam indonesia. camne? nanti2 lah. hoho.

Jun 20, 2009

deliriously happy

Difailkan di bawah: hal rumah tangga, happy2, me, merepek, nini — by muna @ 1:53 am

after months of dilema kekurangan kasih sayang, akhirnya hari ini sayang telah memberikan bekalan secukupnya kepada saya, hihi. hari ini? owhh dah 20hb kan? semalam semalam :p

memula saya kasik ayat selamba nak menunjukkan that i’m in town dengan mengatakan mrr2 jammed, hihi. nakal kan?  he asked me, tak balik kg ke? saya kasik jawapan indirect by saying esok nak gi konsert. and btw, where are you? rumah gombak, he said. so, tanya dia busy ke tak, can i ask for a date? dia kata ok, hihi.

met him kat tempat biasa. yang nak dijadikan cerita, entah kenapa hari ni mata duk pandang je saya tak lepas2 bila saya datang kat dia tu. saya pakai baju cantik sangat ke? or rindu jugak kat saya ke? ouch :”> selalu buat bodo aje. jeling sekali je. kalau pakai baju tak senonoh (kot?) dapat kerutan2 di dahi, haha :p

anyway, bebel2 kat dia. makan sambil tengok star movies. then cerita2 pasal rumah, dia bawak saya balik tengok rumah dia yang baru renovate. dah aa tak kasik amaran. kelam kabut abang dia yg tengah berlenggeng kat rumah tuh mencapai baju. sorry bang :p

tunjuk laa hasil kerja keras dia buat wyring. terer tuh sayang saya tuh. lampu2 kipas2 semua dia laaa pasang. pehtu point out ada cam plaster corak2 awan larat.

“beli laa ni letak kat rumah awak. sekaki rm7 je. cantik” kata dia.

“beli, sapa nak pasang? awak?” jawab saya.

“beli jee laa dulu” kata dia.

lihat tu, siap nak menghias2 rumah saya tuh. kalau macam tu, tiap kali rindu dia saya merenung siling aa camtu, huhu. btw sayang, awak suggest itu ini, volunteer itu ini, awak nak duduk rumah tuh ngan saya ek ek ek? *larikkkkkkkkkkk*

then main2 ngan kucing dia yang gebuuuuuuuuu gila. ekor cam feather duster. punya aa pemalu kucing tuh, keluar rumah pon tanak, padahal jantan ni. sabar je laaaa. sama aa cam tuan dia kot :p kaler dia macam nini lah!

anyway, mak saya selamba renamed nini ke kimi. alasan dia, rerupanya nini tuh jantan. kannnnnnn. saya sudah bilangggggggggg, ibu ngak mau dengerrrrrrrrr. anyway tanak aaa buh nama kimi. renamed jadik nini balik. biarkan dia kompiyus. lagipun dia kucing. sedangkan kawan ita lelaki nama zaini ke apa ke tah pun bleh dipanggil nini, hik hik.

ok saya dah merepek. nak tidur mimpi sayang! jom mimpi kawen2 jom :p

Jun 15, 2009

ilovekimi now in facebook

Difailkan di bawah: me, nini — by muna @ 3:08 pm

hiks. dah jadi macam trademark laa plak kan :p last thursday terperasan facebook announce nanti bleh pilih profile name. siap ada countdown lagik. countdown jatuh pada 12pm waktu kl, eheh. dengan gigih saya bersengkang mata (selalu sabtu around 1130 tidur balik sampai petang) untuk meregister. akhirnya berjaya!

list of ilovekimi accounts, hiks :D

1) http://ilovekimi.wordpress.com/ <– blog sekarang
2) http://ilovekimi.blogspot.com/ <– blog dolu2
3) http://ilovekimi.multiply.com/ <– simpan banyak pic sini
4) http://ilovekimi.blogdrive.com/ <– takde apa2, saje tamak nak jugak, haha
5) http://www.facebook.com/ilovekimi/ <– berjaya!

ahhh saya adalah mengantuk gilababi ni. pagi2 buta nini dah kejutkan dengan menggigit2 manja jari saya. saya buat bodo aje. dia kecewa lalu sambung tido atas perut saya :P

nini telah berjaya meningkatkan berat badan ke 700g berbanding 500g minggu lepas. gilobabikkkk, hihi.

ok aaa, takde mood nak tulis panjang2..mata pun dah separa terbuka je ni. take care. tata.

tagged : bahasa kebangsaan

Difailkan di bawah: tagged — by muna @ 12:14 pm

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja…

1. Bekas kekasih saya adalah :
seorang arkitek

2. Saya sedang mendengar :
bunyi pendingin hawa pejabat

3. Mungkin saya patut:
berkerja keras dan tidak bermain bukumuka di pejabat (hambekk translate terus facebook :p)

4. Saya suka :
kimi raikkonen :”>

5.Sahabat-sahabat baik saya :
berteraburan di seluruh malaysia

6.Saya tak paham :
kenapa boss saya masuk ke pejabat pagi ini

7.Saya kehilangan :
kasih sayang yang dulu berlonggok-longgok diberikan oleh teman lelaki saya :(

8.Ramai yang berkata :
mereka sakit dan cuti hari ini (boleh? :p)

9.Makna nama saya :
gembira harapan/cita-cita

10.Cinta itu adalah :
perasaanku tentang perasaanku padamu :p

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
tidur

12.Saya akan cuba :
menjadi rajin hari ini, hihi

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
selama adalah satu kawasan di perak

14.Telefon bimbit saya :
sangat tampan

15.Bila saya terjaga dari tidur :
saya lihat jam lalu tidur kembali :p

16.Saya paling meluat apabila :
ternampak boss saya

17.Pesta/Parti adalah :
acara bersuka-suka yang sudah lama tidak dilakukan

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
nini!

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
tiada yang paling, semua sama sahaja

20.Hari ini :
hari isnin

21.Malam ini saya akan :
ke 1 utama

22.Esok pula saya akan :
makan nasi lemak

23.Saya betul-betul inginkan :
kasih sayang yang mencurah-curah dari teman lelaki saya :(

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
wah comelnya saya! :”>

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
pusat membeli-belah. mungkin.

26.Makanan Barat atau Jepun :
makanan barat. mungkin.

27.Bilik yang terang atau gelap:
bilik yang terang supaya senang melihat (lihat apa tatau :p)

28.Makanan segera adalah :
mudah didapati

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
“dia mc”

30.Siapa yang anda mahu Tag?
tiada siapa.

Jun 8, 2009

nini part 1 (in case laaa lain kali nak cerita lagik)

Difailkan di bawah: nini — by muna @ 1:25 pm

DSC01951

ini nini. saya kutip nini di gemas pada 31 may 2009. umur nini tidak diketahui (since saya bukannya biasa bela kucing or a vet to expertly estimate umur dia :p). tapi saya syak dia bawah 4 bulan, maka last week saya belikan makanan bayi 1/4 bulan untuk dia, hihi.

walaupun nini masih kanak2, tapi dia suka berlagak dewasa dan suka makan ikan mentah dengan rakusnya. jumaat lepas beliau telah menyebat ikan salmon mahal saya sebab saya lupa simpan dalam peti ais (sob sob). beliau sangat suka makan salmon! mentang2 laaa mahal. cissssssss.

nini pandai buang air di luar rumah. tapi kena ada orang hantarkan sebab dia baby lagik. di sekitar rumah saya banyak kucing2 jantan yang rakus dan suka membaham kanak2. errr, ok, anak kucing :p lagipun, kalau dia keluar seekor2, lepas tu tak reti masuk rumah macam mana? so, kita mesti menemani dia, hehe. mak report kata nini teraccident jugak 2 kali dalam rumah sebab hari tu dia ceret beret sebab rakus sangat nak makan jagung. lepas tu dia malu2 merajuk sebab rasa bersalah. oh ye, lepas nini buang air, mak train mesti cebok, haha. sangat comel hulurkan bontot dia kat paip untuk cebok2. dia pasrah je duk diam2 :p

nini sangat suka mengejar kaki orang berjalan. bila nampak kita berjalan2, dia akan crouch dan menggoyang2 bontot kemudian dia akan menerkam. ayah kata, dia dah tersepak nini beberapa kali, jadi bola, haha. tapi nini tak serik2, dia tetap nak mengejar kaki orang.

nini pandai datang kalau kita panggil2. nama dia nini pun sebab dia datang and menyahut bila panggil “sini..sini”. panggil laa dia nini. mak kata confirm dia betina, so takde laaa dia menjadik pondan bernama nini, haha.

kalau saya ada di rumah, malam2 nini nak tidur sama2. jumaat lepas saya tutup pintu, dia cakar2 suruh bukak. tapi kalau dia tidur dalam bilik kena renggangkan pintu sebab malam2 dia nak turun ke dapur makan. asyik lapar je kerjanya. minum plak, sebab malas gi dapur, sedap2 masuk bilik air saya jilat air atas lantai. so, saya masukkan air dalam gayung supaya dia bleh minum. apa daaa nini.

nini tak suka mandi. kalau dia nampak ada attempt nak mandikan dia, mulalaa dia gelabah. last week tak mandikan sebab baru sembur ubat kutu. this week kita mandikan dia! muahahhaha (gelak2 jahat).

semua orang sayangkan nini. mak, ayah even tan jual ikan pun sayang nini. tan selamba supply ikan free kat nini! apakahhh? hihi.

oklah, sekian karangan ala2 kanak2 sekolah rendah saya. sila ke facebook saya untuk lihat pic nini :P tataa.

Jun 2, 2009

new life

Difailkan di bawah: happy2, me — by muna @ 5:41 pm

ok meh kita tulis blog, hihi. balik2 entry tengah emo tuh je kan :P

banyak hal yang telah terjadi. firstly saya adalah dengan rasminya telah menjadi homeless. rumah no 46 kelana jaya (rumah kg pon no 46, hehe) telah selamat ditinggalkan. tapi mangkuk astro lom cabut agik. kunci pon dah campak je dalam umah since takde orang kat umah masa saya keluar tuh. sayu jugak tengok bilik tuh kosong. terimbas 1st time datang ngan sue tengok2 bilik tuh :( i’ve been living there since 2005. dari berdua ngan sue, sampailaa sorang2 je. macam2 hal suka duka hidup dialami sambil berada dalam bilik tuh.

rumah yang mau dibeli, owner asyik2 menunda nak sign s&p. ko apahal? nak jual jual je lah. nak mark up, mark up je laa awal2. haihh tak faham aku. sepak kang. agent call and suggest supaya saya beli umah yang lain. sama gak tingkat 17. belum tengok lagi rumah tuh. kalo ok, kosong, beli and pindah je masuk terus. sementara nak clear bank, kita bayar aa sewa kat tuan rumah kan kan :) doakan supaya semua proses ni jalan lancar ek.

saya pindah tuh jumaat lepas. and sabtu tuh saya dapat family member baru! hihihi.

akak saya taklaa beranak baru, mak saya apatah lagik. tidak jugaklaa saya kawen ke kan, haha. tapi saya jumpa seekor kitten kelaparan mengiau2 kat parking depan gemas bowl centre (eh, camtu ke nama dia?). pehtu saya cakap ngan ayah, nak bawak balik. selalu ayah tak kasik, tapi ayah kasik lak sabtu tuh.

everybody loves her (eh, mungkin jugak him sebab cam nampak ada telur, haha). dia adalah sangat manja and playfull. bila kita panggil dia akan datang and menyahut. btw, dia menyahut bila saya panggil “sini sini” lalu mak saya kata bubuh je nama sini. apa kelas nama sini. saya bubuh nama nini. sekali tengok cam jantan laa plak. blasahhh, haha.

dia pandai buang air kat pasir2 luar rumah. saya bawak dia tour2 luar rumah. habis semua dia cium2. dia tak buang air dalam rumah pun. malam2 kalau tido tuh sekali pon tak melepas. pagi2 bangun 1st thing buat bawak dia keluar. dengan segera dia melepas, hihi. saya selalu bawak dia buang air, then ajak dia masuk. dia reti ikut kita bila kita panggil. dia datang sambil berlari terkedek2, chomellllllllllll.

ahhh, saya tak sabar nak balik jumpa nini. kena gi petshop carik ubat kutu dia. nak carik sikat2 gaklaa, supaya bleh sikat2 dia. carik vitamin gak kalo ada, sebab kesian dia, baby2 lagik kena survive tak minum susu ibu. nak shoot vaccine tapi gemas takde vet. ada ke dobot nak kasik vaccine lembu kat nini? hahahahhaha.

oh ye, for the time being saya punya harta benda kat ukay bestari, umah fayyad. semalam tido sana. lena betul. tapi seksa balik umah dia sebab jem gila nak menuju sana. ahhhhh, seksaaaaaaaa. semalam ikut jalan ampang. hari ni nak try ikut mrr2 plak. wan liana ada offer tido kj, tapi lom lagik aa menyibuk sana. wait and see aaa nak try semua option jalan yg ok. kalo semua hopeless baru menyibuk2 :p

semalam kol sayang, dia ajak dating malam ni. balik kl kejap katanya. hihi tak sabar! kalo kensel saya geget awak sayang!

oklah, siap2 nak solat asar and berlari2 balik. happy2, yippeee!

Mei 22, 2009

emotional note

Difailkan di bawah: blues, friendship, hal rumah tangga — by muna @ 11:10 pm

umie, aku tatau sama ada aku pernah beritahu ko, but i like talking to you. you always have this way of easing off my worries and fears. you always listen, never judgemental. and always have this ability to twist off the worries into hopes. i just want to let you know that :)

why am i talking like this?

well, this is loneliness and worry talking. i miss arin so so so much, it makes my heart hurts so bad and tears streaming off from my eyes.

at time like this, i just replay all the conversation that we had in the past. it does ease up some of the pain, but the tears won’t stop.

tapi takpelah, i did let out my feeling tonight (through sms mind you, lidah selalu kelu berkata2, huhu). lega sikit hati aku ini. yelah, why man aje boleh cakap “tolonglah faham” macam tu. abes kita ni sapa plak nak faham? aku balas balik, tolong aa faham aku jugak, huhu.

jangan risaukan aku umie. i guess by the time ko baca ni, aku dah ok :)

and to other close friends, i do love all of you too.

terasa

Difailkan di bawah: friendship, kegiatan halal dan haram, shopping — by muna @ 10:55 am

saya nak tulis blog ni, slambe plak malam ni jiran decides tamo on wifi. owhhh, malam jumaat :p

anyway, baru je lepas gelakkan diri sendiri. why? sebab macam rasa geli2 ni, transfer pic sayang kat w705 (akhirnyaaaaaaaaa), pehtu use as wallpaper. tak pernah seumur hidup letak pic bf as wallpaper! dah aaa sayang duk wat muka control. tuh dia amik sendiri. saya bluetooth masuk henset saya bila dia suruh ajo camne guna bluetooth, hihi.

malas gila nak transfer macam2. dah aa tak reti nak copy msg dari simkad ke phone. hadoiii feninnn saya feninnn. btw wan liana, aku dah buleh wat video call ngan ko, haha :p

sebenarnya siang2 tadi, ada modal nak menulis blog ni pasal ada orang komen entry 2005. yup, entry tahun 2005. masa tuh saya mengutuk2 tnb gemas buduh sebab siang2 ahad buat mentenen apa tah terus takde letrik. saya nak gi kawen ayoi kan. abes tuh takleh gosok tudung. takkan nak gi comot2 kenduri kawen kan. so, masa menulis tuh ada sedikit hangen laa. slambelaa cakap tnb gemas buduh. setelah 4 tahun, tetiba hari ini ada orang terasaaaaaaaaaaaa, huhu.

kak, ko sapa kak? apsal ko search tnb gemas? ko nak pindah duduk gemas ke kak? mehlaaa, best gak duk gemas ni (walau saya sekarang ngaku saya orang kl, hoho). tapi kan kak, kalo tanak saya panggil akak plak bodoh, kalo gi pekan sabtu, parking tu jangan blok keta orang ek. kang saya sumpah seranah “bodoh” akak terasa lagik.

anyway, saya tak approve komen ketinggalan zaman itu. up to date aa skets kak. ayoi punya anak dah besar dah. eh eh, ke ayoi ada anak 2 dah ke ek? rasa belum, haha. ironically, saya kutuk2 tnb itu sebab takleh gi kawen ayoi, ayoi himself adalah engineer tnb, haha.

ok tutup cerita lama2.

saya baru balik makan besar ngan wan liana and ida (kawan utp wan liana) kat tony romas. bapak kenyangggggggg. tamak haloba makan banyak2 kan. sesapa gi makan sana, jangan order sidedish corn tau. tak sedap. rebus baper lama tah, tak manis. rasa cam makan hampas. terus saya tak makan dah, sebab nak save space makanan lain yang lazat2.

after that gi sonystyle and get the red w705. sungguh uneventful. ada je w705 kaler merah. buat 0% installment, bulan2 bayar rm125. siap dapat poster kaka, mug sony ericson ngan tali tag sony ericson. tebal gila tali tuh. ijau striking lak tuh, huhu. tepon lama ni tatau ah. nak kena belikan simkad baru ke untuk dia ek? :p

tepon lama saya ni, dia dah macam uzur. saya beli in may 2005. dia ada masalah suka shut down sesedap rasa. tapi kita on balik ok. masa koling2 or sms takde aa dia shut down. dia masa idle tetiba terus pensan. sabar je saya. so, b4 dia meninggal dunia terus, saya carikan pengganti. rega sama plak tuh, haha. saya rasa dia merestui red w705 sebagai pengganti. sebab masa saya ala2 minat w715 dulu, dia punya membangkang bukan main lagi. dari sihat walafiat terus dia buat aktiviti on-off berulang kali sampai bateri dia abes. hadoihhh.

nanti aaa weekends nih belek2 transfer all the file :)

Mei 20, 2009

whining

Difailkan di bawah: aduan, me, merepek, rants — by muna @ 11:38 pm

tonight i want to whine :P

saya susah hati. kecoh2 pasal tuan rumah dan kawan2 serumah membuatkan saya dengan riaknya decide to move out. alah, ada apa hal? rumah kosong melambak. tak kisah aa slambe bayar double the current sewa rumah yang saya bayar sekarang pun. gila statement berlagak walaupon karang makan brunch je terus sebab nak jimat2, huhu.

jumpa rumah. and i foolishly thought that semua dah settle kan. tapi lepas tuh timbul idea canggih nak beli umah instead. sebab apparently bayar sewa ngan bayar monthly installment rumah adalah lebih kurang ajo. lagipun rumah yang dilihat bersama wan liana itu adalah sangat memikat hati.

and the ever optimistic me adalah percaya semua akan unravel smoothly and by the end of may i’d be happily settle up in my new home. ahahhahaha, sabar je lah. not to say that my dream itu adalah sangat mustahil, but till the moment i’m typing this rant, masih takde lagik jalan2 ke arah cahaya terang itu :p

plan b dah ada. so is plan c. cuma saya yang tak sedar2 diri ni belum pun start packing. sebab macam tak best sebab belum kompem plan apa nak follow, haihhhh.

pehtu, saya adalah sangat2 rindu sama encik bf saya itu. saya punyalaa kompiden ni, ahhhh, nanti dia rindu saya dia balik aa kl jengok saya. tetttttttttttttttttt. silap sangat laaa kan. bukan laa nak kata takde pun sekelumit rindu dalam diri dia tuh (i hope), tapi biasa aaa seperti capricorn2 lain, kerjaya adalah penting dalam hidup mereka. mereka tak perlu menjadi centre of attention seperti leo2. makanya, you do the equation. sekarang sapa yang on the brink of meroyan2?? buleh lak saya tanya dia..tanak ke ajak saya melawat dia, dia slambe bleh jawab “nanti2 ah”. apa??? ko nak awek ko ni melompat2 dan menelepon ko setiap hari dan mengsms ko setiap minit??? karang ko gak yang rimas2 kan. haihhhhhh. sabar muna sabar.

if i believe i can do it all alone and be happy alone, abeslaaa pakwe saya itu. ahhh, jodoh semua di tangan Allah. kita hanya mampu merancang2 dan bermimpi2 segala kan. kalo dah jadi tuh tetap laaa jadik. expect jemputan2 secara direct di blog kalo jadik laa kan. ahahahha, apa aku merepek daaa?

main tangkap tikus pon tak berapa meriah. lagik 4 ketul scrap metal. scavenger2 yang ditangkap hari ni kedekut. tanak drop. sampai atiiiii, huwaaaaaaaa :((

guys, please pray together with me ok. topiknya ada 3.

1) permudahkanlaa urusan pembelian umah dan perpindahan saya

2) permudahkanlaa urusan jodoh pertemuan saya

3) permudahkanlaa dapat scrap metal (ini pon nak doa ke???? haha)

thanks in advance *hugs*

Laman Berikutnya »

Dikuasakan oleh WordPress